Pencuci Muka Jadi Ubat Gigi



Pencuci Muka Jadi Ubat Gigi | Sis baru perasan yang ubat gigi di bawah itu semakin mengecil saiznya walaupun berada di dalam saiz kotak yang sama . Ni mesti tak nak pengguna merungut harga barang naik . Jaginya , langkah paling selamat adalah kecilkan saiz ubat gigi tu sendiri . 

 Pencuci Muka Jadi Ubat Gigi


Di satu malam yang dingin , dah awal pagi sebenarnya , sis masuk bilik air , capai ubat gigi dan gosok gigilah . Tetiba terfikir lak , kenapa ubat gigi tak rasa manis dn pedas tapi banyak buih pulak . Jeng , jeng , jeng ... maka terfikirlah jawapannya .

Ya ... macam yang korang fikirkan le tu . Sebenarnya sis letakkan pencuci muka pada berus gigi , bukannya ubat gigi ya ! Ok jugaklah kan , Merasa la gusi sis merasa pakai pencuci muka . Manalah tahu boleh teangkan gusi pula ... heh heh heh . Tapi kan , ada rasa kebas sedikitlah dalam mulut . Dah katanya diguakan untuk luaran sahaja kan .

Mesti ada yang kata sis berangan kan . Nak berangannya apa dik non oi ... berangan boyfriend ? Boyfriend pun dah tak nak sis lah . Sis dah tua . Anak pun dah tak boleh dapat ... huhuhuuu ...

Sebenarnya , malam itu sis dah tertidur . Pastu terjaga dalam pukul dua pagi lah gitu lebih kurang . Pastu teringat yang sis belum lagi gosok gigi , cuci muka dan tepek sleeping mask kat muka . Maka  memaksa diri bangun dan berjalan lah sis ni macam sleep walking gitu . Kepala pun mamai je . Itu yang jadi capai pencucui muka walaupun kat otak kata ubat gigi ... heh heh heh .


Tak pe lah kan , merasa juga gigi sis pakai pencuci muka . nasib baik sis tak telan pencuci tu ... meh meh meh .

8 Sila komen:

  1. bahaya tu sis...jangan tertelan sudah..hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaahahaha omg sis , ain igt betul la ubat gigi boleh dijadikan pencuci muka. Tersalah rupanya. apa rasa dia ek ? huhi. btw selamat pagi tuan blog :D

    ReplyDelete
  3. heh..heh..pagi2 dh tertelan pencuci muka..stres dibuatnya kan.

    ReplyDelete
  4. hihihihi...PC pernah kena sekali...bulan ramadhan..bangun pagi mamai sebelum nak masak untuk sahur..cara kebetulan mentol di bilik air terbakar..haaa..memang ngam la tu...sampai siang terasa wanginya...nasib tak tertelan..cepat cepat kumur...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik tak letak ubat gigi pada berus kasut... kah kah kah...

    ReplyDelete
  6. hehehhe pernah jugak tersalah macam ni tapi tersalah ambil jela..bila nak picit tu baru perasan. adalah hari tu..sy nak syampoo rambut..tengah syok+ urut rambut..hairan "apasal bau syampoo aku da lain macam?" cek balik rupanya sy bukan ambil syampoo tapi sabun badan huhu disebabkan saiz botolnya hampir sama so tak perasan langsung huhu lepas tu rambut terasa kering dan kusam..adalah dalam 4-5 hari effect dia..

    ReplyDelete
  7. itulah kan..biasa mamai-mamai..kerap tersalah

    ReplyDelete
  8. Kesiannya ,merasa lh gigi dengan cuci muka ya.
    Anak dara kakak pun guna cuci muka safi ni ,nasib baik lah kami tak pernah terkena.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...