Pendiam


Assalamualaikum ...

Pendiam | Sebenarnya , dah lama sis nak kongsi cerita tentang ini tetapi tak tahu bila masa yang sesuai sehinggalah sis tengok klip video kat bawah ni . Klip video kat bawah ini ada kaitan dengan yang sis nak story sekejap lagi .


Pendiam




Bulan Ramadhan lepas , sis ada cerita kat entry INI . Ketika kereta kami sedang tersekat dalam jem lebih kurang sau jam , gara - gara nak dapatkan parking lot di Bangi Gateaway , my kakak bersuara :

" lepas raya ni , ada 3 orang kawan aku nak cerai . "

" apa sebab ? "

... sis citer kes pertama dulu lah ya . Sekadar untuk renungan bersama dan ikhtibar buat sis yang masih bujang juga .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Si isteri sebelum berumahtangga , banyak berkenalan dengan ramai lelaki . Tapi putus macam tu saja . Malah ada juga yang sempat bertunang , tapi putus juga ditengah jalan . Atas sebab - sebab itu , si isteri dah malas nak cari jodoh .

Bila tengok si anak gadisnya yang makin meningkat usia , maka si ibu pula cuba mencarikan jodoh untuknya . Calon si ibu adalah anak lelaki kepada sahabatnya . Maka diceritakanlah semua kebaikan dan kelebihan si suami kepadanya .

Oleh kerana dah serik dengan banyak hubungan yang tak menjadi , maka si isteri ambil keputusan untuk terima calon ibunya sebagai suaminya .

Si isteri yang memiliki ijazah ini menerima si suami yang sekadar bekerja di kilang seadanya . Maka tak timbul soal pandang rendah , mengungkit atau tak hormat pada suami .

Si suami memiliki kerektor seorang pendiam . Pendiam si suami ni sampai tahap seperti bercakap dengan orang bisu . Si isteri ni pula mengharapkan si suami akan memberikan respon atau maklum balas bila si isteri mula bersembang .

Si isteri mula rasa tertekan apabila semua bil dan hampir semua perbelanjaan dia yang kena tanggung . Jadinya , si isteri cuba untuk berbincang dengan suaminya . Sekurang - kurangnya kalau si suami boleh bayar  1/3 daripada tanggungan itu pun , si isteri sudah merasa lega .

Tapi malangnya , usahanya itu di sambut oleh si suami dengan ayat :

" sebab aku kawin dengan kaulah , hidup aku jadi malang . "

Bukan setakat itu malah si suami hanya akan buka mulut untuk mengungkit segala yang si suami berikan kepada isteri walaupun ianya nafkah wajib . Ini termasuklah rumah yang mereka tinggal itu dibeli oleh si suami .

Keadaan jadi semakin runcing bila si suami langsung tak nak jamah makanan yang si isteri masak . Si suami lebih rela tapau di kedai dan makan dirumah sorang - sorang , tidur dibilik lain dan balik kampung naik motor walaupun rumah mak bapak masing - masing satu kampung saja .

Satu hari , si isteri cuba membuka mulut untuk berbincang dengan si suami tapi disambut dengan berkata :

" Kalau nak cerai , cakap je . "

Sejak dari itu , ayat itu sahaja yang keluar dari mulut si suami bila dia membuka mulut . Maka si isteri nekad berpisah . Si isteri telah membeli rumah dan tinggal dirumahnya bersendirian .


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa yang sis nak katakan di sini , dalam sesebuah hubungan , komunikasi itu penting . Tak kiralah sama ada hubungan dengan mak bapak , adik beradik , saudara mara , kawan , sahabat , di tempat kerja dan dengan orang sekeliling .

Selalunya , masalah dalam hubungan memang akan timbul jika tak ada komunikasi dalam rumahtangga . Lagi bertambah masalah jika ada ego yang tinggi dan tidak berfikiran terbuka serta bertolak ansur .

Sis bukan nak jadi pakar psikologi , cuma sekadar berfikir seperti manusia biasa . Kalau taraf pendidikan tak tinggi sekalipun , tapi boleh bertolak ansur dan berbincang , banyak masalah akan selesai selain dapat eratkan hubungan .

