Shopping Di Bangi Gateaway


Assalamualaikum ...

Shopping Di Bangi Gateaway | Pagi Sabtu lepas , kami baru nak bershopping untuk keperluan raya . Barang yang kami nak cari mestilah kelengkapan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Oleh kerana dah tetapkan masa pada hari sabtu , makanya kami dah bersedia awal .


Shopping Di Bangi Gateaway



Lebih kurang pukul 10 pagi kami keluar dari rumah . Dalam kereta my kakak bertanya :

" Kita nak shopping kat mana ni ? "

Lah , dia tak decide lagi rupanya . Maka banyaklah cadangan kan . Bab Giant dan Aeon tempat kami ni , letak tepi dululah . Maka den cadangkan pergi ke Bangi dan Kajang . My kakak tak nak pergi Cyberjaya , tak best katanya . Putrajaya lak , dah biasa pergi . Tapi IOI Mall putrajaya memang tak boleh pergi . Nanti Qistina akan buat hal yang peningkan ramai orang !

Masa nak masuk ke jalan Bangi , dah jam . makanya may kakak nak masuk melalui arah bertentangan , ke depan sikit nampak lak arah bertentangan pun jam juga . maka terpaksalah redah saja . Biasalah , nak raya kan .



Shopping Di Bangi Gateaway


Akhirnya my kakak decide pergi ke Bangi Gateaway yang dicadangkan kawannya . Banyak pilihan dan harga berpatutan . Nak pergi ke sini , senang je . Bila dah masuk Bangi tu , korang terus je sampai ke bulatan . Kat sebelah bulatan ( roundabout ) itulah letaknya Bangi Gateaway . Kat belah mana Bangi Gateaway tu depend dari arah mana korang datang lah . Cuaca kat Bangi masa ni berjerebu dan panas membahang .


Shopping Di Bangi Gateaway

JemTeruk


Dalam Perjalanan ke Bangi Gateaway ni , dah jam . Sebelum sampai ke sini , kamu melalui Giant Bangi . Kereta parking di bahu jalan berderet sebelum sampai Giant dan selepas Giant . Dahsyat betul kan orang Melayu nak shopping raya ! Bila sampai kat Bangi Gateaway , pun jam juga . Nak dapatkan parking je dah mabil masa sejam . Masuk , keluar balik pastu masuk semula . My kakak pun tak berhenti mulutnya berdoa . Akhirnya dapat gak parking dekat dengan pintu masuk .


Shopping Di Bangi Gateaway


Naik je eskeletor , pemandangan ini dulu yang kami nampak . Kat belakang tu berderet lot - lot jual baju yang sesak dan bersenggol bahu . Hajat asal nak cari kasut sebab baju my kakak dah buat untuk anak buah macam den citer kat SINI .

Disebabkan gemerlapan fesyen baju yang macam - macam , my kakak lak yang teruja membelek satu demi satu . My anak buah selamba je . Kat sini banyak menjual jubah . Baju kurung den tak nampak . Itu maknanya , jubah tu trending raya ni lah kan .

Selan baju , ada juga biskut raya dan phone macam yang korang nampak dalam gambar . Di kiri dan kanan lak ada restoran , pharmacy dan kedai lainlah .


Shopping Di Bangi Gateaway

Mercun


Lai , lai , lai , sapa nak beli mercun , sini ada . Qistina request racun popup . Lepas tu my kakak ralat sebab tak beli bunga api yg sekotak ada 200 isinya dengan harga rm 10 je ! Nampak gayanya my kakak repeat lah gi sana hari ni untuk beli bunga api . Tahun lepas den ada nampak gak orang jual mercun di PKNS Bangi . Selain tu di Serdang lama pun ada jual . Tapi mereka ni cuma jual mercun yang biasa je . Tak membahayakan pun untuk bebudak main .


Shopping Di Bangi Gateaway

Tingkat 2


Naik tingkat dua , kat sini my kaka banyak memborong . Memborong baju tidor , baju t muslimah dan kasut . Harga memang berpatutan dan sangat berbaloi . Kat sini je dah lebur RM500 ... pergh , kesat peluh . Dah memasing menjinjing beg plastik kiri dan kanan , kami round sekejap . Ternampak lak jubah depan butik . Belek punya belek , si Nabila lak berkenan . Pastu , si Qistina pun berkenan juga . Maka dengan sengih - sengih my kakak masuk butik dan bayar . Nasib baik adik tu bagi diskaun . Hah , dah bertambah RM melayang ... redha je .

