Membantai


Assalamualaikum ...

Esok kita dah mula berpuasa di bulan Ramadhan .
Malam ini perjalanan sudah bermula .
Terawih , tadarus , tahajud , tasbih ...

Bagi orang negeri sembilan ,
hari ini mereka sudah memasak hidangan pra syawal
sempena adat MEMBANTAI .
Lemang , rendang kerbau adalah antara menu utama .
... sekadar adat .

Masa zaman jahiliah den ,
sehari sebelum menjelang ramadhan , 
den and the geng akan membantai 
ibarat hari ini adalah hari terakhir dapat makan .
Budaya suka ikut apa orang buat .

Bila dah berhijrah , 
baru terfikir bahawa 
apa tujuan sebenar berpuasa Ramadhan .
Kita membantai makan dengan riak dan gembira 
pada masa yang sama
masih ramai di luar sana yang berpuasa hampir setiap hari .
Menahan lapar demi anak - anak ,
demi kehidupan yang perlu diteruskan ...
walau sesukar mana !

Ramadhan bukan sekadar berpuasa
tetapi menghayati apa itu kesusahan
dan melakukan sebanyak mungkin ibadah
selagi kita mampu .
Kerana pasti ,
kita tidak tahu bila akan dijemput pergi ...


Sempena Ramadhan ynag mulia ini ,
Den memohon maaf ,
atas segala coretan den 
juga komen yang den tinggalkan dirumah kengkawan ,
yang mengguris rasa ,
terkasar bahasa ,
terlancang bicara ,
... segalanya .
Den cuma insan biasa ...


Salam Ramadhan 1436H
Semoga amal ibadah kita diterima oleh - Nya ...


Membantai





13 Sila komen:

  1. SALAM RAMADAN SELAMAT BERPUASA...SALING KITA BERMAAFAN MOGA IBADAH PUASA KITA MENURUT CARA SEBENAR...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut ramadan al mubarak... pss rendang kerbau tu sedap ko... hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadan, QV. Moga tahun ini kita sama2 diberikan kesihatan sempurna dan kelapangan untuk beribadah :)

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan Vee. Semoga ibadah Ramadhan tahun ini berjalan lancar dan sempurna...

    ReplyDelete
  5. sama la ye...maafkan akak kot2 ada tersilap ,terkasar bahasa..
    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  6. selamat menyambut ramadhan Kak Vee hehehe..
    semoga sihat sentiasa..

    ReplyDelete
  7. Selamat Berpuasa Qaseh.... membantai.... tu makan banyak ek... Rendang kerbau tu cubalah citer camne rasanya tak penah makan

    ReplyDelete
  8. selamat menyambut Ramadhan sis..orang negeri sembilan still buat ek benda ni?bagi saya tak salah asal jangan membazir dan berlebihan.

    ReplyDelete
  9. selamat berpuasa buat keluarga sis vee...

    ReplyDelete
  10. salam ramadhan... selamat berpuasa... kosong-kosong...

    ReplyDelete
  11. Selamat berpuasa Vee..sepanjang perkenalan kita di alam maya jika ada salah dan silap jgn simpan di hati ye..

    ReplyDelete
  12. Salam Ramadhan, Vee. Dah terlewat 8 hari untuk buat ucapan tapi biar lambat asal dibuatkan!

    Betullah tu. Saya pun dulu macam tu. Asal nak masuk Ramadhan sibuk mencari makanan apa nak dimakan. Macam esok tiada lagi, tak dapat menikmati makanan itu lagi mahupun selepas sebulan berpuasa. Tapi yang selalu terjadi, bila dah beli tak makan pun. Ikut sangat nafsu serakah :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...