Assalamualaikum ...
21 Jun , semalam adalah hari bapa .
Arwah abah den dah pergi menghadap - Nya pada tahun 2009 .
Al - Fatihah buat abah .
Semoga abah ditempatkan dikalangan orang - orang yang solih .
Banyak perkara yang den suka dengan ABAH .
Antaranya ,
abah tak suka minta bantuan orang bila nak buat sesuatu .
Bagi abah , kalau buat sendiri lebih cepat siap dan puas hati .
Rumah dikampung abah bina sendiri .
Abah juga pandai mengaji dengan banyak jenis lagu / taranum .
Rumah kami dulu jadi tempat anak jiran tetangga belajar mengaji .
Selepas den khatam quran pertama kali
dalam usia 6/7 tahun ,
den ada minta abah ajar taranum .
tapi my kakak pula dah patahkan semangat den .
Sampai la ni den baca quran tak ada taranum pun !
Abah tak suka mandi guna sabun mandi .
Sebab itu , sehingga akhir hayatnya ,
abah sihat tanpa sebarang penyakit .
Abah pandai mengait jala .
Masa kecik den ,
ikan yang den makan banyak dari parit dan sungai .
Kami tak berapa mampu nak beli kat pasar .
Part yang paling best bila dapat udang galah .
My bonda goreng je .
Abah makan hanya dengan satu jenis lauk saja .
Sebab itu , sehingga hujung hayatnya ,
perut abah maintain kempis je .
Dia tak pandai makan banyak lauk sekaligus .
Tak nikmat katanya .
Kalau abah teringin nak makan lauk lain yang sedap ,
abah akan makan supper .
Abah makan cuma satu senduk nasi .
Sebab itu abah boleh makan banyak kali
dengan lauk yang berbeza .
Abah suka sangat dengan sup kaki lembu .
Bila raya puasa dan raya haji
Abah akan pergi pasar cari kaki lembu .
Abah kerjakan sendiri kaki lembu ,
abah masak sendiri kaki lembu ,
rempah pun abah buat sendiri .
Di pagi raya , anak - anak hanya tinggal makan saja .
Biasanya kami makan ala soto .
Sup di atas tu juga menjadi kegemaran abah .
Siapa yang mahukan resepinya ,
boleh klik SINI .
Banyak lagi kelebihan abah .
Tapi biarlah itu sahaja yang den kongsi dengan korang .
Walaupun masa dah berlalu ,
sentiasa terbayang wajah redup arwah abah .
Abah yang lebih suka berdiam dari melawan ...
Al - Fatihah buat abah
Sandi Bin Abdul Rahman ...
... semoga tenang rohnya di SANA .
Al-fatihah buat Abah Vee... Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang beriman... Aamin...
ReplyDeleteAl-fatihah buat Abah Vee..banyak betul pengorbanan beliau dan aling best Vee dah khatam al-quran umur 6-7 tahun...syukur...pemergian beliau pasti amat di rasai..semoga roh beliau tenang di sana...biasannya org baik Allah sayang
ReplyDeleteAl-fatihah..semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Bab mandi tu, arwah ayah Sis sama macam Abah saya.mungkin ada betulnya..
ReplyDeletesebak pula membaca n3 ni...memori abadi kpd bapa tersayang disimpan di lipatan hati...semoga rahmat Allah melindungi dgn berbhgia di sisi-Nya insyaAllah.
ReplyDeletesob..sob.. Al fatihah..
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah abah sis.. sedih bila teringat kan..jasa mrk terlalu besar...
ReplyDeleteAl fatihah buat Aruah abah Qaseh juga buat Aruah Bapa akak. Walau dah lama mereka meninggalkan kita namun gelagat dan kesukaan mereka kan tetap tersemat didalam ingatan dan memori bersama mereka kan berkekalan sampai bila-bila kerana mereka Bapa kita. Selamat hari bapa buat semua
ReplyDeleteAlFatihah, Salam Takziah Vee, moga syuurga tempat arwah..InshaAllah...doa utk arwah selalu ye Vee...
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah abah Vee. Kalau bercakap tentang seorang lelaki bergelar abah nikan, Vee memang bergenang air mata. Tetiba teringat betapa banyaknya kebaikan abah kitakan. Saya pun dah lama arwah abah pergi menghadapNya. Tahun 1998 dah jadi anak yatim....
ReplyDeleteAlfatihah..
ReplyDelete