Bila Nabila dan Qistina dah beli maka Hanani dan Najwa pun kena belikan baju sepasang juga walaupun kat rumah yang mamanya jahit dah berpasang - pasang untuk mereka . Hanani request nak baju kurung aka tak minat jubah . Makanya kena pergi tempat lain untuk cari baju kurung Hanani dan Najwa juga baju kurung Akif . Kat tingkat ni juga ada food court dan kedai emas . Tengok jam dah pukul 3 . Perlu cari surau untuk solat .

Tingkat 3


Nak solat kena naik ke tingkat 3 . Kat sini selain ada surau , ada juga playground dan lot - lot menjual jubah . Tak kurang juga meriahnya . selain tu ada juga butik - butik lainnya .

Mana gambar ? Den sebenarnya dah biasa pergi mana - mana tak ambil bambar . tu yang lupa memanjang . Bukan setakat kat tingkat tiga ni je . Den pi Giant lepas ni pun lupa nak ambi gambar situasi kat sana ... heh heh heh .

Selesai solat dan usha - usha baju kat sini , kami pun baliklah . Nak keluarkan kereta dari Bangi Gateaway ni pun ambil masa sejam . Memang jadi sataylah kami dengan panas membahang walaupun dok dalam aircond . Kalau hari biasa , mungkin tak jam teruk macam ni .

Terjah


Keluar dari Bangi Gateaway , kami ke Giant kat tempat kami lak untuk cari baju Najwa , Hanani , Akif dan bahan buat biskut . 

Pada sesiapa yang ada berdekatan Bangi , bolehlah terjah Bangi Gateaway ni untuk cari kelengkapan raya .




16 Sila komen:

  1. SAKAN BERSHOPING QV...MESTILAH KAN...NAK SAMBUT RAYA ESOK LUSA...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi pergi Bangi Gateway ni. Yang lagi haru, tak tahu pun ada Huuu

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete
  3. Sekarang nie kat shopping mall mana pun dipenuhi orang. Zumal shopping kat premis2 kecil je, ada diskaun gak...

    ReplyDelete
  4. tulah,susah betul nak cari baju kurung..nasib baik sy dapat..

    ReplyDelete
  5. sesak kan shopping.. penat usah cakap lah kan.. melayang lah RM masa shopping ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. bestnye shopping.....yang xbestnye jam....

    maaf dah lamer xjenguk cni...agak sibuk...

    ReplyDelete
  7. tahun nie tak shopping sangat...hanya sehelai baju sahaja..alhamdulilah

    ReplyDelete
  8. everywhere pon mmg jem...
    Psst : dah dpt kad raya... Thanks...

    ReplyDelete
  9. pernah gi sekali, makan kt toyyiban sushi..memang byk pilihan baju2 di sini..

    ReplyDelete
  10. Bangi Gateway.. tak jauh dari rumah ML, tapi tak pergi pon... :)

    ReplyDelete
  11. amboiiii...shopping sakan ni...hehe...

    ReplyDelete
  12. sekarang tempat shopping semua jam teruk...tak suka le.

    ReplyDelete
  13. Biasalah Vee kalau bershopping last minute ni memang merecik peluh. Nak pegang dompet pun gigil-gigil aje takut takda berbaki lagi duit dalam dompet. Hehehe...

    Saya pi sekejap aje Sabtu lepas. Rabu ni saya cuti barulah nak pulun habis-habisan katanya ~_^

    ReplyDelete
  14. Semenjak bulan puasa ni, semua tempat shopping kat Bangi sesak. Jalan pun jammed.
    Nasib baik segala persediaan raya dah dibuat awal.
    Kalau nak shopping siket2 tu, saya pergi Alamanda... :)

    ReplyDelete
  15. berkat doa kan leh dapat parking depan pintu tu alhamdulillah...itu sbb x suka shopping raya last min..sesak!!!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...