Daun Peria Laut / Pantai


Assalamualaikum ...

Pernah dengar daun peria laut 
atau ada orang panggil daun peria pantai ?
Pokok peria laut / pantai ni  senang hidupnya .
Pokok ni mudah membesar .
Kalau nak pokok ni keluar banyak cabang ,
kena lah rajin patahkan dahannya .


Daun Peria Laut

Vee ada tanam kat belakang umah .
Ambil dari kampung .
Rasa daun ni ada getir sikit .
Bila kunyah lama , lepas tu akan ada rasa manis .


Daun Peria Laut


Daun Peria Laut / Pantai


Dari segi perubatan 

  Daun peria laut / pantai ni digunakan sebagai ubat kumur untuk menyembuhkan ulser mulutSelain itu, pokok ini dipercayai dapat menstabilkan tekanan darah dan membantu mengawal diabetes

Daripada rujukan, daun pokok peria laut / pantai 
dikatakan boleh digunakan sebagai sabun
Daunnya menghasilkan buih apabila diramas dalam air. 
Apa pun, Vee sendiri belum pernah mencubanya lagi .



Daun Peria Laut


Resepi / Jenis Masakan


Jenis masakan daun peria laut / pantai ni , 
selalunya Vee masak bening je .
Makan dengan ikan masin dan sambal totok ikan bilis .
Perghhh ... zombi lalu pun tak pandang .
... heh heh heh .

Satu hari tu suruh my anak buah masak sayur ni .
My anak buah masak goreng .
Owh ... lagi sedap rupanya .
Sebab rasa pahit getirnya tak berapa keluar .
My anak buah yang tak suka makan pun ,
semuanya makan selamba je sampai habis .

My kakak tanya :

" sedap ke sayur tu . "

" sedap mama . " 

kata si abang dengan makan sambil angguk kepala .

Ada satu hari tu , 
tengok pucuk daun peria laut / pantai ni banyak benor .
Vee pun celur je kat air mendidih .
Pas tu makan lah dengan sambal sardin .
owhhh ... sedap juga .
Vee ratah je sayur celur tu .

Vee tak tau lah ada ke tak jual kat pasar .
Tapi khabarnya ada di pasar Putrajaya .
Kalau kat pasar borong , tak jumpa lagi .

Korang pernah makan tak ?





Bila Malas Cuci Pinggan


Assalamualaikum ...

Masa dok kampung dulu , 
selalu gak merasa makan nasi ambeng 
bila orang kampung atau sedara mara buat kenduri .
Sekarang balik kampung setahun sekali jer time raya .
Maklumlah , my bonda dah tak dok kampung .


Bila Malas Cuci Pinggan

My anak buah sekarang ni dah jadi habit lak .
Makan bersama satu dulang .
Dulang kecil yang besar sebenarnya .
Kat gamar nampak cam kecik jer kan .



Bila Malas Cuci Pinggan

Makan ala - ala nasi ambeng kononnya .
Mereka dok makan reramai kat dulang ni ada dua sebab .
Pertama sebab dah tak ada pinggan bersih 
dan kedua sebab malas nak cuci pinggan .
... hahahaaaa .
layan kan je lah !

Sape makan paling akhirlah yang kena cuci dulang tu .
Itu peraturan mereka .


Bila Malas Cuci Pinggan

Makan berjemaah reramai dalam satu dulang ni 
sunnah sebenarnya .
Ada barakah bila kongsi rezeki ni .
Vee jer tak join lagi makan nasi ambeng ni .
Macam mana nak join 
kalau kanak - kanak ribena ni menghadap dulang , 
dah tak de tempat mak usunya nak menyelit .
Cuma kekadang hulur je tangan , rasa sesuap dua ...

Ada satu malam tu , 
my kakak cerita ...

" ko tau tak , budak - budak tu 
pi punggah nasi , lauk dan sayur kat dalam dulang . "

erkkk ... dah habis makan baru citer . 
Tak dopek den nak tangkap gambar
kemeriahan mereka makan nasi ambeng !









