Mengalah Jer La

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah , hari nih kita dah melepasi nuzul Quran .
Maknanya aidil fitri makin menghampiri .
Dan persiapan pun makin rancak .
Hari nih nak cerita kesinambungan kisah semalam .

Tiga hari lepas , hambo memang malas nak simpan sikit juadah berbuka .
Tengok mee siam goreng yang kakak hambo buat banyak lagi .
Makanya , tak mungkin akan habis cepat lah .

Selepas solat maghrib , pi amik pinggan .
Bila nak amik mee , 
mak aiii ... cukup untuk sepinggan jer !
Sedang elok nak menyenduk mee ,
turunlah si kecik dengan pinggan kosongnya dan berkata ;
' mak usu nak makan mee tak ? '
Bila tengok muka comel dia yang sangat bersemangat berpuasa ,
maka mak usunya pun menjawab ;
'Awak nak mee lagi ker ? '
Si kecik pun mengangguk .
'Ambiklah ' jawab hambo sepontan . 
sebab hati dah cair tengok kecomelannya !


Kenapa hambo sanggup lepaskan mee yang tinggal sepinggan untuk hambo jer kat si kecik tu ?
Sebab hambo ado pilihan lain yang memang jadi feveret hambo bila berbuka .
Wak dadih ler makhluknya .
Oleh kerana kamera masih menyorok ,
jadi hambo credit jer dari wak google lah .

Hambo rasa bila makan makhluk nih , 
tekak rasa sejuk jer .
sesuai juga untuk perut yang dah kosong sehari .
Dadih nih mudah perut nak hadam .
Cuma , cepat lapar dan mungkin tak mengenyangkan untuk sesetengah orang lah .

Sekarang nih , mudah benor hambo mengalah .
Terutama kat anak buah .
Budak nak membesar nih memang semangat makan .
Kita nih yang dah makin tambah usia , dah makan macam - macam .
Jadi , tak usah lah nak berebut dengan mereka .
Buruk jer nampak perangai tuh .
Heheheee ...



0 Sila komen:

Post a Comment

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...