Terjawab Sudah


Assalamualaikum ...

Sebelum ni Vee ada kisahkan tentang pokok dililit kain merah 
dalam entry Pucuk Ubi BFF Sardin .
Kini terjawab sudah kenapa pokok itu jadi begitu .


Terjawab Sudah


Terjawab Sudah


Kira - kira 2 bulan yang lalu , 
beliau tetiba merasa sakit yang amat sangat di bahagian perut .
Di hospital , doktor mengkhabarkan bahawa 
beliau menghidap penyakit kanser perut tahap akhir .

Selepas sebulan di hospital , 
doktor menasihatkan ahli keluarganya 
supaya membawanya pulang
kerana beliau sudah tiada harapan lagi .
Maka bermula dari situ , 
persediaan sudah pun dilakukan 
termasuklah mengikat kain merah dipokok
sebagai melangsungkan adat agamanya .

-------------------------------------------------------

Pada petang Khamis 20 november 2014 , jam 2 petang ,
jiran my kakak sebelah pintu ,
telah pergi meninggalkan dunia untuk selamanya .
Walaupun dia berbangsa cina , 
tapi dia adalah jiran yang baik .

Pada petang itu , 
kami sangat terkejut apabila diberitahu oleh ahli keluarganya .
Kami cuma hairan kenapa ada khemah ,
kenapa tanglung bekas colok di balut kertas pink ,
mengapa ada kain putih direntang di atas pintu ,
mengapat tingkap ditutup dengan kertas putih ,
segala pokok tanaman mereka berikat reben merah ,
juga semua pagar rumah kejiranan juga diikat reben merah .

Maka terbayang - bayang pada kami wajahnya 
yang murah senyuman dan beriak tenang .
Sudah keluar rumah seawal 6 pagi setiap hari sekadar untuk exercise ...

-------------------------------------

Tiada tawa gembira ,
tiada dengar riuh rendah di dapur ,
tiada sembang kencang di serambi sambil bermain judi ,
tiada minum arak mabuk bagai ,
yang ada hanyalah air mineral serta kesunyian 
dan 
irama lagu selamat tinggal yang mendayu - dayu
selama 4 hari ...

Dikirimkan bersamanya 
sebuah mahligai indah 2 tingkat bersama astro
juga sebiji kereta mercedes 
dan wang kertas 
untuk keselesaan si mati di sana ...

Pada hari terakhir perjalanannya di muka bumi ini ,
vee , my kakak dan jiran tetangga menyaksikan upcara terakhir 
walaupun sekadar di dalam pagar .
Tiada baju dan topi guni ,
yang ada hanyalah baju hitam dan putih .
Tiada jambangan bunga besar sebagai ucapan takziah ,
yang ada hanyalah upacara ringkas .

Hari yang cerah ,
tetiba datang seekor gagak 
bersama sekawanan burung layang - layang 
berlegar - legar di atas bumbung rumahnya .
Hanya mabil masa lebih kurang 1 minit sahaja .
Mungkin ... burung itu melihat roh yang sedang memerhati jenazahnya ...

Selepas berarak pergi 
diiringi bunyian sekumpulan pancaragam ,
langit jadi mendung tetapi tidak hujan .
Si isteri hanya memerhati dari rumah 
sambil ditemani rakan dan keluarga terdekat .

Selepas upacara pengebumian ,
Seluruh ahli keluarga berkumpul dirumah untuk upacara seterusnya .
Pada upacara ni semua ahli keluarga berbaju merah .
Baju merah ? ... pelik jap !

Maka hati terfikir ,
bagaimanakah kita seandainya mengetahui
saat kematian kita ...

---------------------------

Ada colok di pacakkan di depan pokok itu .
Sadisnya ...
ianya memanjang sehingga berada di depan my pokok ubi .
Makanya ... selamat tinggal pokok ubi .
Rasa gerun lak nak memetik pucuknya 
bila kilat kerap sambar menyambar di pokok besar itu 
selepas upacara itu ... erkkk






12 Sila komen:

  1. masa jiran akak mennggal dulu pun pagar kami dikat dengan kain merah ni..3,4 hrai jugak la dok penuh je orang depan umah ni..

    ReplyDelete
  2. Saya masih tak faham mengapa segalanya diikat merah? Mengapa merah, bukan biru, hijau atau kuning? Bukan ke dalam adat orang Cina, merah itu menandakan tuah, hitam pula menandakan malang? Adakah kematian jiran itu dianggap sebagai satu tuah kepada keluarganya?? Memang saya masih tak faham kaitan kematian dengan warna merah...kecuali kematian berdarah...

    ReplyDelete
  3. kenapa pulak kilat menyambar kat pokok ubi tu..sebelum ini tidak ke..
    pelik pulak..

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee sungguh berbunga bunga bahasa kiasan yang digunakan. Layan.

    ReplyDelete
  5. Bab kiriman tu yang saya suka membacanya, Vee!

    Alahai, perginya seorang insan begitu sahaja dalam penuh 'kegelapan'. Betapa ruginya. Dah lama tak nampak segala reben merah, nangis mendayu-dayu ni. Masa jiran saya pergi, simple je saya tengok. Van mayat dari memorial datang angkat pastu ahli keluarga pergi begitu sahaja. Takda paluan gendang mahupun apa-apa majlis. Heran juga!

    ReplyDelete
  6. ishhhh... mau tak seram veee..... takmo akkkkakkkk....

    ReplyDelete
  7. jiran yang baik akan dikenang kebaikannya walaupun sudah tiada..tapi kesian gak, pokok ubi terpaksa dikorbankan..

    ReplyDelete
  8. Macam baca cerpen pulak.. hehe er, berbeza sikit dr kematian yang biasa... yg saya pernah lihat, mayat di bawa keliling kg/tmn... diiringi alatan muzik cina...

    ReplyDelete
  9. Gitulah pengakhiran seorang hamba, sampai masanya pergilah dia menemui penciptanya...huhu
    Kepercayaan dia tu agaknya kan vee, ikat tali kat pokok...apa maksud agaknya kan...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...