Mak Tiri



Assalamualaikum ...

Hari Sabtu nampaknya 
bukan lagi hari untuk bermalas - malasan .
Hari Sabtu adalah hari untuk berperang !
Bukan berperang dengan periuk belanga ,
bukan dengan perasaan juga masa .
Tapi berperang dengan my anak buah !

Sejak my kakak jadi penyelia kawasan ,
Sabtu memang jarang ada kat umah .
den malas doh nak tanya urusan apa .
Tapi den pernah tanya :

" ada elaun ke ? "

my kakak senyum sambil mengangguk - angguk .

Mak Tiri


Nak uruskan my anak buah ni senang je .
Budak dah besar panjang dan faham arahan .
Den cuma kena jadi mak tiri sekejap .

Mulut harus lah bebel dan garang ya .
Kalau tidak , satu apa pun tak jalan .
Den senang jo .
Tugasan korang mesti siap !

Tapi kan , bila baby ainul nangis ,
kat mak usunya juga yang dicampaknya .
... adehhh .

Kalau bab breakfast , 
den cuma sediakan yang asas je macam nasi , 
adunan tepung atau lainnya .
Pastu berkias kat si abang dan si kecik ;

" kalau lapar mintak kakak masak ye . "

Dalam pukul 12 , 
keluar bilik , buat spot check .
Kalau keje tak selesai , tang tu juga kena buat .
Mak tiri ini automatik jadi mandor !

Selalunya keje memang tak beres 
sebab masing - masing dah kena pukau dengan astro .
Jadinya , mak usunya akan rampas remote dan tukar channel .
sambil tengok tv sambil jadi mandor !

korang rasa mereka buat keje tak ?
Of coz mereka buat sampai siap
sebab mak tirinya jadikan mamanya untuk tarik simpati ;

" kesian kat mama . "
" dah la penat balik dari kerja . "
" nampak umah bersepah , baju tak cuci , dapur tak kemas . "
" nak makan lak , dalam saji kosong jer . "
" tapi bila korang mintak itu , ini , mama rela je belikan . "

" sayang mama tak ? "
" Kalau sayang kenalah buat mama senyum bila dia balik nanti . "
" bila mama senyum , banyak pahala korang dapat . "
" dah lupa ke , syurga bawah tapak kaki ibu . "

itulah ayat keramat bila mak usunya membebel .
den cuma nak mereka ini menghargai titik peluh mamanya
dengan buat perkara yang buat mamanya senyum dan bangga .
Semudah sediakan segelas air sejuk berais je ,
mamanya dah senyum sampai telinga ...
hari ini my kakak demam .
semalam , lepas habis meeting , balik sekejap .
... mengadu demam .
pastu petang sikit dapat call , lawyer nak jumpa .
pagi ni lak join my anak buah sekolah rendah ada sukan .
balik terus je baring tak bangun - bangun .

jadinya petang ni my anak buah 
masak sup tulang dan nasi himpit serta buat sambal kicap je .
permintaan mamanya merangkap selera orang demam katanya .
... layan je la .






18 Sila komen:

  1. Replies
    1. sempat ke nak larikkk ... dah kat belakang mu ni hah !

      Delete
  2. wahpandai qv mengurus anak2sedara ya...bagus tu belajar dari pengalamn kakaknnti sng nk urus anak2 sndri.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...'mak tiri' ini pandai mendidik anak buah. Mama mereka pun lega melihat anak-anak pandai berdikari. Tapi ini cara yg betul. Membebel bukan sebarang bebel. Kena pada tempatnya. Siap berpsikologi lagi dgn gunakan mama mereka. Kalau attend motivasi ini juga yg dipantak oleh motivator pada bebudak. Tahniah buat anak-anak yg mendengar kata

    Moga kakak cepat sembuh, kesian penat sangatlah tu.

    ReplyDelete
  4. untunglah dengar kata jugak.. sayang mama dorang kan..
    garangnye mak usu..hehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. abe MKL...sedap ke sambal kica..kalau JM tgk su tu...sebaldi air liur di telan nya....tgk un dah tahu sedanya

      Delete
  6. biasa le vee.. anak2 ni macam tukul dan paku kalau tak ketuk mmg tak jalan keje..wah pandainya anak buah vee masak sup tulang dah boleh diharap ...

    ReplyDelete
  7. untungnya ada makusu.
    membebel dlm syg..senang mamanya

    ReplyDelete
  8. Senanglah jadi mandor dan anak-anak buah semua dah pandai berdikari dan tahu apa nak buat kalau Mak Usunya bertukar title :)

    Untung jadi Mama lima anak ni (eh, lima ke enam nih...lupa lagi...) Sakit je, order makanan kat anak, boleh anak buatkan. Kalaulah saya ni, rasanya memang kena bangun sendirilah buat. Kalau tidak, mengerang sakit ajelah sensorang atas katil :)

    ReplyDelete
  9. betul tu, syurga di bawah tapak kaki ibu cuma mungkin anak-anak kecil sukar nak faham lagi frasa ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 ni bukannya x tahu cuma kena ingatkan ...

      Delete
    2. inshaAllah, nanti frasa ini akan terpahat dlm ingatkan mereka.. ^_^

      Delete
  10. dah ada pengalaman jaga anak buah...senang lah nanti kalau dh ada anak sendiri amin...semoga cepat bertemu jodoh yg baik termasuk JM juga -:)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...