Jangan Biar Diri Diperlekehkan


Assalamualaikum ...

Sedang bersantai minum air di malam hari ,
Hanani bertanya ;
" Mak usu , kenapa bila kita dah makan ,
kita erghhh ( angin keluar dari mulut aka sendawa ) . "
Sila jangan ketawa ya kawan - kawan .
My anak buah ni tak tahu istilah sendawa .


 Jangan Biar Diri Diperlekehkan
Buat badak berendam 

Maka berusahalah mak usunya menerangkan .
Buka fakta sains yang lengkap ya kawan - kawan .
QV cuma menjelaskan berdasarkan logik akal .
Kenapa bila kita sudah makan ,
angin akan keluar daripada mulut .
Suka hatilah kalau korang kata QV " goreng " dia ke apa .
... heh heh heh .

Pengalaman QV yang ada lebih 20 orang anak buah 
dan lebih 10 orang cucu ini , 
bila anak buah bertanya ,
as a respect pada kita sebagai orang yang lebih tua
aka lebih makan garam 
aka dah masuk ' U ' dulu sebelum dia ,
jangan sesekali kata ' tak tahu ' .

Apa pun soalan yang mereka tanya 
kita cuba jawab seboleh mungkin  
walaupun kita tak tahu sebenarnya .
Kalau kita jujur kata tak tahu ,
nanti mereka perlekehkan kita selepas itu .

Apa yang QV perhatikan selama ini ,
generasi Y ni jenis yang berani dan angkuh .
Kalau kita jujur kata kita tak tahu pasal gadget - gadget ni ,
memang kena bulilah jawabnya .

Walaupun QV adalah generasi tv hitam putih ,
QV cabar diri agar boleh sejajar dengan generasi Y .
Dah tentulah bila umur dah makin meningkat ni ,
sel - sel otak dah banyak yang mati .
Sebab tu kita kena aktif berfikir .

Tu sebab QV lebih suka melayan internet 
dari bersembang kosong sebab
internet beri kita ilmu dan 
ada kalanya memaksa otak kita untuk berfikir .
Templete blog QV edit sendiri .
Kalau lappy buat hal pun QV settle sendiri juga lah .

Tadi my anak buah tanya :
" Mak usu , apa cita - cita mak usu . "
Adeh ... soalan standard 10 tahun tu .
Maka mak usunya yang dah nak beruban ni 
menjawab dengan selambanya :
" ... nak kawin tapi tak ada calon ma . "
... heh heh heh ... amik kaw !

Kita perlu tahu bila masanya kita perlu respect pada orang 
dan pada bila masa pula orang perlu respect pada kita .
Maruah itu penting ... bukan ego ya .
... beza amat tu .
... meh meh meh .





11 Sila komen:

  1. Betul tu maruah dan ego adalah 2 benda berbeza sis.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ramai betul anak buahnya cucu pun dah ada ye kah mak ucu kan hikss kekadang seronok layan keranh buddak2 ni sampai kadang tu tak terjawab soalan yg dorang tanya. Jm lah tu :-)

    ReplyDelete
  3. macam2 QV ni..macam2 karenah anak saudara y QV layan..apa yang QV katakan tu betul belaka..

    ReplyDelete
  4. pandai buat kuih badak berendam ya...kuih lama yg sedap utk berbuka puasa...

    ReplyDelete
  5. ramainya anak buah QV..mesti best kan..

    ReplyDelete
  6. macam-macam ye mak usu..

    psst..bulan ramadhan, doa banyak-banyak, mintalah yang baik-baik, moga ada belas kasih dariNya..

    ReplyDelete
  7. sedapnya kuih badak berendam. Nak kena cari juga untuk berbuka. Bila ramai macam itulah. Macam-macam kerenah yang ada.

    ReplyDelete
  8. anak zaman sekarang memang banyak soal...hehehehe..

    ReplyDelete
  9. Ni mesti anak-anak saudara waima cucu sekalipun suka sangat dengan Vee. Habis semua soalan simpan buat Mak Usunya menjawab. Budak-budak sekarang ni akalnya panjang, IQ nya tinggi gak. Kalau bertanya, tak kena cara menjawab, ada dikenakan kita semula :)

    ReplyDelete
  10. ramainya anak buah... siap dah ada cucu....!!! mesti meriah time raya!! betul tu QV saya sokong... kalau budak2 tanya... ikut mana pun kena beri jawapan...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...