Khasiat Sayur Pucuk Manis


Assalamualaikum ...

Pucuk manis ni vee suka masak lemak dengan labu . Itu je la resepi yang vee tahu berkenaan pucuk manis ni . Disebalik pucuk manis yang vee suka makan , ada banyak khasiat sayur pucuk manis yang vee tak tahu rupanya . Tahukah pembaca bahawa pucuk manis boleh tambah susu ibu ? Mari kita cari jawapannya .

 Khasiat Sayur Pucuk Manis




KHASIAT SAYUR PUCUK MANIS


Cekur manisa atau pucuk manis merupakan salah satu sayur yang popular dan banyak terdapat di negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Daun cekur manis selalunya dijadikan sebagai sayur dalam masakan. ia sangat sedap dan senang untuk didapati terutamanya di kawasan-kawasan kampung.


Antara khasiat pucuk sayur manis yang memberi kebaikan kepadakesihatan tubuh badan anda adalah 

1. SUMBER VITAMIN



Cekur manis kaya dengan zat karbohidrat, asid amino, serat, kalsium, fosforus, dan vitamin A, B1,B2 dan c. Ia juga mengandungi provitamin A Karetinoid terutamanya bagi daun yang masih muda dan segar.

2. MEMULIHKAN KESIHATAN 


Daun cekur manis sangat berguna bagi memulihkan kesihatan pada ibu yang baru bersalin.

3. MENAMBAH SUSU


Selain itu, sayur cekur manis juga berupaya meransang pengeluaran susu ibu bagi wanita-wanita yang menyusukan anak.

4. Menambah darah dan mampu merawat masalah tekanan darah rendah.

5. Digunakan untuk menurunkan suhu panas badan.

6. Merawat masalah yang berkaitan dengan sistem pembuangan air kecil.

7. Merawat penyakit yang berkaitan dengan saluran darah (kardiovaskular)


Khasiat untuk Kesihatan


Tak sangka kan sayur pucuk manis ni khasiatnya untuk seluruh badan . Selama ni tau makan jer . Bila dah tahu , boleh la rajin makan . Vee memang ada tanam sayur pucuk manis ni kat depan umah . Baru malam tadi memasaknya . Tak de gambar sebab dah selamat sayur itu masuk ke dalam perut ya kengkawan .











5 Sila komen:

  1. dah lama tak makan sayur ni..suka masak bening + labu kuning..

    ReplyDelete
  2. Okey, surrender! Bukan saja tak makan sayur, rupa bentuk muka bumi pucuk manis ni pun saya tak tahu. Tapi saya tahulah selalu pucuk manis ni mak sumbat masuk dalam labu masak lemak!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...