Masalah kat atas tu , sis nampak macam si suami kahwin dengan si isteri kerana terpaksa - memenuhi kehendak ibu . Si suami terpaksa meninggikan egonya untuk menutup perasaan rendah diri disebabkan perbezaan kerja dan gaji mereka yang sangat ketara .

Jadinya , pada sesiapa yang masih mencari calon suami , kalau boleh utamakan komunikasi . Carilah calon yang boleh berkomunikasi dengan kita . Boleh di bawa berbincang . Boleh berkomunikasi walaupun dia seorang yang pendiam .

Sis sejujurnya memang tak boleh hidup dengan orang pendiam . Sis rasa macam bosan lak hidup kalau suami dok sebelah tapi tak bercakap sebab sis suka bercakap . Tension woo . Rasa macam cakap dengan tembok je tau . Sebab itu sis lebih tertarik dengan orang yang petah bercakap . Kalau si dia boleh kupas isu semasa dengan baik , lagi sis suka ... heh heh heh .

Kesimpulannya , bila kita dengar ada pasangan yang kita kenal bercerai , janganlah tuduh melulu kata mereka bercerai sebab istei tak pandai jaga suami , si suami curang , si steri mandul , si suami tak ada duit , sebab penyebab penceraian ni sangat banyak . Dan bagi sis , setiap pencerian yang berlaku adalah disebabkan oleh kedua - dua belah pihak . Cuma pihak mana yang lebih dan pihak mana yang kurang , hanya pasangan tu je yang tahu .


9 Sila komen:

  1. Setuju..... kita org luar yg melihat ni tak payahlah buat andaian melulu. Mereka lebih mengetahui masalah mereka kan Vee...

    Tp selalulah berlaku cenggitu sekarang ni, pompuan berpendidikan manakala suaminya biasa biasa aje..
    Apa pun jodoh ditangan Tuhankan Vee

    ReplyDelete
  2. tension kalau dpt suami mcm ni..stress woo..lelaki tu ada girlfriend kot seblm kahwin..

    ReplyDelete
  3. In sha allah.. terima kasih atas perkongsian sis...

    ReplyDelete
  4. Begitulah hakikatnya mengapa Islam meletak sekufu salah satunya utk meraih kehormonian rumahtangga. Kalau dah sorang cakap sorang pakat angguk dan geleng aje memang hancurlah lama-lama. Apa lagi sekali keluar terus menikam jantung. Sahlah memang perpisahanlah jadinya. Sedih berganda kalau dah ada anak.

    ReplyDelete
  5. kesiannya kan...tapi itulah sepatutnta berbincang tapi nak buat macammana suami tidak boleh dibawa berbincang, betul tu dalam apa keadaan pun komunikasi tu penting

    ReplyDelete
  6. samalah I pun, suka sangat bercakap, bila partner diam, xbest lah.. baik record video ja..haha

    ReplyDelete
  7. betul tu komunikasi sangat2 penting....kalau dapat hubby macam ni..tak ada warna rumahtangga...

    moga qaseh vee siberi jodoh yang baik2 t..insyallah..amin

    ReplyDelete
  8. Ada orang pendiam kerana tidak suka bercakap perkara yang tidak berkenaan. Tapi bab cerita atas tu emm geram pulak... dah lah pendiam lepas tu ego pulak tu. Rasanya kalau dibawa berbincang masih boleh lagi diselamatkan rumahtangga mereka tapi sebab ego yang menggungung hah tak pasal je bercerai-berai.

    Ada dulu masa kat Hospital Segamat seorang Doktor perempuan kahwin dengan Attendan. Ok je rumah tangga mereka walaupun lelaki lebih rendah gajinya dari si perempuan. Tapi yang kesian orang luar lebih kecoh dari tuan punya kehidupan. Apa pun yang penting si lelaki sebagai ketua rumah tangga bijak mengawal kehidupan rumahtangga mereka bukannya orang luar.

    ReplyDelete
  9. Sy mmg x berkenan kalu dgr sblh pihak je yg betul...seolah2 pihak 1 lg tu bsr sgt dosanya

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...