Akhirnya Dia Menyerah


Assalamualaikum ...

Semalam QV dah berkisah pasal burung merpati yg jinak minta makan kan .
Hari ni nak cerita pula pasal anak buah memikat burung merpati lak .
Macam biasa , tabur roti ( satu paket roti sandwich , separuh confirm masuk perut burung2 ) .
Sambil tabur roti , sambil dekat dengan burung .
Jeng .. jeng ... jeng ...

alt image tag

Projek memikat settle . 
Suka kemain anak buah dapat tangkap ...
Kecoh satu rumah ...


alt image tag

Di pancing lagi dengan hidangan istimewa ... kek .
Ya , kek yg QV buat selepas bebudak merengek .
Kisah kek ni QV citer kat entry lain lah ya .


alt image tag

Stim jer mata ko makan yer ...
Oklah tu . Maknanya sedaplah kan ...
Selepas burung ni makan , anak buah lepaskan .

Selepas tu , dan hari - hari berikutnya , burung ni dah jadi jinak .
Tapi masih susah nak tangkap .

Tapi ... semalam ...
Anak buah bawa masuk seekor burung merpati ke dalam rumah .
Tak pasti sama ada burung yang sama ke tidak .
Al kisahnya , masa anak buah beri makan , 
burung ni tak lari pun bila anak buah pi kat dia .

My kakak yang memang cintakan lah sangat dengan haiwan nih ,
ambil dan belek .
Macam sakit jer katanya ...
Jadi , kami letak lah burung ni dalam bilik sebab tak ada sangkar .
Kat rumah ni kan ada kucing 3 ekor yang sangat aktif .
Tak pasal - pasal kang jadi hidangan free jer kat mereka .

Sebenarnya , minggu lepas dah seekor merpati jadi korban my kucing .
Cuma tak tau yang mana satu yang menangkapnya ...
 haish ...

Pagi tadi , bila tengok kat bilik ,
inalillah ... dah mati .
Maka kebumikanlah ...

Kata may kakak ...
" pandai lak burung ni , nak mati pun ke sini juga ... "




8 Sila komen:

  1. bestnye..miza suka binatang tapi tkut skit nk pgang burung..
    hehee..boleh plak :p

    ReplyDelete
  2. Burung pun seperti manusia juga, bila tiba masanya pergilah nyawanya....

    ReplyDelete
  3. sedeynya..brung pun tau ksih syg yg mnusia bg pda dia.. :')

    ReplyDelete
  4. Alaa... kesian pulak dia mati.
    Jinak-jinak merpati dik Ucu tak tahu ke walaupun jinak tapi tak mudah ditangkap tau..

    ReplyDelete
  5. Alahai, kesiannya mati jua akhirnya. Dok elak dari dibaham si kucing, tetap juga mati ya. Sakit sangatlah tu....

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...