Tips Untuk Ramping


ASSALAMUALAIKUM ...

Setiap orang yang memiliki badan berisi mesti sentiasa memasang impian nak badan yang ramping . Malah korang berusaha nak kurus . Tapi badan tang tu jugak . Mungkin korang perlukan motivasi untuk teruskan rancangan disamping amalkan diet . 


Tips Untuk Ramping



Tips Untuk Ramping


Adakalanya , kehendak mahu badan yang ramping perlu bantuan psikologi malah mesti ada motivasi yang tinggi dalam melaksanakannya . Kalau tidak , keinginan sekadar menjadi angan - angan sahaja . Mungkin tips berikut dapat membantu anda .

1. Semuanya bermula di fikiran


Korang boleh berjaya kalau korang percaya yang korang boleh lakukannya . Yakinkan diri yang korang memang BOLEH !

2. Tetapkan sasaran anda 


Kalau korang nak turun 2kg pada 3 bulan akan datang , korang kena lah fokus dan lakukan secara teratur . Korang juga boleh wat target untuk 6 bulan atau setahun . Listkan step - step yang korang perlu buat termasuk menu , jenis makanan yang diambil , jenis diet , jenis kudapan dan jenis senaman serta berapa kerap perlu bersenam . 

3. Gambaran mental 


Bayangkan korang dah kurus ! Lagi senang korang nak capai sasaran kalau korang fikir korang dah kurus . Cuba cipta imej yang baru dan berusaha hasilkanya .

4. Gerakkan tubuh anda 


Buat aktiviti fizikal untuk bebaskan bahan kimia yang dikenali sebagai endorfin , boleh tingkatkan semangat korang , lebih yakin dengan diri dan sentiasa bermotivasi .

5. Keahlian 


Sertai kelab menguruskan badan secara online percuma untuk bantu korang terus bermotivasi .

6. Waktu makan 


Elakkan perut terlalu lapar . Korang tetap kena makan seperti biasa pada setiap waktu makan . Banyakkan makan buah - buahan bukan coklat .

7. Pantau kejayaan yang pernah dicapai 


Cuba dapatkan berat dan ukuran badan atau gantung seluar jean lama untuk melihat sejauh mana korang berjaya capai matlamat . Cuba dapatkan sesuatu sebagai hadiah pada diri korang cam tiket wayang atau baju baru .

8. Keajaiban 


Tiada keajaiban ! Jangan bermimpi ! Ambil masa dan pastikan berat yang turun kekal .

9. Kudapan 


Hentikannya dengan meletakkan tanda peringatan di peti ais korang ! Lekatkan gambar korang se,masa korang gemok di pintu peti ais . Jadi , kalau korang berniat nak selongkar peti ais , automatik akan terbantut . 

10. Melakukan kesilapan 


kalau korang terlalu berhati - hati , kekadang boleh gak gagalkan diet korang . Tak apa kalau tersilap atau terlebih makan sebab korang boleh adjust pada time makan seterusnya .

Bermula Dari Fikiran


Semuanya bermula dari fikiran korang untuk kawal semuanya termasuk nafsu makan . Sama ada nak kawal cara pemakanan , apa nak makan , bila masa yang sesuai untuk makan dan banyak mana nak makan , ianya bermula dari fikiran . Anda adalah apa yang anda makan ....




12 Sila komen:

  1. you are what you eat...kudapan yg takleh tinggal tu, bila stress mesti nak mengunyah..hehe..

    ReplyDelete
  2. makan berlebihan hasilnya berlebihan juga..tips yg diberi utk melangsingkn badan terbaik ni...

    ReplyDelete
  3. Cara paling senang nak ramping adalah... Mulut tu kena tutup... Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah percaya diet semata-mata boleh turunkan berat badan. Saya pernah hadapi berat badan berlebihan lebih 15 tahun dulu. Berat badan 80 kg untuk sekujur tubuh setinggi 1.67 meter menyebabkan saya rasa tak selesa dan mudah penat. Tapi suatu ketika agensi tempat saya bekerja memilih saya untuk hadiri kursus pengurusan kerja selama 3 bulan di sebuah institusi latihan. Berada dalam kelas dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari selama 3 bulan adalah pengalaman yang tidak menyeronokkan. Yang menyeronokkan ialah setiap hari 5 hari seminggu kami dipaksa bersenam senaman keras selama 1 jam setiap pagi (6.30-7.30 pagi) dan 1.5 jam waktu petang (5.30 petang - 7.00 malam) tanpa pengecualian kecuali jika dapat MC dari doktor. Akhirnya di penghujung kursus berat badan saya turun dari 80 kg menjadi 65 kg! Turun 15 kg dalam tempoh 3 bulan tanpa perlu menahan lapar, tanpa perlu makan ubat terlajak laris!
    Sejak itu sampai sekarang saya berjoging hampir setiap hari....

    ReplyDelete
  5. bab kudapan tu.. bttr jgn beli macam2 letak dlm peti.. nanti klu ada mmg nak makan je keja..hehe..

    ReplyDelete
  6. saya taknak ramping.. saya nak gemuk.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Kalau takat membayangkan dah ramping tu yg bahaya dik.
    Org kata perasan tu, sendiri rasa ramping sebenarnya tak haha...
    (macam cerita kanak-kanak cermin ajaib yg dia tengok dia kurus sebenarnya dia gemuk!)

    ReplyDelete
  8. Dulu akak masa nak kurus suka tengok rancangan yang kuruskan badan tu..apa entah the biggest losser kot..gitu la namanya..memang menjadi la..kurus banyak..:)

    ReplyDelete
  9. Kalau mudah, memang ramai orang gemuk yang dah kurus sekarang ni. Asal bayangkan aje, terus turun berkilo. Bukan ke nikmat tak terhingga tu. Nak mengawal akal fikiran supaya kuatkan semangat, setia pada rutin itulah yang susah....

    ReplyDelete
  10. nk kurus tapi pantang nampak makanan asyik nak masuk ke mulut je..ottoke

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...