ASSALAMUALAIKUM....
Tentu korang tak nak kulit korang nampak berjeragat , berjerawat , kering dan segala jenis masalah kulit kan !!! . Ish , rasa malu dan tak confident jer bila nak jumpa / berhadapan dengan orang . Biasanaya orang perempuan lah yang rasa cam nih .
Setiap orang miliki kulit yang hampir tak sama . Ada yang sensitif , alergik pada persekitaran , makan ikut sedap rasa , ada yang tak leh makan seafood , kacang , susu , daging dan macam - macam lah . Kat sini QV nak kongsi cara yang berkesan untuk dapatkan kulit cantik . Antaranya :
1. Mencuci tangan agar bersih sebelum menyentuh wajah . Tangan kita ni banyak bakteria tau .
2. Buat Cleansing kulit wajah pada waktu pagi dan malam walaupun korang tak pakai make - up .
Waktu pagi kulit kita mengeluarkan lemak dan keluarkan kotoran pada malam hari .
3. Rajinkanlah diri tu wat rawatan kulit pada waktu malam untuk menstimulasi sirkulasi pertukaran
sel - sel pada kulit . Buat urutan lembut pada wajah boleh hilangkan keletihan dan beri kecerahan
kulit .
4. Lakukan dengan teratur dan disiplin terutama kalau korang selalu outstation sebab persekitaran
antara satu tempat dengan tempat yang lain berbeza
5. Banyak minum air suam / kosong ( mineral pun bagus gak ) .
KULIT KERING
- Gunakan produk rawatan yang sesuai dengan kulit untuk elakkan dari proses penuaan yang cepat terutama kedutan di persekitaran mata .
- Hindari dari mandi dengan air panas .
- Ambil dahulu krim yang ingin disapukan dan lakukan rawatan kulit tanpa menggosok .
- Gunakan jari jemari daripada kain ataupun tisu .
- Basuh dengan menggunakan air suam atau air yang bersih .
KULIT YANG KURANG MATANG
- Memilih produk rawatan kulit yang betul dan dapatkan produk mengikut kesesuaian kulit anda .
- Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit anda berkedut dan tanda penuaan juga akan kelihatan.
KULIT BERMINYAK
- Melindungi kulit dari sinaran UV
- Mudah berjerawat . Korang tak digalakkan memicit jerawat kerana akan meninggalkan parut
- Buat rawatan wajah sekali hingga tiga kali seminggu