Telur Masak cencalok


ASSALAMUALAIKUM ...

Telur Masak Cencalok | Perut dah keroncong .
Pi dapur nampak cencalok .
Pandang kiri , oh ... telur ada lagi .
Maka den teringatlah Ahmad Fidtri Yahya 
dalam program MHI ada ajar cara nak masak 
telur masak budu .
Masa tu dia baru berkahwin .
Kiranya ini resepi mudah air tangan isterinya lah .
Den pun nak cubalah resepi tu tapi budu ganti cencalok .


Telur Masak Cencalok




Telur Masak Cencalok


Nak buat telur masak cencalok ni mudah je .
Mula - mula pi rebus telur dulu . 

Pas tu lak , ambil 
semangkuk air 
satu sudu besar asam jawa 
Kacau asam jawa di dalam air sampai sebati . 
Tapis air asam jawa dan masukkan ke dalam periuk . 
Hidupkan api .

Ambil lesung batu masukkan :
7 biji cili padi
3 biji bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 inci halia
pastu pi tumbuk la sampai lumat .

Masukkan 
bahan yang ditumbuk lumat
1 sudu besar cencalok ( boleh tambah kalau suka )
sebiji bawang besar ( hiris / belah 4 )
sedikit garam 
1 btg serai ( dititik )
1 helai daun kunyit 
serta daun limau purut ( jika ada )
ke dalam periuk .

Sementara tunggu air mendidih , pi la buang kulit telur tuh . 
Tak kan nak masak dengan kulitnya sekali kan . 
heheheeeee ...
Kelar la telur tu sikit supaya rasa kuah tu menyerap ke dalam telur .
Bila air dalam periuk dah mendidih , 
masukkan telur dan biarkan selama 5 minit / sampai mendidih .


Rasanya masam dan manis sikit . 
tak de lak rasa masin sangat. 
Kalau nak bau harum , taburkanlah daun sup dan daun bawang .

Sesapa yang makan cencalok tu boleh la cuba . 
Kalau tak makan cencalok , boleh la gantikan dengan budu yer . Sukatan untuk cencalok dan segala bahan tu u olls boleh ubah ikut citarasa masing - masing lah ya .


SELAMAT MENCUBA !









20 Sila komen:

  1. Wahhh...mesti sedap ni....
    Mudah dan simple...
    Tapi...sy xmkn cencaluk ni....ruginya....

    ReplyDelete
  2. nampak sedap.. tapi saya cencaluk tak makan.. budu pun tak makan.. adeh..

    ReplyDelete
  3. Resepi baru buat kakak ni
    Tak pernah lagi merasa tapi nampak nikmat tu:)

    ReplyDelete
  4. Sedap ke? Selalu cencalok makan gitu je perahkan air asam hiriskan bawang dan lada je pun dah kecur layan dgn nasi panas..

    ReplyDelete
  5. MASAK APA YG ADA JER QV SEDAP TU..BUDU N CENCALOK PERASA MAKANAN YG MENYEDAPKAN RASA...

    ReplyDelete
  6. 1st time tgk menu ni Vee... Pelik, tapi sedap ke? ahaks, tak berani lak nak try... takot cannot go, hahahaa...

    ReplyDelete
  7. dua2 xmakan.. hehe.. resepi simple tapi best

    ReplyDelete
  8. makan waktu sahur, cerah bijik mata..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.
    Selamat menyambut Ramadhan 1436H . Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik

    ReplyDelete
  10. Menarik nih! Lama dah tak makan cencaluk :)

    ReplyDelete
  11. makan makan.. sedap =D tapi suka budu lagi dari cencalok hehehe..

    ReplyDelete
  12. nampak mcm kuah tom yam.. xpenah mkn. hehe

    ReplyDelete
  13. alamak!!! x mkn cencaluk!!!...budu pun x mkn..huhuh...kalau telur masak asam camtu je agak2 sedap x

    ReplyDelete
  14. Vee, saya surrender siap-siap! Cencalok ke, budu ke, dua-dua saya tak makan. Maklumlah saya ni minah omputihkan. Memang over memanjang!

    Tapikan honestly speaking, kalau takda cencalok mahu pun budu dalam resepi, belum tentu saya makan juga...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...