Gaya Tidur



Assalamalaikum ...

Entri ringkas di hari Rabu ini 
tentang my anak buah si abang aka Aqif
yang boleh tidur di mana saja .
Asalkan mata dia mengantuk , maka lelaplah matanya .
Jom kita tengok je aksi - aksi gaya tidurnya ...


Gaya Tidur

boleh lak dia selesa tidur gaya tu ...



Gaya Tidur

Sapa lah yang jatuh dulu ni , 
kucing ke aqif ni ,
kata mama ...



Gaya Tidur

sila abaikan lakaran seni kreatif my anak buah di dinding itu ...




Ada lagi satu gambar yang dah hilang 
di kamera lama .
Si abang makan tapi tertidur di atas sofa .
Nasi lak masih berbaki di dalam mulut .
Mujurnya kepala itu tak masuk kat pinggan .

Tak tahulah macam mana  si abang ni .
Kalau dah mengantuk boleh je terus lelap mata .
Kalau bom meletop pun tak sedar gamaknya ni .

Si kakak lah yang jadi mangsa 
setiap kali kena kejutkan dia .
Suruh dia bangun dan tidur dalam bilik .








Kenangan Nasi Daun Pisang


Assalamualaikum ...

My kakak buat sarapan nasi lemak dihujung minggu .
Sambil makan sambil bersembang pasal nasi lemak .

" nasi lemak ni kalau nak sedap , layurkan daun pisang , bungkus nasi lemak panas - panas dalam tu , pastu simpan lama sikit bagi peluh kat daun pisang tu meresap kat nasi lemak , pastu baru makan . Barulah sedap . "

Bercerita dengan anak buah cara yang paling sedap makan nasi lemak .


Kenangan Nasi Daun Pisang


Tang tu jugalah terfikir nak ambik daun pisang kat depan ,
layurkan dan letak nasi lemak panas kat dalam tu .
Maka jadilah gambar kat atas .

Kenangan Nasi Daun Pisang


Masa vee bersekolah rendah ,
sebelah pagi kami sekolah kebangsaan 
manakala sebelah petang sekolah agama .
Sekolah agama ni di bawah kerajaan negeri Johor 
dan dah jadi macam wajib ke sekolah agama 
macam wajibnya ke sekolah kebangsaan .

Selepas habis sekolah kebangsaan vee tak balik rumah .
Jadinya , my bonda bawakan bekal makan tengahari 
sebelum masuk sekolah agama .

Masa tu memang tak kenal lah makhluk tupperware .
Tak mampu nak beli .
Jadinya , setiap hari bekal vee menggunakan daun pisang 
kadangkala guna juga plastik dan suratkhabar .



Kenangan Nasi Daun Pisang


Bila buka saja bekal nasi dalam daun pisang ni ,
perghhh ... aromanya betul - betul menyelerakan !
Lagilah kalau dalam bekal tu ada ikan masin .
Selalunya memang lauk ikan masin pun .
Nak jumpa ikan memang susah 
melainkan arwah abah menjala di sungai .
Makan pun sorang - sorang .
Malu nak join kawan yang lain .



Kenangan Nasi Daun Pisang


Sekarang ni , kalau teringin makan nasi daun pisang ,
buat lah juga tapi masih tak dapat aroma macam dulu .
Mungkin berkat my bonda sediakan ikhlas untuk anaknya kot .
Mungkin juga lauk sekarang tak sama macam dulu .
Dulu , dalam daun pisang ada serunding , pelas , tumis pucuk ubi 
dan wajib ikan masin lah .

Kalau tengok senarai lauk pauk tu 
macam tak ada khasiat 
tapi orang dulu boleh je belajar pandai 
walaupun mak bapak ada yang tak sekolah
malah tak pandai membaca macam my bonda .

My bonda walaupun tak pandai membaca
tapi pandai baca al - Quran dengan baik .
... alhamdulillah .








