Assalamualaikum ...
Meriah | Dah berhari - hari den tak update di blog ni . Bukan tak ada cerita tapi kemalasan nak mengedit gambar . Alhamdulillah , hari ini den dah rajin doh . Terpaksa rajin bila tengok komen yang dah berderet tu .
Hari Lahir
Hari Lahir den dah berlangsung pada ahad lepas tapi hari ini baru nak cerita . Tak apa lah kan sebab tarikh publish nanti den boleh ubah . Walaupun mungkin cerita dah basi , tapi den nak juga letak kat blog sebagai kenangan . Dah blog den kan . Sesuka je lah ... heh heh heh .
Terima kasih pada rakan blogger yang sudi wish kat facebook Qaseh Vee . Semoga doa kalian diizinkan Allah . Gambar atas tu blogger Hainom @ hainom ok je yang hantar . Korang mesti suka dengan bebelan hainom kalau korang pi blog dia . Gaya penulisan dia yang selamba sambil bergurau senda memang seronok baca . Terima kasih tak ya hainom . Senyum tak terhingga tengok cupcake yang comel tu . Kalau terus ada depan mata kan best ... heheheee
Sendiri Buat Sendiri Potong
Pada awalnya den cuma buat sebiji kek je pada hari lahir den . My anak buah lak dah tak sabar nak makan bila den kata den buat kek keju marble . Sebenarnya saja - saja cuba resepi Shiela Rusly . Masa den nak memotong kek tu , may kakak pun nyanyi :
den jawab :
" tak aci betullah mama ni . sendiri buat sendiri potong kek birthday . "
gelak je my kakak . Dan tetiba my kakak kata :
" along dengan imah nak singgah sini . "
automatik den kata kat my anak buah :
" tunggu along dengan kak imah sampai dulu baru makan sama - sama . "
Nak pujuk my anak buah , den buat lagi sebiji kek guna resepi kek red velvet tapi jadi kek sarang semut sebab tak ada pewarna merah . Sekali potong terus licin !
Along tu my anak buah yang bertunang raya haji lepas dan imah tu sepupunya . Oleh kerana universiti mereka dicutikan pada Isnin , maka mereka berdua tu pun singgah lah rumah my kakak . Mereka ni drive keta sendiri . Jadi senang je nak belok mana kan . Guna navigation tak sesat katanya .
Meriah
Bila dikhabarkan meeka berdua tu nak datang , plan pun berjalan . Sebenarnya daging korban dalam peti tu banyak lagi . Jadinya , man in the house suruh panggang je daging tu dan masak nasi beriani . Tapi kan , nasi beriani tu tak ada susu cair sebab susu cair den dah belasah buat kek . Heh heh heh ... sbor je lah my abang ipar .
Tetamu Masak
Masa tetamu sampai , daging korban masih diperap dan beras basmathi masih direndam . Makanya , kami makan kek birthday den dan makan funfries yang mereka bawak sambil borak - borak .
Masa kami sedang sembang kencang , my biras lak datang hantar daging unta korban dengan kuih bahulu dan rempeyek . Maka meriahlah meja tu dengan macam - macam makanan . Dah macam buat party birthday pulak .
Tiba masa nak memanggang daging korban yang sudah diperap secukupnya , my anak buah long , terus je bersila depan pemanggang elektrik sambil berkata :
" along ok je bab panggang memanggang ni . Lima keping masuk pinggan , sekeping masuk mulut . "
tu lah my anak buah . suasana memang meriah lah masa tu . Kat dapur lak , man in the house sedang memasak nasi beriani guna periuk tekanan dan y kakak lak memasak hidangan lainnya .
Sakit Perut
Oleh kerana dah macam - macam rempah ada ( daging panggang + daging unta masak sos lada hitam + sambal cecah dagging panggang ) maka ada yang masuk bilik menunggu seawal malam lagi . Den dengan my anak buah yang lain lak , esok paginya ... dah sedap kan , melantaklah selagi ada . Sakit perut belakang cerita .
Alhamdulillah , tak dijangka sebenarnya , hari lahir den tahun ini jadi meriah tanpa dirancang . Walaupun den tak dapat sebarang hadiah ' berharga ' tapi den dah dapat ucapan hari lahir seawal 6.30 pagi ... ada gak yang ingat hari lahir den ...
Adakah tahun depan dapat meraikannya lagi ? Hanya Allah sahaja lah yang mengetahuinya ...
selamat hari lahir akak.. google akan wish utk kita. hihi
ReplyDeletebetullah . tak ingat pun jadi ingat nina ...
DeleteSelamat ulang tahun vee...
ReplyDeleteDah macam keracunan tu vee..makan Campur2
terima kasih yan ... mmg tahap keracunan !
DeleteNak wish juga walopun dah terlewat..Happy Belated Birthday..semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki..amiin..
ReplyDeleteaaamin ... terima kasih nohas .
DeleteHappy belated birthday yer Vee ^-^
ReplyDeleteterima kasih zumal ...
DeleteNanti birthday Zumal pun nak buat kek sendiri dan potong sendiri juga la...
ReplyDeletebuat sendiri lagi nikmat ...
Deleteeehehe happy belated birthday =)
ReplyDeletexpe bila hapdet pun.. citer bab bday seronok je..
terima kasih siti ... betullah , kenangan .
Deletedapat celebrate besday secara meriah dengan family ... tu hadiah yang berharga tu :)
ReplyDeleteemang berharga zie ...
Deletehappy belated besday vee :)
ReplyDeleteterima kasih zie ...
DeleteHappy Belated Birthday....semoga sentiasa dalam rahmat Nya
ReplyDeleteterima kasih fida .. aaamin
Deletehappy belated birthday ya... ;-)
ReplyDeletesorry sis...tak tahu...hari ni baru baca ...epi belated besday...ceria2 selalu n cepat bertemu jodoh eh aminnnn
ReplyDelete