Assalamualaikum ...
Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .
Cantikkan Kulit Wajah Dengan Kuib Ais
Ada beberapa manfaat yang anda boleh dapat apabila membuat rawatan kulit wajah menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah sahaja sebenarnya cantikkan kulit wajah dengan kiub ais ni .
Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais ;
1- Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya
Bila anda meletakkan kiub ais di atas kulit anda , kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit anda akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih , anda boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas wajah anda .
2- Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda
Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada wajah dan radang serta kemerahan jerawat . Anda boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas . Anda boleh lakukannya setiap pagi dan malam.
3- Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam
Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .
4- Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit
Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Anda boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .
5- Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek
Anda tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di wajah anda menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .
6- Kiub Ais Menghalang Kedutan
Penggunaan kiub ais pada wajah dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .
Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Wajah
1- Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi anda perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .
2- Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas wajah akan memberi kesan yang sama sekiranya anda meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .
3- Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas wajah anda .
4- Anda juga dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit wajah yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .
5- Sekiranya anda merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .
6- Anda boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit wajah anda .
Mesti korang suka bila baca manfaat kiub ais ke atas kulit wajah dan tips - tips penggunaan kiub ais . Apa lagi , jomlah cuba . Nak membuatnya pun senang je . Cuma korang kenalah merajinkan diri . Sambil goyang kaki tengok drama korea sambil letak kuib ais pada wajah .
BACA JUGA :
Tips Pakai Lipstik Yang Betul
Tips Buat Bibir Jadi Seksi
Tips Rawat Jerawat Yang Berkesan
Tips Pakai Lipstik Yang Betul
Tips Buat Bibir Jadi Seksi
Tips Rawat Jerawat Yang Berkesan
kenapa crta korea, lain xada ke..haha..
ReplyDeletepenah try sekali je, pastu haram.. pas buat tu kan, kulit merah2 skit..mcm kiut je..hik.hik
tips kecantikan bagus uk dikongsi bersama...mudah n murah belanjanya.
ReplyDeletetq sharing,, good info
ReplyDeletebagus ni..
ReplyDeletebagus jugak ni
ReplyDeleteLya tahu sbb jurumekap pnh bgtau.. selain tu sblm mekap, elok kt lumur dlu ketulan ais kt muka. Katanya dpt mgekalkan mekap kt tu. Utk pgntin la..
ReplyDeletenampaknya perlu buat ice cube kat rumah lah..nank kulit cantik heheh
ReplyDeleteMakanya ni petua orang Korealah dah katanya sambil tengok cerita Korea sambil buat rawatan dengan kiub ais :)
ReplyDeleteBelum pernah cuba. Nantilah bila ada masa menonton drama Korea, boleh juga cuba buat macam ni.
Menarik jugak.. hehehe.. ni kalau ingat boleh buat ni..
ReplyDelete