Perut Boroi / Buncit Berpenyakit ?




ASSALAMUALAIKUM ...

Sama ada lelaki atau perempuan , bila umur dah bertambah , perut pun akan bertambah . Lagi la kalau dah berkahwin . Macam dah jadi perkara biasa lak , bila dah kahwin beberapa bulan , perut lelaki akan buncit . Perempuan lak , bila dah bersalin , perut juga akan boroi . Dari sudut kesihatan , perut buncit / perut boroi ni bukanlah satu petanda yang baik sebenarnya .


Perut Boroi / Buncit Berpenyakit ?


Perut jadi buncit sebab masalah lemak visceral . Lemak visceral yang terkumpul di perut iaitu lemak dalam organ - organ dalaman badan termasuklah hati , jantung dan sebagainya .

Semakin buncit perut lelaki itu , maknanya dia semakin tak sihat . Bila tiba - tiba ukur lilit perut tuh lebih 90 cm , maka berhati - hatilah . Bagi wanita lak bila ukur lilit tuh dah lebih 80 cm . Nak tau camna nak buat ukur lilit nih , kena lah jumpa doktor atau jururawat . Den tak dopek nak tolong .

Sindrom metabolik berkait rapat dengan perut buncit . Penyakit yang boleh wujud dari sindrom ni seperti kencing manis , hipertensi , masalah jantung dan sebagainya .


Kalau korang rasa buat sit up atau bangkit tubi boleh selesaikan masalah perut buncit , memang salah . Masalah ni boleh diselesaikan dari pemakanan yang ada fiber , vitamin , protein dan juga fat burn . Senaman kardio dicadangkan boleh membantu korang untuk mengurangkannya .






Tablet PC Vofox


Assalamualaikum ...

Sebelum ni ada kisah my anak buah paw bonus mamanya kan .
Ini taktik si Hanani lah ni .
Sampai je kat depan kiosk handphone , 
dia pujuk mamanya beli tablet .
Siap keluarkan duit tabung dia dari wallet lagi .
Ada la dalam RM150 gitu .
Nekad sungguh budak ni nak tablet !


Tablet PC Vofox


Selesai Sudah


Assaamualaikum ...

Korang ingat tak lagi pasal kes saman RM20k my kakak tu ?
Pada Jumaat lepas my kakak ke mahkamah untuk lapor diri lah .
Ikut yang surat tu arahkan .

Sampai kat mahkamah , serah surat tu pada kerani .
Lepas tu my kakak saje je lah tanya pasal saman tu .
Ini jawapan kerani mahkamah tu :

" saman ni insurance kereta kakak yang bayar . 
Kakak cuma akan dipanggil buat keterangan 
kalau pihak insurance tu tak puas hati 
dengan butir - butir tuntutan . "

Lepas dengar kerani tu cakap macam tu ,
mata my kakak terus je mengantuk , katanya .
Alkisah , dah dua malam my kakak tak dapat tidur 
selepas terima surat saman tu .

Alhamdulillah , selesai sudah kes saman 20k ni . 
Mudah je urusannya rupanya .
Maklumlah , tak pernah ada pengalaman bab saman ni .
My kakak nak pergi mahkamah pun lutut dah longlai tau !
Nasib baik borang loan yang dia dah siap isi 
belum hantar lagi kat bank .
Kalau tidak , naya je nak bayar bulan - bulan .

Terima kasih pada blogger JR 
yang cadangkan dapatkan khidmat bantuan guaman .
My kakak ni sebenarnya tak layak 
untuk dapat khidmat bantuan guaman .
Ada juga yang cadangkan supaya selesaikan luar mahkamah .
Terima kasih pada semua 
yang memberikan cadangan dan pandangan .
Keperihatinan korang sangat kami hargai .


Syujud syukur lah my kakak ...




Selesai Sudah

belanja gambar jeruk jambu air yang tak manis .
Tabur gula dan sikit garam ,
simpan sehari dalam peti sejuk ,
pastu dah boleh makan ...







