Alahai ... Anak !


Assalamualaikum ...

Kakak , abang nak ke sekolah ,
si kecik pun nak juga .
Maka ni lah ragamnya beberapa hari ni .
Tahun depan masuk tadika 6 tahun .


Bersemangat sungguh nak ke sekolah .
Tunggangannya tu kerusi roda neneknya .
My bonda belum guna , dia dah rasmikan dulu .
Steady je dia kayuh guna kaki .

Tapi ... mamanya sangatlah naik berang
bila peralatan sekolah sudah disepahkan .
Bimbangnya nanti , bila sekolah buka ,
peralatan dah tak de !

Makanya , terpaksalah buat peralatan sekolahnya tu 
menghilang tetiba ( sorok le ) .
Si kakak ler yang rajin menyimpan .
Bila tak nampak , maka si kecik tak ler bertanya .

Dalam beg tu penuh dengan little bearnya .
jangan nanti ke sekolah dibawanya .
Harap tak melalak bila tetiba bear tu tiada .
Alahai ... anak , anak .


8 Sila komen:

  1. haha...same je ngn kerenah adik2 kat umah... memang budak2 semua sama agaknya..

    ReplyDelete
  2. Asal jangan ke sekolah bawa sama botol susunya dah le....

    ReplyDelete
  3. anak saya masuk 5 tahun, risau juga kot tak mahu duduk dalam kelas, dok ngekor mak dia macam masa 4 tahun, nak hantar ke tadika lain, kos juga nak fikir...

    ReplyDelete
  4. dah terbiasa dengan kerenah n gelagat anak2 kecil kala sekolah nak dibuka ya...nanti bila dah beranak sendiri boleh jadikan panduan kan kaseh vee.

    ReplyDelete
  5. semanagat..alia pun sama juga sis..hehehehe..

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak ke sekolah.. memang kena sorok.. takut nanti bila buka sekolah, ada je yang tak cukup.. hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...