BAHAYA MINUMAN 3 DALAM 1





ASSALAMUALAIKUM ...


Hujan lagi petang nih .
U olls fikir lah , apa yang paling sedap masa nih ?
Teh tarik ? Kopi ? Milo ? ... 

Dok kat sofa rehatkan badan sambil tengok drama Korea .
Ambil secawan coklat .
Beberapa keping biskut .
Boleh gak panaskan tekak nun sambil alas perut .

3 dalam 1 paling ringkas dan cepat .
Tapi ada lak keburukannya .

setiap peket ada labih 3 sudu gula .
setiap pek ada 200 kalori yang sama dengan sepinggan nasi dan 2 keping roti .
gula / krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh bahayakan kesihatan .
ada kafein yang sebabkan susah tidur malam dan rasa berdebar ( palpitasi ) 
Kandungan Tongkat ali , kacip fatimah dan ginseng cuma sikit jer .
Benda nih mahal dan susah nak dapat !

Hah kan ! 
yang single lagi selamat .
Heheheeee ...

Pas nih nak wat air coklat guna coklat masak campur dengan susu segar .
Ok tak ? 

ANDA ADALAH APA YANG ANDA MINUM ...

Ni tag line saper la agak nya ya ...

Jumpa lagi ...




BILA AIRCOND ROSAK ...





ASSALAMUALAIKUM ...


Hujan turun mencurah - curah .

Hari makin gelap lak .
Nak teruskan perjalanan tak boleh .
Kena cari tempat untuk berteduh .
Lengan baju dah basah nih .
Aduhai ...

Aircond kereta rosak la pula .
Nak tutup tingkap , panas terasa .
Berhentilah sekejap , tunggu hujan reda .
Harap tak perlu tunggu lama


Alhamdulillah , akhirnya sampai juga ke rumah .

Basah ? 
Memang dah basah pun !
Bertambah sejuk lagi .
Harap wak demam tak singgah ler .


Masa untuk rehatkan badan .

Terima kasih sudi baca ...






ULAM YANG SELALU DEN MAKAN ...





ASSALAMUALAIKUM ...

Kat depan umah den ada taman herba yang comel .
Tak lah banyak yang den tanam .
Ada la ulam raja , pokok betik , pokok daun buas - buas , pokok cekur .





Ni lah dia ulam - ulam yang den selalu makan . 
Ada pucuk betik , daun ulam raja dan daun buas - buas .
Pucuk betik dan daun buas - buas tu den celup sekadar 1 minit  kat air yang sedang mendidih .
Den tak suka kalau daun tuh jadi lecur .




Ini sambal belacan ngan belimbing buluh . 
Untuk cecahnya .


Selain sambal belacan , ada pencecah lain yang den suka sangat .
Nanti den citer kat entry lain .
Kat backyard pun ada taman herba gak .
Den share lain kali aaaa ...




YANG INDAH TAPI SEDAP ...


ASSALAMUALAIKUM ...









PERMINTAAN DARI SANG ISTERI ...





ASSALAMUALAIKUM ...

Hujan lagi ... alhamdulillah .
Sekurang - kurangnya nampak gak matahari .
Jadi pokok dapat air dan vitamin dalam satu hari ...

Isteri pun nak vitamin gak .
Vitamin dari hubby .
Jangan nak try fikir yg kotor ek .
Kalau nak fikir gak , suka hati ler .
Janji u olls x cakap , orang pun tak tahu .
Ish ... apo la den merepek petang - petang nih .
Maafkanlah den yo ... heheheeee
Otak den berpinor jap .

Vitamin apo yang den nak dari sang hubby ...

Bila terjaga dari tidur , hubby ada kat sebelah den .
Bila solat , hubby jadi imamnya .
Bila breakfast , hubby tunjuk muka gembira  .
Bila nak gi kerja , hubby cium pipi den .
Bila di tempat keje , hubby kerap telepon .
Bila berjalan , hubby pegang tangan den .

Hubby puji penampilan den .
Hubby belikan baju yang menarik untuk den .
Hubby puji bila den berdandan cantik .
Hubby sanggup berbelanja supaya den nampak menawan .

Bila balik keje , hubby peluk den sebab satu hari tak bersama .
Bila den masak , hubby tolong sediakan bahan - bahan .
Bila tonton tv , hubby buat lawak dan buat den ketawa .
Bila den demam , hubby tolong wat keje rumah .
Bila anak meragam , hubby tolong pujuk dan nasihat .
Bila anak pegang Quran , hubby tolong ajar baca .

