Tak Laku


Assalamualaikum ...

Semalam den dah habaq kan
10 Mei itu birthday my anak buah  hanani
Jadinya hari ini den nak citer apa dah jadi .

Selepas semua bahan ada depan mata ,
den pun sengsenglah lengan
... ni tipu ya sbb lengan baju pendek je .
heh heh heh ...

Projek bermula dengan masak nasi minyak serai
dan ayam masak merah .
Sementara tunggu dua hidangan tu masak ,
den pukul telur untuk buat kek lah .
Masa ni , si kecik qistina ada kat sebelah .
Dia tanya :

" Mak usu buat apa tu ? "

" Pukul telur . "

Punyalah nak buat surprise kan .
Sanggup den pukul telur dan gula guna garfu je .
Kalau guna mixer ,
confirm seisi rumah gempar nanti .
Maka dengan gigihnya den adun kek guna tangan je .

Masa sedang sibuk mengintai oven ,
si kecik Qistina datang lagi dan bertanya :

" mak usu masak apa ? "

" Masak makanan . "

Tetiba lak kek melimpah dalam oven tu .
Sedang seksa tahan panas nak settlekan ,
si kecik qistina dah ada kat sebelah .
Tapi dia tak tanya apa - apa .
Pastu dia lari naik .

Den tak tahulah masa ni si birthday girl dah tahu ke belum .
Tapi tak dengar pun dia buka pintu bilik kakaknya .


Tak Laku


Dalam pukul 9 baru selesai semuanya .
Tapi ... tapi kan ...
Den seorang je kat ruang tamu tu .
Maka den pun capai kamera
snap sana , sini sementara tunggu diaorang turun .

Lepas tu turunlah my kakak bersama baby dan hanani .
My kakak pun nyanyilah lagu birthday untuk dia .
Sengih - sengih dia sampai telinga .
Terus je ke dapur ambil pinggan dan makan .

Pastu barulah seorang demi seorang my anak buah turun .
Mereka terus je melepak kat sofa .
Kek dan ayam yang jadi feveret mereka dipandang sepi .

Entry sebelum ni den ada habaq kan my anak buah demam .
Lima orang demam .
Birthday girl je yang tak demam
sebab dia dah demam seminggu , minggu lepas .

Maka , untuk kali pertama ,
hidangan yang den hasilkan dengan sepantas kilat
ala charlie chaplin itu
sampai kaki pun penat sebab berdiri memanjang
hanya di pandang sepi ...

... waaaa TAK LAKU beb !

Tak Laku

Hanani ni suka bebenor dengan kek coklat moist
Lagi sukalah mak usunya .
... senang nak buat deh .

" potonglah kek . "

my kakak suruh sambil mencubit bahagian tepi kek .

" ni ainul aka baby yang nak makan ke mama yang dah ngences ? "

my kakak sengih je .

" nak potong esok lah mama . "

Mana nak semangat kan kalau makan sensorang .
Si aqif dan nabila yang baru balik camping
dah terjun tiruk kat katil tak sedarkan diri .
Dah la tu ,
bebudak ni tak tau hari tu birthday kakaknya .

Tak Laku

Teh halia yang den buat bila tahu anak buah demam .
Sudahnya , den seorang yang minum .
... huhuhuuuu

masuk semula ke dalam rice cooker
dan ayam masak merah masuk dalam ais box .
Esok boleh panaskan dan makan .

Maka petang inilah acara makan - makan berlangsung .
Dari satu kek dah jadi dua .
sebab tak muat loyang kek tu
jadinya , yang lebih itu den tambah / buat adunan baru .
... eh , baru teringat ada tray muffin !
... aiseyyyy ... umur dah makin kurang
mcam ni lah jadinya ...

Hari ini cuma Hanani je yang sekolah .
Itu pun macam lemau je .
Demam balik gamaknya

Semoga den tak demam ...
... heh heh heh .





13 Sila komen:

  1. semangat mak usu buat..sekali dipandang sepi..sian mak usu.. meh sikit kat I kek tu..lama benau I tak membaking kek feveret seisi rumah tu.. weekend ni macm sesuai

    ReplyDelete
  2. dah laa perut sy tgh lapo niiiiii ;-)

    ReplyDelete
  3. Alahai.. sadisnya dah masak takde orang makan. Itu kalau tak demam, mahu tetiba selera memuncak tengok ayam masak merah dgn kek tu.. namun apakan dayaaaa.. bertabahlah cik qaseh.. ahaksss..

    Anyway, Sanah Helwah Hanani ^_^

    ReplyDelete
  4. takpe..mesti habis punya esoknya..orang baik demam, berselera nak makan..

    ReplyDelete
  5. Hepi bisday Hanani. Semoga membesar sebagai muslimah yg menjadi kebanggaan ibu ayah dan mak usunya...

    ReplyDelete
  6. kesian anak2 sedara mak usu hbs demam ya...biasalh kalau demam selera jd tumpul ...moga yg demam tu cpt sembuh.

    ReplyDelete
  7. inshaAllah, ibu akan kuat semangat. jadi dia takkan mudah nak demam. hehehee

    ReplyDelete
  8. Rajinnya mak usu beri kejutan buat anak buah..hehhe... suka kek coklat.. nampak sedap masakan sis tu...:)

    ReplyDelete
  9. kalau badan tak sihat, hidang apa pun tak selera kan...hehe.tapi hari berikutnya terlebih laku plak ye, sampai kena buat kek extra..hehe

    ReplyDelete
  10. Yang sangkut kat cawan tu halia ke? Belum pernah dibuat orang... Hi hi hi...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...