Pisang Mentah Goreng


Assalamualaikum ...

Masa vee kecik - kecik dulu ,
my bonda akan mencari segala jenis sumber 
yang ada disekeliling rumah untuk dibuat sarapan .
Salah satunya dan memang dah jadi biasa adalah pisang mentah .

Ntah mimpi apa man in d house tu pi beli pisang mentah ni
maka terujalah sesangat my kakak nak makan pisang mentah goreng .
Tak de nya dia nak menunggu si Abenya balik kerja pun .
My kakak hadap sensorang dengan lazatnya .
My anak buah , mulanya tak tahu makan .
Bila dah merasa , kejap je habisnya .


Pisang Mentah Goreng



Korang pernah tak makan pisang mentah digoreng ni ?
Sesiapa yang tak pernah cuba , cubalah makan ya .
Serius , memang sedap .
Cuma , korang kenalah bersedia dengan getah pisang tu bila mengupasnya .

Ada je cara nak elak getah pisang ni .
Korang boleh ja sarung tangan tu dengan plastik .
Ataupun , lepas siap mengupas segala pisang tu ,
korang sapu je minyak masak kat tangan korang ,
pastu pi cuci .



Pisang Mentah Goreng



Pisang Mentah Goreng


Cara nak sediakan pisang mentah goreng ni senang je .
Korang cuma perlu hiris tak tebal dan tak nipis aka sederhana la
pastu masukkan je ke dalam minyak yang panas .
Bila pisang tu kekuningan ,
korang masukkan air aram yang dah dicampur dengan bawang putih .
Biarkan dalam satu minit , angkat .

Pisang mentah goreng ni sedap cecah dengan sambal kicap .
Tapi kalau my kakak , suka je makan gitu je lah 
lagi sedap katanya ...

Orang Johor  dan sambal kicap memang tak boleh dipisahkan !
Tempe goreng pun mesti nak hadap sambal kicap .
Eh ada lagi , jemput - jemput .

Sesapa yang teringin nakrasa
atau dah terliur ,
cari je kat pasar awam ye .
Gerenti ada ...















8 Sila komen:

  1. nampak mcm pisang nangka yg tua tu mmg sedap digoreng rendam dgn air garam skjp mkn tika panas...dh sejuk keras rasanya.

    ReplyDelete
  2. yer semua dengan sambal kicap... sukun goreng ngan sambal kicap... tapi pisang goreng mentah ni arwah mak saya pernah buat... selalu gak makan...

    ReplyDelete
  3. cicah sambal kicap mmg sedap saya bljar mkan masa ddk jb dulu la

    ReplyDelete
  4. takyah bubuh tepung bagai erk..goreng macam tu je..pergh nampk sedap

    ReplyDelete
  5. pernah makan, tapi rasa kelat kelat.. tak berapa gemar ke orang yang masak tu tak reti buat.. hahahahah

    ReplyDelete
  6. goreng gitew je tanpa tepung sedap tu...mcm kerepek

    ReplyDelete
  7. Pisang masak pun jarang saya goreng, inikan pulak pisang mentah. Eh, Vee.. ni first time tau pasal pisang mentah goreng.

    Orang Johor memang favoritelah semua benda nak cicah sambal kicap. Sedap wor.. rugi kalau tak cicah!

    Eh, tetiba teringat tempe pulak!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...