Sungguh Aku Tak Rela


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Di padi Ahad yang hening dua minggu yang lepas , 
seawal 9 am , telefonku berdering ...
Panggilan masuk daripada kampung yang tak sempat ku sambut .
Lalu ku buka mesej yang masuk .
Meminta aku menelefonnya semula .

Ku fikir ianya sesuatu yang sangat penting ... 
... 2 kali missed call .
Bila mukadimah bermula ...
Subhanallah ! 

alt image tag


Terima kasih padamu
kerana masih sudi mengambil tahu
malah sudi membantu ...
tapi maaf ... 
Ini soal kehidupanku !

Untuk menerima seseorang yang bertaraf bapa 
menjadi calon suami ...
 ... aku tidak rela !

Ya , aku memilih ...
Malah kau juga memilih !
Untuk baju waima makanan , 
kamu juga memilih ...
inikan pula calon suami ku ! 
Salahkah aku ?

Aku di sini baik - baik saja .
Alhamdulillah ... 
Aku dapat melalui hari - hariku tanpa lelaki bergelar suami .
Malah aku tidak mebebankan kamu ,
jauh sekali meminta - minta pada kamu .

Tak perlu kau pancing aku dengan hartanya 
dah tentu dia memiliki anak yang sederet juga ...
Bukannya aku di sini merempat seperti kau sangka 
Pastinya , aku bahagia dengan apa yang aku ada .

Soal hati ... biarlah ku urus sendiri .
Dalam apa keadaan pun ...
aku masih mencari cinta .
Aku tak akan serik dan tak pernah serik 
kerana perasaan itu ... CINTA
anugerah Allah yang terindah !

Kau mungkin tak faham 
kerana kau tak pernah melaluinya .
Kita adalah dua insan berbeza .
Kau mencari suami yang boleh melindungi...
Tapi aku mencari teman hidup yang mengisi jiwa .

Aku dah lali dengan suara - suara sumbang itu .
Aku pasrah andai aku sudah tak bisa memiliki zuriat .
Aku yakin , jika Allah berkehendak ...
" kun fa ya kun ... "
aku pasti akan dapat rasa nikmat melahirkannya !

Jangan kau pandang rendah pada orang lain 
hanya kerana kehidupan kau yang bernasib baik
perjalanan hidup setiap orang itu berbeza 
dan ...
Allah yang tentukan segalanya ...


alt image tag


Ya , kita perlu mencari .

Aku juga mencari malah sudah berpuluh tahun !
Bila Allah kata belum ...
maka aku harus menunggu dengan penuh redha ...

Aku tidak memusuhimu 

apatah lagi untuk membencimu ...
malah kita masih boleh berbicara seperti adanya ...
bergelak ketawa bergurau senda 
kerana kita bersaudara ...
biarlah luka dihati , ku rawat sendiri .

Doakanlah aku di sini ...

dengan redhaku menerima ujian - Nya ,
aku bisa memperoleh yang terbaik 
kerana ...
siapalah aku untuk menolak takdir - Nya !






2 Sila komen:

  1. Betul tu, soal hati biarlah diri sendiri yang uruskan..

    ReplyDelete
  2. Alahai, Vee... soal jodoh ni bukan boleh dipandang remeh, diambil mudah. Biarlah kahwin lambat, biarkan aje mulut orang berkata. Yang penting, kita buat pilihan yang betul. Kalau memang ada jodoh untuk kita, pasti akan hadir hari bahagia tu nanti. Saya pun lambat kahwin, malah dah give up pun sebenarnya. Tak kisah dah kalau hidup menyendiri. Tak kisah kalau tiada zuriat menemani di hari tua. Tiba-tiba jodoh yang Allah janjikan menjelma tanpa diduga. Alhamdulillah!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...