Sambal Goreng Faveret


Assalamualaikum ...

Hari nih mood nak share sambal feveret kami sekeluarga .
Kalau kakak hambo dah buat sambal nih ,
tak de lauk lain pun tak per .



Proses pertama , teman - teman perlulah 
potong cili kering .
Pas tu cuci untuk buang habuknya .
Potong bawang putih ,
bawang merah dan
belah ikan bilis .

Masukkan semua bahan di atas 
dan tumbuk sampai halus .



Panaskan kuali , 
masukkan minyak masak .
Bila dah panas , masukkan
 hirisan bawang putih , dan bawang merah .
Boleh masukkan ikan bilis jika mahu .
Bila bawang dah layu ,
masukkan sedikit garam Serbuk Pasti Sedap .
Kacau hingga mesra .
Masukkan bahan yang ditumbuk dalam lesung batu .
Goreng hingga garing .

Pastikan minyak tu banyak sedikit supaya cili tu dapat digoreng dengan garing .

Bila dah cukup garing , 
tutup api dan tolak sikit sambal goreng tu ke atas untuk pisahkannya dengan minyak .
Bila pasti semua minyak tu dah turun , 
barulah ambil sambal goreng untuk dihidang .




Sangat menyelerakan makan dengan nasi panas 
berserta ulam - ulaman .
Boleh juga makan dengan bubur nasi .
Ringkas dan cepat bagi yang dah lapar sangat .
Mudah disediakan bagi yang malas / tak cukup masa .
Sangat sesuai bila barang dapur dah habis kecuali wak cili kering !
... hehehehee ...

SELAMAT MENCUBA 
DAN 
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA .






8 Sila komen:

  1. mesti bau menyusut kalbu ni.. hehehe

    "Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - www.myvitrd.com"

    ReplyDelete
  2. Wah berbau kat sini..mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  3. Yummy....sedap nie klu makan dnegan nasi panas panas...

    Pss...yeap...alex the lion....

    ReplyDelete
  4. Boleh buat stok, kan? Simpan dalam bekas kedap, boleh makan sampai seminggu. Makan dgn bubur nasik tu yang tak tahan tuh!

    ReplyDelete
  5. Salam kenal, nmpk mudah dan sedap. Menyelerakan bila buka puasa, mesti pekena sambal. Nanti akak cuba ye.

    ReplyDelete
  6. sy biasa jugak buat sambal ni, bezanya saya goreng dulu sume bhn2 tu, kmdn baru tumbuk dlm lesung..mak mertua yang ajar buat sambal ni..:)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...