Cara Mencegah Keputihan


ASSALAMUALAIKUM ...



Keputihan adalah cairan berlebihan yang keluar disebabkan oleh pembiakan kulat . Ia akan disertai rasa gatal , rasa terbakar pada bibir dan berbau agak busuk . Terbahagi kepada 2 - normal dan tidak normal .


Cara Mencegah Keputihan



KEPUTIHAN NORMAL


Biasanya terjadi pada masa sebelum haid dan juga setelah haid pada masa subur seseorang wanita . Pada masa itu kelembapan pada sekitar kemaluan meningkat disebabkan jumlah hormon estrogen yang dikeluarkan tubuh meningkat . Jika tidak dicuci , anda akan merasa gatal - gatal dan tidak selesa . Cecair itu juga berfungsi sebagai pelincir kepada hubungan kelamin .



KEPUTIHAN TIDAK NORMAL


Pengeluaran keputihan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan tuala wanita dan keluar tidak tentu masa . Dalam keadaan yang tidak normal , cecair yang keluar akan menjadi kental , berwarna putih kekuningan dan agak kehijauan serta berbau dan melekit


ANTARA PUNCANYA


  • Kurangnya penjagaan kebersihan . Sebaik saja selesai membuang air kecil / besar , pastikan mencuci dengan air yang banyak sebersih - bersihnya .
  • Perubahan hormon terutama ketika mengandung / mengalami tekanan .
  • Penggunaan tampon dan kondom 
  • Penggunaan cecair pencuci alat sulit yang mungkin mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai 
  • Memakai pakaian yang ketat ( seluar ) daripada jenis kain yang tidak serap peluh . Maka bakteria / virus akan hidup di tempat yang lembap .


CARA - CARA MENCEGAH KEPUTIHAN


  • Elakkan memakai seluar dalam yang ketat . Seeloknya guna dari jenis kain kapas yang boleh serap peluh .
  • Kerap tukar seluar dalam sekurang - kurangnya 2 kali sehari untuk menjamin kebersihan alat sulit .
  • Cuci alat sulit sebersih - bersihnya selepas buang air kecil / besar agar tiada bakteria / kuman melekat .
  • Elakkan guna bahan pencuci pada alat sulit .
  • Jumpa doktor bila anda rasa was - was pada alat sulit anda .


Orang zaman dulu kata makan jamu boleh elak keputihan . Jadinya , sapa yang amalkan makan jamu pasti tahu kebenarannya .







3 Sila komen:

  1. ELOK AMALKAN MKN JAMU UTK ELAK KEPUTIHAN...

    ReplyDelete
  2. Ena kalau tengah penat mesti keluar tak menentu dan agak berbau. Kalau nak solat mesti kena tukar seluar dalam semua sekali. Nanti nak guna tips ni. Hopefully dapat dikurangkan

    ReplyDelete
  3. Masa nak baca entri ni saya lebih tertarik pada gambar yang ada. Tetiba je sejuk mata ni memandang komputer *_*

    Bab-bab berkaitan vagina ni jarang orang nak berkongsi pendapat. Yalah namanya alat sulit, memang sulit nak menyuarakan masalah, pendapat dan apa-apa sekali pun.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...