Bila anniversary , hubby surprise den dgn kata - kata cinta , masak untuk den dan beri hadiah terbest .


Bila nak tidur , kami saling bermaafan . 
Takut tak leh buka mato trus dah .
Kan dah rugi ...
Bila buka mata , kami saling bersyukur dan saling berpelukan erat serta bisikkan kata - kata cinta . 
Itu perlu untuk lebih mesra ...

Berapa banyak lah BILA .
Cerewet ker ... heheheee
Itulah hidup berkasih sayang .
Den pun memberi , bukan meminta semata ya .

Ado lagi u olls nak tambah ???
Suka hati ... ader den kisah !
Terbaik punya tag line ... heheheee





Conditioner Semula Jadi







ASSALAMUALAIKUM ...

Hi bloggers . 
Den TIMBUL lagi .

Dah basah rambut nih , molek ler cuci trus .
Lepas syampoo , dah tentu lah nak letak conditioner lah .
biar rambut den yang panjang mengurai nih mudah nak sikat ,
Tak ler kusut masai kan .
Bila capai jer coditioner , laaaaa ... den lupa la pulak .
Dah  habis rupanya !

Bila dah terdesak camni , 
teringat la den kisah yang berlaku pada tahun lepas .
Pada 31st aug . den dengan family pi jumpa ustaz lah .
Sebab jumpa ustaz ni , 
of coz lah nak rawat makhluk tak nampak 
yang dah sibuk usik sana n usik sini .

Jadi , ustaz tu suruh cari limau nipis .
Bila dah selesai rawatan , 
ustaz tu pun bacakan ayat2 rukyah kat limau tu 
suruh wat mandi .
Tak banyak lah . 

Sekali mandi cuma guna 3 biji limau nipis dicampurkan dengan sebaldi air .Bila dah selesai mandi tuh den dapat rasa rambut den lembut dan ringan jer .Dah macam guna conditionar la pulak .Makanya , limau tu sebenarnya conditionar alami selain santan kelapa .

La nih x der la makhluk limau nipis nih .
Yang ada limau kasturi jer .
Kang kalau amik wat conditioner rambut , melalak lak kakak den .
Sebab x de limau untuk sambal belacan kesukaan hubby nya ...
Heheheee ...


JUMPA LAGI ........






KEK MENTEGA PANDAN



ASSALAMUALAIKUM ...

Aktiviti hujung minggu . 
Apa lagi , kalau bukan godeh - godeh internet nih .
Hujan pun turun sudah .
Dok umah lagi best maaa .


AIR ... PENTINGNYA AIR





ASSALAMUALAIKUM ...

Di Seri Kembangan sekarang nih sedang hujan lebat bercampur guruh . 
Semalam petang pun hujan juga .
Alhamdulillah ... selepas beberapa melaui panas yang terik .

Hujan dan air ... hujan tu air la kan .
Ish ish ish ... 
Jangan mengeluh bila hujan sebab air hujan itu beri kehidupan pada semua .

Air ... badan dan otak kita perlukan air .
Otak kita jer mengandungi 75 peratus air .
Jadi , banyak kanlah minum air klu nak otak yang cergas !
Badan lak perlukan sumber mineral dalam air untuk seimbangkan tubuh .

Air membantu mengawal suhu badan pada tahap normal .
Air memastikan organ - organ cam mulut , mata dan hidung dalam keadaan lembap dan boleh berfungsi dengan baik .
Air yang banyak dapat bantu mengurangkan beban buah pinggang dan hati menyingkirkan toksin dan bahan buangan melalui air kencing .
Air agen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel tubuh .
Air jadi pelincir pada sendi - sendi . 
Kalau u olls minum air dengan jumlah mencukupi , dapat jauhkan u olls dari dapat serangan sakit sendi dalam  jangka panjang .
Air melarutkan mineral dan nutrien supaya mudah diserap oleh tubuh .

Banyak nya lah bakti air kat badan kita nih .
Itu yang den tak tau .
Orang selalu sebut , " banyak minum air awet muda , badan sihat , bantu sistem badan beroperasi ... "
Jahil juga den nih ....
Hehehheeee ...

