Daging Bulgogi Ala Melayu


Assalamualaikum ...

Bila dapat banyak daging Qurban , 
kenalah pelbagaikan cara memasaknya .
Kalau tidak jenuh nak menghadap resepi yang sama .
Tak kan nak merendang juga kot .

 Daging Bulgogi Ala Melayu



Teringat beberapa bulan lepas ,
Vee ada melihat  program tv Korea di channel KBS 392 Astro .
Program ni citer pasal masakan tradisional korea .
Beberapa pelajar asing belajar memasak daging Bulgogi .
Ditunjukkan sekali step by step.

Daging Bulgogi 


Original resepi daging Bulgogi boleh anda dapat di Google .
Resepi Bulgogi yang ini , Vee ubah ikut selera melayu .

Bahan - bahannya :


Mula - mula daging perlu dipotong - potong / hiris .
Masukkan kicap manis , pes cili , 
bawang putih , halia , kunyit dan serai yang dikisar halus , 
serbuk lada hitam dan sedikit garam,
sedikit air asam jawa ,
dan sedikit daun ketumbar .

Pilihan ;
Masukkan jus buah pear dan minyak bijan .
( original resepi )

Cara membuatnya ;


Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati .
Perap selama lebih kurang 2 jam atau lebih di dalam peti sejuk .

Potong sayur carrot , tomato , 
bawang besar dan kacang panjang .

Selepas 2 jam :

Panaskan kuali tanpa minyak .
Masukkan daging yang diperap bersama sayur .
Masak dalam 10 minit .
Tutup api dan angkat .

Tips ;


Vee tak masak daging lama sebab nanti daging jadi liat .
Boleh lembutkan daging dengan diperap bersama asam jawa 
( rasa masam dapat lembutkan daging )


Selamat mencuba !






12 Sila komen:

  1. singgah sini sis vee...

    saya dah tukar url blog, jemput singgah ye blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. akak suka kalau masak daging,letak lada hitam..
    ada bahagian daging yg tetap liat walau masak sekejap atau dimasak lama pun,kan..

    ReplyDelete
  3. sedapnya daging bulgogi...resepi baru ni.

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk tips perakan dgn asam jawa supaya daging lembut

    ReplyDelete
  5. bulgogi...makanan kegemaran sis JM tu...waduh..terus copy resipu ni esok nk try buat :-)

    Ahaa..air asam boleh lembutkan daging yek ok..ok

    ReplyDelete
  6. ini yg kathy nak..sodap..

    ReplyDelete
  7. wah terbaik.. bulgogi... sedap tu... mayang pn dah try wiken baru ni .. cedok resepi kat sini le.. vee... try lak wat kimchi.... teringin nak makan tapi takut tak lalu lak...

    ReplyDelete
  8. Saya suka tengok K-drama tapi korean food ni memang tak in dengan diri saya. Nak suruh makan kimchi, mahu terkencing nanti!

    Ni kira resepi barulah ya. Apa rasanya? Kalau tak pedas, memang tak in jugalah dengan saya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...