Kan Dah Mati


Assalamualaikum ...

Budak - budak masa sekolah , 
tak sabar nak tunggu tiba hari cuti .
Bila dah cuti , tiap hari dok hadap tv .
Sampailah satu masa tu , 
mereka dah bosan dengan program kat tv .
Jadinya , mulalah buat macam - macam nak hilangkan boring .

Kalau kat kampung , banyaklah aktiviti boleh buat .
Kat bandar ni , apa lah sangat .
Selain main badminton , 
main kat taman dan
beri burung makan kat depan umah .



Kan Dah Mati


Satu hari tu , mereka sangatlah seronok tunjuk hasil mereka .
Korang namapk rama - rama dalam balang tu .
Tu lah hasil projek pertama mereka .
Memelihara ulat sampai jadi kepompong
dan jadi rama - rama .

Gambar kat atas tu , 
rama - rama baru keluar kepompong .
 Maka menjaga rama - rama lah mereka 
dari si meow yang berekor - ekor itu . 

Kemudian mereka pi cari ulat lagi .
Dah banyak pokok belaan kan ,
maka dapatlah 2 ekor .



Kan Dah Mati



Maka datanglah mereka kat mak usunya dan tanya :

" Mak usu , ulat ni makan daun apa ?
Dia tak nak makan lah mak usu . "

Maka membeleklah mak usunya tengok ulat tu .
Seekor ulat pokok limau .
Oklah bagi daun limau untuk makanannya .
Seekor lagi , vee tak tau lak ulat dari mana .
Maka bertanyalah mak usunya ;

" mana ko dapat ulat ni ?"

" Kat badan ( baju ) Qistina . "

" yaya ( qistina ) , ko pi main kat mana tadi ? "

Si kecik itu cuma geleng kepala je .
Maka semua pokok belaan vee sebut .
Semuanya dia geleng juga . 
Maka vee rujuklah kat my kakak .

" mama , ulat ni selalu dok mana ? "

sambil tunjuk kat depan muka dia .
Perghhh ... mengigallah kepala my kakak .
Nasib baik tak ditepisnya balang berisi ulat tu .
Maka menjeritlah my anak buah ;

" mak usu , mama kan takut ulat ! "

" hahahaaa , terlupalah mama ... "

Selalunya kalau vee jumpa ulat kat sayur ,
terus je tuntuk kat depan mata dia ...
... heh heh heh .
notty kan adik dia sorang ni .
Sebab my kakak baiklah si adik bungsunya ni jadi notty .

" ambik je la daun - daun rumput tu . 
Tengok ulat tu makan daun yang mana "

Sedang elok layan astro , dengar my kakak menjerit :

" kan dah mati ! "
Kan mama dah letak kat tepi ( tingkap ) tu .
Nape alihkan kat sini .
Kena panas memanglah mati .
Berdosa tau bela dia tapi tak jaga "

Maka my kakak yang berjiwa penyayang ni 
membebel sambil membelek lah ulat - ulat 
yang sudah meninggal itu
dengan wajah yang sangat terkilan .

My anak buah , 
walaupun dah nampak wajah mamanya yang sedih itu ,
selamba jer layan astro tanpa perasaan .
Dah namanya budak kan !

Maka tak adalah kisah ulat lagi lepas tu .
Biarlah ulat - ulat itu hidup pada habitatnya .
Vee memang tak kisah pun kalau ulat - ulat itu 
makan daun my pokok bunga .
Dah makanan dia kan . 
Janji bukan ulat bulu .

owh , sebut pasal ulat bulu , 
my kakak tadi ada mention ,
katanya kat pokok daun buas - buas ada banyak ulat bulu .
Maka ada potensi kena cantas tak lama lagi .
Biar tuan rumah yang membuatnya ...
... heh heh .




Esok sambung cuti lagi ya kengkawan ...









12 Sila komen:

  1. comel je... hihi.. suka layan budak-budak,, happy rasanya,,

    ReplyDelete
  2. harapan besar nanti boleh jadi saintis tu kalau suka membelek yg mcm tu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    wahhh, satu sifat yang sangat bagus.. 'TEKUN dan SABAR' menjaga ulat sampai bertukar menjadi rama-rama.

    ReplyDelete
  4. Gigih betul anak-anak tu menjaga sampai jadi rama-rama. Bagus juga.. tapi kalau kakak mesti macam kakak Vee menjeritlah kalau disuakan ulat begitu cara:)

    ReplyDelete
  5. mcm2 aktiviti anak buah vee masa cuti yer...

    ReplyDelete
  6. Salam. Hee sungguh seronok ada cuti yang lama dan panjang.

    ReplyDelete
  7. Pokok daun buas2 tu cemana?heheh.
    Akak pun takut ulat2 ni..geli la..lagi2 yang bulat semacam macam ulat kat pokok pisang tu..eiii..

    ReplyDelete
  8. berani diorang tangkap ulat yer.

    mak usu? sama lah kita. anak buah panggil makusu juga, dulu-dulu makucu...hai, tak komersial tul, patutnya maksu.

    ReplyDelete
  9. Satu pembelajaran ttg alam... Bgus tu...

    ReplyDelete
  10. ena dahulu rajin tangkap belalang.. sekarang ena pula yang takut dengan belalang.. huaaaaaaaa

    ReplyDelete
  11. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti berguna dibuat masa cuti sekolah daripada asyik dok depan TV. My anak sulung dok bela ikan tapi malas nak bagi makan. Akhirnya mati ikan tu baru-baru ni. Saya pun kata kat anak, berdosalah sibuk nak bela ikan tapi tak biarkan ikan tu kelaparan. Pandai pulak sedih dok sibuk suruh 'tanam' ikan yang dah mati tu!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...