Begitulah jadi manusia , tak de yang sempurna .
Lagi banyak kita belajar , lagi banyak yang kita tak tahu ...
Teroka jer lah untuk tambah ilmu ... 
sebab
SEMUANYA DI HUJUNG JARI ANDA ...








Jawapan Collagen Pada Rumpai Laut





ASSALAMUALAIKUM ...



Isu Satu blog buat kenyataan mengenai rumpai laut yang tidak mengandungi protien (kolagen) , hanyalah satu teknik buruk dalam perniagaan . 
Kehadiran rumpai laut mentah dalam pasaran menyebabkan banyak produk collagen tidak jalan ..

Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-
Dr Muta Harah Zakaria.. 
Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM

Sumber:Berita Harian. 
Isnin, 15hb April 2013



petikannya:


" rumpai laut mengandungi kandungan mineral , asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLAGEN dalam kulit " ...



Bagi den la , kita kena percaya apa yang kita pakai . 
Kita yang nampak kesannya . 

Den pun makan rumpai laut nih campur madu setiap pagi sebelum breakfast .
Pastu amik sikit wat masker juga setiap hari .

Walaupun baru dua minggu , den dapat rasa kulit tuh makin lembut dan lembap .
Struktur kulit pun makin halus .

Kena buat eksperimen dulu dan tengok hasilnya .
Kalau setakat dengar cakap orang , memang tak ke mana .
Sekarang nih kat fb den sedang berperang tentang makhluk nih .
Den cuma tengok dan senyum .
Orang kita memang mudah melatah !

Heheheee ... jangan marah .
Sekadar pendapat peribadi saja .





BETUL KER NIH ???


ASSALAMUALAIKUM ...





Den no . 9 . 
Tapi den bukan seorang pendiam .
Den kalau bercakap macam peluru .
Kadang kala den pun gabra juga .
U olls no . brapa ya ? ...




Dia Hidap Denggi Ke ?






ASSALAMUALAIKUM ... 


Anak buah den domam . 
Mengadu sakit perut dan kaki . 
Maka si mama pun bawalah pi klinik .
Doktor suspek mungkin denggi .
Kena rujuk ke hospital la pulak .
Mamanya pun dah demam .

Den dah mula bimbangkan omak den nih .
Yo la , dah uzur , penyakit pun mudah singgah dan menetap .
Mengharapkan tak ada jangkitan nanti .

Bila hujan turun hampir setiap petang , hati gembira sebab tak perlu susah - susah pi siram tanaman .
Sampaikan air yang bertakung tak diambil kira .
Walaupun setakat kat baldi saja .
Tujuannya beri sikit air pada 2 batang pokok kat dalam baldi tuh .

Harap - harap x de la orang kesihatan datang .
Lagi haru la jadinya .
Hohohoooo ...






Jadi Bidan Kucing


ASSALAMUALAIKUM ...

Sedang dok fikir apa nak wat entry hari nih , 
datang lah mummy meow nih ...
Bisingnya lah dia .
Dok mengekor den jer ke mana den pergi .
Bila den ikut dia , ke kotak dia lah destinasinya .
Jadi , taulah den yang dia ni dah nak bersalin .




Tengoklah muka dia ...
Ni mood nak bersalin .
Sedang merasakan pergerakan kat dalam tuh 
yang dah tak sabar - sabar nak kuar .




Ish ... jantan macho kacau jer la .
Mama meow nak bersalin , dia pun nak interframe lak .
Selamba jer dia pi duduk kat dalam tuh .
Tension jer mama meow sebab tak der tempat dia nak duduk .




Si jantan macho nih dok sibuk jer nak masuk .
Nak sangat gaknya tengok adik - adiknya lahir .
Mama meow nih sporting lak .

Kucing nih bila bersalin pun cam manusia juga .
Bila meneran tuh , kuar lah suara dia menderam .
Baru la ni den dengar lah .
Den tolong potong tali pusat bila mama meow nih makan urinya .
Bukan nya apa , takut jadi cam dulu .
Mama meow makan uri sampai kena kat perut ...




Argggh ... lega .
Dah selesai semuanya .
 Den fikir cuma 4 , rupanya 5 .
Mudah - mudahan trus sihat sampai beso ...






Bila Susu Bertemu Ubat





ASSALAMUALAIKUM ...

Kenapa susu tak sepatutnya dicampurkan dengan ubat - ubatan ?

