Terkono Hambo


Assalamualaikum ...

Kisah di malam hari .
Bila si ibu morning sickness ,
tak larat ler nak membau masakan kat dapur .
Maka dikerah ler bala tentera
bergotong royong memasak .

Sedang habo taksub dengan BW ,
tetiba anak buah datang 
membawa sepasang kaki ayam goreng .
Heh heh ... mereka tau itu feveret hambo .
Maka dengan excited juga hambo menadah tangan .

Si kakak 12 tahun 

Selepas baca doa , terus ler ngap .
Opsss ...
" Hanani , ko tak letak garam yer ? "
Dengan sengih dia jawab ;
( nak amik hati mak usunya kena la sengih )
" Tak pe la mak usu , nanti kena darah tinggi ! "
Adehhhh ... terkono den !
Maka seramai bala tentera kat dapur tu gelakkan hambo .

Dengan selamba jer hambo tabur garam kat kaki ayam 
sambil cakap : 
" ikut sunnah Rasulullah , letak garam selepas masak . "
Nak cover line sebenarnya .
... heh heh heh .



13 Sila komen:

  1. bukan letak garam selepas masak tp rasa garam sedikit sebelum makan...xpernah buat lagi sbb mmg dh trpksa kurangkan masin pun...

    ReplyDelete
  2. pandai ambik hati mak su ya nak buah..bg ayam goreng he..he :)

    ReplyDelete
  3. hahah... hanani terlupa ke sengaja nak kenakan maksu dia?

    ReplyDelete
  4. heheheheheh..pandai lak mak usu bagi alasan eh?

    ReplyDelete
  5. Baru tahu letak garam lepas masak sunnah. Iye ea?

    ReplyDelete
  6. asal sedap boleh telan pon dah okay.. hihi ^^

    salam singgah :)

    ReplyDelete
  7. takpelahkan..tu tanda kasih sayang..ingat maksu dia

    ReplyDelete
  8. nanti dapat upah dari maksu :)

    ReplyDelete
  9. Anak2 saya tak suka kaki ayam. Tapi 'cakar ayam' mereka suka pula...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...