Meriah Ke Raya ?



Meriah Ke Raya ? | Hari ini dah masuk 9 Syawal . Sungguh cepat masa berlalu . Masa nak tunggu 1 Syawal , macam lambat je kan ... heh heh heh . Esok mesti ramai yang dah berkira-kira nak buat open house . Yang bajet dah ciput tu , jangan pula tutup pintu bila tetamu datang . Tetamu datang bawa rezeki tau . Sediakanlah juadah seadanya . Ala , diaorang tu pun bukan makan sangat kuih raya , dah jemu tau .


Mula -mula sis nak cerita pasal kad raya ni . Dah namanya pun nak raya , maka posmen dan staff Pos Malaysia pun nak cuti juga . Maka , naik cuti raya baru sampai ... alhamdulillah . Terima kasih kepada mereka yang sudi memberi seperti

Meriah Ke Raya ?

Deanna Morni @ Kameq Deanna


Meriah Ke Raya ?

Nina Ahmad @ Cerita Seiring Usia


Meriah Ke Raya ?



Meriah Ke Raya ?

Jari Manis @ Jari Manis Travel

Raya tahun ini merupakan tahun pertama kami beraya tanpa arwah bonda . Kami beraya sebagai yatim piatu . Kalau tahun sebelum ini , kami menunggu tetamu datang dahulu barulah kami menziarah saudara mara , tetapi tahun ini , bermula 1 syawal lagi kami sudah mula menziarahi saudara mara . Walau jauh sehingga ambil masa setengah hari dan hanya pergi satu rumah , kami tetap lakukan juga . Seronoknya pi umah saudara mara yang jauh ni , berasap dapur mereka tau . Kenyang perut ... heh heh heh .

Tapi ada pula yang demam tahap sampai cirit birit dan muntah - muntah . Maklumlah , dah makan macam - macam . La ni my anak buah di sini pula yang demam . Mungkin terkena jangkitan semasa di kampung . Cuma kakak najwa dan mak usunya je yang sihat . Mudah-mudahan terus sihat ler . 

Dalam pada tu banyak juga dapat cerita baru bila bertemu saudara mara ni . Antaranya 2 abang sepupu berpoligami , my kakak ipar sakit ( kira dalam keadaan tenat lah ) , makcik yang makin uzur , abang sepupu juga dah makin uzur , ada pula yang rumahtangganya dalam krisis . Jadinya , kita doakan yang terbaik sajalah . Lepas ni , ntah bila dapat balik kampung lagi kan .

Dah naik cuti raya ni , marilah kita bayar hutang puasa pula bagi yang mampu . Ala , rumah terbuka kan pada hujung minggu . Kalau cepat habis hutang puasa , dapatlah kita berpuasa enam sebelum tiba 30 syawal ... in shaa Allah . Bukannya apa , kita bukannya tahu umur kita ni panjang ke idak kan .

Agaknya , apalah citer raya korang ya . Meriah ke raya ? Tentu lebih meriah dari sis kan . siap share gambar lagi ...

Sila jangan tanya sis gambar raya mana ya . Sis ni kan kemalu-maluan gitu ... ahaks .




10 comments:

  1. LUAS PERGAULAN SAMBIL BERAYA BNYK INFO YG DIKUTIP TU QV...BNYAKNYA DPT KAD RAYA RAMAI PEMINAT TU

    ReplyDelete
  2. Menziarahi kaum keluarga di hari raya adalah amalan yang mulia, supaya ikatan kekeluargaan dapat dieratkan terutama anak2 cucu kita dengan sepupu sepapat mereka.

    ReplyDelete
  3. sis Vee..terima kasih ye kirim kad raya, tak sempat nak buat entry.salam Aidilfitri, maaf zahir batin

    ReplyDelete
  4. banyak tu dapat kad dari kawan2.. CT dapat gak dari Kak YY hehe..

    ReplyDelete
  5. Sekarang tiap2 malam lepas Isyak tengah sebuk baraan.

    ReplyDelete
  6. byk dpt kad raya tu..

    yelah..bila raya mkn bercampur mcm2..mulalah perut meragam,

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah tggl 2 hari je nk ganti... sememntara masih ada semangat nk ganti ni baik laa puasa...


    sama laa kite ;-)

    ReplyDelete
  8. Tengoklah betapa sibuknya saya 'beraya' baru sekarang muncul di sini ~_^

    Selamat hari raya, Vee walaupun Syawal tinggal sehari aje lagi esok!

    Alhamdulillah! Saya dah settled hutang puasa dan dapat jugalah berpuasa enam. Lega banyak!

    Bab ziarah raya tu memanglah seronok sebab bukan mudah untuk kita berkumpul ramai-ramai kalau bukan hari raya namanya. Macam saya ni, tahun ni memang terasa meriah sangat sebab semua berkumpul di kampung dan cuti pun dapat lama sikit daripada dulu-dulu!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...