Ubat - ubatan atau antibiotik dikenal pasti secara luaran boleh jadi effektif pada seseorang sekiranya dapat dikesan dan diserap oleh badan .

Dr . Sharib Azmi , perubatan luaran semestinya diserap melalui saluran pencernaan supaya dapat masuk ke saluran darah dan dihantar ke tempat yang sakit .

Ada banyak faktor yang boleh beri kesan pada keupayan tubuh untuk menyerap ubat - ubatan dengan baik , 
termasuklah kadar keasidan di dalam perut , 
kehadiran atau ketiadaan zat lemak atau zat - zat lainnya dan sama ada terdapat element tertentu seperti kalsium .
Sebahagian ubatan dalam keluarga antibiotics , 
mengandungi tetracycline yang memberi reaksi bila bertemu dengan susu .
Kalsium yang didapati di dalam susu 
akan mengikat ubatan atau antibiotik 
seterusnya menghalang penyerapan ke dalam badan .
Tambahan pula , 
ada ubat di kenal pasti perlu makan sebelum dan selepas makan .
Ini kerana makanan yang u olls makan 
akan memberi kesan kepada penyerapan ubat tersebut .
Oleh sebab itu , 
perkara terbaik untuk dilakukan adalah 
mengikut arahan yang ada pada bungkusan 
dan jangan lupa untuk bertanya kepada ahli pharmacy jika perlu .

Jadi bagaimana pula dengan kopi , teh dah jus ?

Kopi , teh dan jus ada pelbagai sebatian 
seperti kafein dalam kopi , 
yang mana akan beri kesan penyerapan  dadah . 
Jadi , perkara terbaik adalah 
ambil ubat dengan air putih /  kosong 
kerana air tidak mengandungi sebatian  
yang mengganggu penyerapan ubat . 




Spesis Eguana Ker ? ...





ASSALAMUALAIKUM ...


Alhamdulillah ...
Selepas beberapa hari yang menyeksakan , nak reply comment u olls pun tak dapat .
Akhirnya , hari ini dapat berbelog dengan selesanya .





Semalam dah nampak binatang nih . 
Belum sempat capai kamera , dia dah sembunyikan diri .
Hari ni nampak lagi dia di situ .
Rupanya dia tak pi mana pun .
Dok kat pokok tu jer .

QV tak tau sebenarnya apa nama binatang nih .
Spesis Eguana ker ?
Tak lak warna kulitnya berubah ikut warna daun .
Dia sedang bertenggek kat atas pucuk daun buas - buas .




Dia memberikan pos istimewa bila den asyik snap jer kat dia .
Tengok mata dia , control macho tuh !
Macam boleh jadi sahabat baik jer dengan dia lepas nih  ...
Heheheee ...




RUMAH IDAMAN ...


ASSALAMUALAIKUM ...











Yang mana lebih menjadi idaman ? 
Andai bisa den memiliki sebidang tanah di Cameron Highlands ...
Akan ku bina rumah dalam taman serta dihiasi juntaian strawberi ...


U olls ader ???  
Den pun tak der ...
Heheheee ...







Buang Angin Dalam Perut




ASSALAMUALAIKUM ...

Apa  khabar semua .
Den tak dapat post entry semalam .
Rasa la rindu dan tak tahan sangat lah .
Rasa bersalah pada follower bila tak dapat post entry baru .
Seksa bila tak dapat reply comment kat blog u olls .

Tetiba perut den meragam , 
memang tak larat nak buat apa pun ... sob sob sob ...
Angin tuh bergerak sesuka dia jer .
Kejap tenang , kejap lak cam tornado .
Puas doh fikir apa yang den udoh makan .




Den amik losyen kat atas tuh , 
sapu kat perut terutama kat pusat .
Kakak kata " Minum air panas . " 
Omak den kata , " cuba makan bawang putih . " 
Kalau tak lalu nak makan mentah , 
bakar dulu tapi jangan jadi hangus lak
 heheheee ...
Ambil la dalam lima biji .

Angin pun kuar atas bawah .
Yang mana satu sebenarnya lebih berkesan ... 
den pun tak tau .
Perut den pun dah lega , itu lebih penting .
Alhamdulillah ... heheheee


Terima kasih sudi baca ...











PINK YANG MENAWAN ...


ASSALAMUALAIKUM ...




PINKY FISH ... apa nama tak tau lah ...



CANO CRYSTAL



TASIK HILLIER , AUSTRALIA