Paw Bonus


Assalamualaikum ...

Semalam , seawal pagi lagi dah ready nak gi bank . 
Bank buka pada pukul 10 hinggalah 1 petang .
Ada lagi yang tak settle pasal kad .
Malam sebelum tu call customer service , 
katanya kena settelkan kat kaunter .

Ready nak gerak , 
my anak buah lak nak mengekor kesemuanya .
Yang dah siap cuma 2 orang .
Si najwa , confirm sudah pasti lambat .
Nak menggosok bagai ... haissh .
Mak usunya sempoi je ...
... redha je la dengan ragam anak dara ni .

Sampai kat giant , vee terus je pi maybank .
Tak percaya je staff kaunter situ bila vee kata tak boleh draw duit .
Yang keluar hanyalah ... " maaf , kad anda tidak aktif . "
Bila staff kaunter  cek kad , ok je kad tu .
Maka pergilah ke atm dengan staff bank .
Masalah tetap sama ...

Maka proses pun bermula .
Isi borang , dan staff kaunter buatlah keje dia .
Lepas tu dia kata ;

" Adik duduk dulu ... "

He call me ' adik ? '
selambalah vee duduk sambil gelak dalam hati .
Beberapa minit lepas tu , 
my nama pun di seru sambil dia membaca my kad pengenalan .

" dah siap dah . "

dia kata sambil serah kad dan IC dengan senyum manisnya .
ada gak staff bank senyum kat pelanggan camtu ya ... 
bikin hati cair dong ... ahaks .
mesti masa tu dia dah perasan 
yang ' adik ' ni sebenarnya ' kakak ' .
... heh heh heh .


Paw Bonus


Dah settle kat situ ,
pi cari my kakak dan anak buah .
Hati meneka , mesti kat dalam Giant .
Baru je belok dah nampak my anak buah 
menebeng kat kiosk handphone !
Dah sah korang pi paw bonus mama nih .


Paw Bonus


Tengoklah betapa excitednya my anak buah dapat paw mamanya .
siap tenggek atas kerusi lagi .
Nak tau apa yang mereka paw ,
esok sajalah vee cerita ya .

Lepas settle pembelian mereka ,
masuk terus kat Giant .
Rambang mato tengok baju / sales melata .
Target nak cari baju basahan aka untuk pakai kat umah .
Sales CNY ni lah boleh dapat t shirt murah - murah .
Bukan setakat t- shir , yang lain pun murah - murah juga .

Dah la kat kiosk tadi si hanani pau mamanya ,
kat giant dia paw lagi .
Paw rawatan untuk jerawatnya .
memang teruk juga jerawatnya .
dah macam jerawat penyakit kulit .
Tak macam kakaknya si najwa tu .
kulit muka halus mulus je .
sebiji jerawat pun tak ada .

mak usunya yang membebel .
alahai ... masih sekolah ni tak yah la sibuk pasal jerawat .
hari ni baik , esok lusa tumbuh lagi ...


Paw Bonus


ini hasil jalaan kat bahagian basah .
nak makani anak katanya .
2 kilo sekali my kakak rembat .

Sebelum kuar dari giant ,
pi mesin atm dulu .
Terjumpa lagi staff maybank yang baik hati tu .
dia tegur ;
" dah boleh dah ? "
vee angguk dan senyum je la .
senyum tu kan sedekah ...
... heh heh heh .


Paw Bonus


Lepas tu kami pergi makan . 
balik umah dalam kul 3 .
Bila dah smpai kat umah , kaki rasa penat gila .
rehat dari petang sampai malam masih tak hilang .
dah rasa macam nak minta urut satu badan gamaknya .
agaknya sebab usia dah bertambah la kot .
susu lak dah lama tak minum .
baru je tadi beli susu omega ni .
Dr shikin ada citer pasal susu ni kat blognya .
tu yang nak cuba tu ...

nampaknya lepas ni kena rajin exercise dan jogging ni ...





