Assalamualaikum ...
Esok kita dah mula berpuasa di bulan Ramadhan .
Malam ini perjalanan sudah bermula .
Terawih , tadarus , tahajud , tasbih ...
Bagi orang negeri sembilan ,
hari ini mereka sudah memasak hidangan pra syawal
sempena adat MEMBANTAI .
Lemang , rendang kerbau adalah antara menu utama .
... sekadar adat .
Masa zaman jahiliah den ,
sehari sebelum menjelang ramadhan ,
den and the geng akan membantai
ibarat hari ini adalah hari terakhir dapat makan .
Budaya suka ikut apa orang buat .
Bila dah berhijrah ,
baru terfikir bahawa
apa tujuan sebenar berpuasa Ramadhan .
Kita membantai makan dengan riak dan gembira
pada masa yang sama
masih ramai di luar sana yang berpuasa hampir setiap hari .
Menahan lapar demi anak - anak ,
demi kehidupan yang perlu diteruskan ...
walau sesukar mana !
Ramadhan bukan sekadar berpuasa
tetapi menghayati apa itu kesusahan
dan melakukan sebanyak mungkin ibadah
selagi kita mampu .
Kerana pasti ,
kita tidak tahu bila akan dijemput pergi ...
Sempena Ramadhan ynag mulia ini ,
Den memohon maaf ,
atas segala coretan den
juga komen yang den tinggalkan dirumah kengkawan ,
yang mengguris rasa ,
terkasar bahasa ,
terlancang bicara ,
terlancang bicara ,
... segalanya .
Den cuma insan biasa ...
Salam Ramadhan 1436H
Semoga amal ibadah kita diterima oleh - Nya ...
Semoga amal ibadah kita diterima oleh - Nya ...
SALAM RAMADAN SELAMAT BERPUASA...SALING KITA BERMAAFAN MOGA IBADAH PUASA KITA MENURUT CARA SEBENAR...INSYA ALLAH.
ReplyDeleteSelamat menyambut ramadan al mubarak... pss rendang kerbau tu sedap ko... hehehe
ReplyDeleteselamat menjalani ibadah puasa ye..
ReplyDeleteSalam Ramadan, QV. Moga tahun ini kita sama2 diberikan kesihatan sempurna dan kelapangan untuk beribadah :)
ReplyDeleteSalam Ramadhan Vee. Semoga ibadah Ramadhan tahun ini berjalan lancar dan sempurna...
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan Kak Vee hehehe..
ReplyDeletesemoga sihat sentiasa..
Selamat Berpuasa Qaseh.... membantai.... tu makan banyak ek... Rendang kerbau tu cubalah citer camne rasanya tak penah makan
ReplyDeleteselamat menyambut Ramadhan sis..orang negeri sembilan still buat ek benda ni?bagi saya tak salah asal jangan membazir dan berlebihan.
ReplyDeleteselamat berpuasa buat keluarga sis vee...
ReplyDeletesalam ramadhan... selamat berpuasa... kosong-kosong...
ReplyDeleteSelamat berpuasa Vee..sepanjang perkenalan kita di alam maya jika ada salah dan silap jgn simpan di hati ye..
ReplyDeleteSalam Ramadhan, Vee. Dah terlewat 8 hari untuk buat ucapan tapi biar lambat asal dibuatkan!
ReplyDeleteBetullah tu. Saya pun dulu macam tu. Asal nak masuk Ramadhan sibuk mencari makanan apa nak dimakan. Macam esok tiada lagi, tak dapat menikmati makanan itu lagi mahupun selepas sebulan berpuasa. Tapi yang selalu terjadi, bila dah beli tak makan pun. Ikut sangat nafsu serakah :)