Khasiat Buah Sukun


Assalamualaikum ...

Buah sukun adalah feveret vee .
Buah ni susah nak dapat sebab tak ramai orang tanam .
Selalunya ikut musim lah .
Kalau nampak , terus je beli .


Kisah Sukun



Kisah Sukun


Pokok sukun ni kalau berbuah , memang banyak .
Bila dah banyak , macam - macam boleh buat lah kan .
Selain boleh makan , 
daun dan batangnya juga banyak khasiatnya .


Khasiat Buah Sukun 


Buah sukun mengandungi serat yang tinggi , 
omega 3 dan 6 serta vitamin c . 
Buah sukun juga dapat serap gula dalam darah . 
Terdapat juga kandungan anti oksida , 
sumber vitamin dan mineral di dalam sukun . 
Atas sebab ini , khasiat buah sukun dapat membantu :

1- Mudahkan buang air besar dan mengeluarkan racun dari usus .

2- Sangat sesuai untuk mereka yang obesiti .

3- Sesuai untuk diet sebagai pengganti nasi . .

4- Baik untuk kesihatan jantung .

5- Elok untuk pertumbuhan otak  .

6- Bagus untuk kecantikan kulit 
kerana dapat mencegah dari infeksi kulit.

7- Dapat elakkan rambut dari gugur 
sebab dapat menguatkan rambut . 
Rambut juga sihat bersinar tanpa kelimumur .


Kisah Sukun


Kepada yang tak kenal buah sukun , 
buah sukun ni besar macam limau bali .
Tak kenal limau bali ?
... lantak korang lah !

Man in d' house beli 2 biji .
Jadinya , macam - macam menu kami buat .
Rasa sukun ni lemak sedikit .


Kisah Sukun


First , kami potong - potong dan goreng tepung je .
Satu biji boleh dapat banyak sukun goreng tau .
Puashati makan sebab kenyang dan feel lazat bebenor .
Tak makan nasi pun tak pe !


Kisah Sukun


Biji yang kedua lak ,
dah lembik / lembut dalamnya sebab dah simpan sehari .
Jadinya kami buat cekodok buah sukun jer .

Cekodok Sukun


* isi sukun 
* sedikit tepung gandum
* gula
* garam 
* air 

Cara membuatnya sama jer dengan cekodok pisang .


Kisah Sukun


Kalau dah banyak sangat buah sukun tu ,
jadi kerepek le dema kat atas kuali .
Ada rasa manis , lemak gitu .
Sekarang pun kerepek buah sukun ni dah dikomercialkan .
Boleh jer cari kat pasaran .
Tapi kena tunggu musim sukun lah .

Vee kalau jumpa kerepek sukun ni
memang hadap sensorang je lah .
Tak cukup tau share ... hik hik .


Tu je lah nak cerita hari ni ye .


BACA JUGA :















13 Sila komen:

  1. Saya memang pengemar sukun goreng yang
    dihiris nipis.Sedap.

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka sukun walaupun orang tua-tua kata ia tak baik dimakan banyak-banyak kerana banyak angin...

    ReplyDelete
  3. WAH BNYK SUKUN DIRUMAH YA...SUKA SUKUN YG HMPIR MSK DIGORENG.

    ReplyDelete
  4. Dekat tempat abang kerja tu Vee pokok sukun jadi salah satunya pokok nursery tau. Jadi bila berbuah memang staff-staff yg ambil minta tolong pakcik gardener ambik. Kakak pun suka goreng, kalau masih keras banyak sgt buat kerepek pun sedap. Masa goreng buat kerepek tu masukkan bawang putih sikit:)

    ReplyDelete
  5. paling sedap buat kerepek la..tapi cepat habis..heheh

    ReplyDelete
  6. Dulu mkn jgk sukun. Skg ni kureng. Pesal ntah...

    ReplyDelete
  7. sukun goreng cicah sambal kicap pun sedap ni, ^^

    ReplyDelete
  8. Sukun goreng selalu la makan.. tapi kerepek belum pernah try lagi.. tak tahu pulak org buat kerepek hahaha :D

    ReplyDelete
  9. dah lama tak makan yang bergoreng tue.. lepas tu cicah gula. hmm, sedapnya!

    ReplyDelete
  10. Tak tahupun sukun ni ada musimnya. Ingatkan sepanjang tahun pun boleh dapat! Buah sukun as a whole saya memang tak pernah tengok tapi sukun goreng tu memanglah saya suka sangat. Jarang nak dapat ke saya yang tak tahu nak cari kat mana!

    Vee, dok cerita pasal buah-buahan yang macam 'rare' je ni teringat pulak nak tanya, tahu tak buah kemang?

    Saya cukup sukalah tapi dah bertahun tak dapat makan. Tak tahu nak cari kat mana!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...