Perut Boroi / Buncit Berpenyakit ?




ASSALAMUALAIKUM ...

Sama ada lelaki atau perempuan , bila umur dah bertambah , perut pun akan bertambah . Lagi la kalau dah berkahwin . Macam dah jadi perkara biasa lak , bila dah kahwin beberapa bulan , perut lelaki akan buncit . Perempuan lak , bila dah bersalin , perut juga akan boroi . Dari sudut kesihatan , perut buncit / perut boroi ni bukanlah satu petanda yang baik sebenarnya .


Perut Boroi / Buncit Berpenyakit ?


Perut jadi buncit sebab masalah lemak visceral . Lemak visceral yang terkumpul di perut iaitu lemak dalam organ - organ dalaman badan termasuklah hati , jantung dan sebagainya .

Semakin buncit perut lelaki itu , maknanya dia semakin tak sihat . Bila tiba - tiba ukur lilit perut tuh lebih 90 cm , maka berhati - hatilah . Bagi wanita lak bila ukur lilit tuh dah lebih 80 cm . Nak tau camna nak buat ukur lilit nih , kena lah jumpa doktor atau jururawat . Den tak dopek nak tolong .

Sindrom metabolik berkait rapat dengan perut buncit . Penyakit yang boleh wujud dari sindrom ni seperti kencing manis , hipertensi , masalah jantung dan sebagainya .


Kalau korang rasa buat sit up atau bangkit tubi boleh selesaikan masalah perut buncit , memang salah . Masalah ni boleh diselesaikan dari pemakanan yang ada fiber , vitamin , protein dan juga fat burn . Senaman kardio dicadangkan boleh membantu korang untuk mengurangkannya .






23 Sila komen:

  1. Viseral fat nina sgt tinggi... owwhhh. Takutttt. Huuu

    ReplyDelete
  2. Dah tak larat nak sit up segala. Redha jer la, asal takda penyakit. Heheheh

    ReplyDelete
  3. Dari segi rumahtangga, suami perut boroi orang kata lebih hensem dan bahagia.. hehe iha tak pasti sebab single lagi..

    ReplyDelete
  4. memang itulah sering dikatakan bila perut buncit ibu segala penyakit yang ada...seram kan....minta di jauhkan he heee....

    ReplyDelete
  5. Adoii seramnye baca....puas dok jaga pewot...tp tetap naik...adusss

    ReplyDelete
  6. memang risau sangat2 kalau perut buncit ni..dulu wana rajin buat squat tapi skang penyakit M tu menyerang..tapi nak kena rajinkan diri ni..nak hidup sihat.. :D

    ReplyDelete
  7. Zumal pun kena cari petua memaintainkan perut nampaknya...

    ReplyDelete
  8. TERIMA KASIH INFO...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Betul tu, perut buncit ni petanda badan tak sihat, banyak kumpul lemak. tak da makna comel kalau perut buncit. Kalau buncit ada baby lain lah... hihi..

    ReplyDelete
  10. Maaf lama x singgah ke sini. Tapi blog ni tetap di hati KA. Info menarik ni tq

    ReplyDelete
  11. Dan2 tu SS tengok perut sendiri... He He He...

    ReplyDelete
  12. Bila dah berusia metabolisma pun jadi rendah dan menyumbang pada kegemukan juga.

    ReplyDelete
  13. Kena jaga kesihatan ni. Kalau tak, mesti boleh jadi buncit tanpa sedar.

    ReplyDelete
  14. ye ke..
    selama skolah mngah dulu suka sit up
    masa ddk asrama.. time cuti hihi

    ReplyDelete
  15. Perut ena ni buncit juga ni.. hurmm hurmm.. kena kawal pemakanan

    ReplyDelete
  16. Orang kata lelaki lepas kahwin kalau perut buncit itu tandanya bahagia sebab isteri bagi cukup makan. Hahaha!

    Perut buncit ni senang nak datang tapi nak menghilangkan lemak kat perut tu alahai siksanya. Sit uplah beratus kali kalau mampu :)

    ReplyDelete
  17. Kalau menurut saya perut buncit itu karena malas, malas olahrga, malas jaga pola makan. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...