Pisang Mentah Goreng


Assalamualaikum ...

Masa vee kecik - kecik dulu ,
my bonda akan mencari segala jenis sumber 
yang ada disekeliling rumah untuk dibuat sarapan .
Salah satunya dan memang dah jadi biasa adalah pisang mentah .

Ntah mimpi apa man in d house tu pi beli pisang mentah ni
maka terujalah sesangat my kakak nak makan pisang mentah goreng .
Tak de nya dia nak menunggu si Abenya balik kerja pun .
My kakak hadap sensorang dengan lazatnya .
My anak buah , mulanya tak tahu makan .
Bila dah merasa , kejap je habisnya .


Pisang Mentah Goreng



Korang pernah tak makan pisang mentah digoreng ni ?
Sesiapa yang tak pernah cuba , cubalah makan ya .
Serius , memang sedap .
Cuma , korang kenalah bersedia dengan getah pisang tu bila mengupasnya .

Ada je cara nak elak getah pisang ni .
Korang boleh ja sarung tangan tu dengan plastik .
Ataupun , lepas siap mengupas segala pisang tu ,
korang sapu je minyak masak kat tangan korang ,
pastu pi cuci .



Pisang Mentah Goreng



Pisang Mentah Goreng


Cara nak sediakan pisang mentah goreng ni senang je .
Korang cuma perlu hiris tak tebal dan tak nipis aka sederhana la
pastu masukkan je ke dalam minyak yang panas .
Bila pisang tu kekuningan ,
korang masukkan air aram yang dah dicampur dengan bawang putih .
Biarkan dalam satu minit , angkat .

Pisang mentah goreng ni sedap cecah dengan sambal kicap .
Tapi kalau my kakak , suka je makan gitu je lah 
lagi sedap katanya ...

Orang Johor  dan sambal kicap memang tak boleh dipisahkan !
Tempe goreng pun mesti nak hadap sambal kicap .
Eh ada lagi , jemput - jemput .

Sesapa yang teringin nakrasa
atau dah terliur ,
cari je kat pasar awam ye .
Gerenti ada ...















Berita Gembira Dan Berita Duka


Assalamualaikum ...

Hari ini satu hari yang ada gembira dan duka .
Yang pasti , dek kerana berita duka itu , berita gembira jadi tenggelam .
Korang nak dengar yang gembira ke yang sedih dulu ekkk .
Masa menaip ni pun rasa macam tak best je .
Tak bersemangat rasanya ...

Berita Gembira


Petang tadi , cadang nak keluarkan RM 
dari akaun A dan masukkan ke dalam akaun B .
Sebelum keluarkan , cek baki dulu ...
... ehhhh .... berita gembira bila
ada lebihan RM 300 dalam akaun .
Bila tengok angka tu , 
tadah tangan dan ucap alhamdulillah lah dulu .
Lepas tu baru fikir , dari mana RM tu datang .
Rasanya macam tahu ... 
tapi macam kurang logik .
... hati pun bernyanyi riang lah .


Berita Gembira Dan Berita Duka


Berita Duka 


Petang tadi dah perasan muka my kakak tak gembira .
Masa tu fikir , mungkin ada perkara tak selesai di tempat kerjanya .
Masa di dapur ,sembang - sembang dengan dia .
Macam biasa , dia layan je mulut adiknya ni 
yang macam murai cerita itu dan ini .

Selepas maghrib , man in d house keluar .
Maka my anak buah bertanya lah pada mamanya .
My kakak hanya membisu saja .
Wajahnya nampak tenang dan ada sedikit kepenatan .

Sampai masa tayangan drama gerhana di tvi ,
si hanani turun lah tengok sebab itu drama feveret dia .
Si kecik tanya lagi ;

" abah pergi mana ? "

" pergi cari peguam kot . " kata hanani 

Sepantas kilat mak usu bertanya ;

" buat apa cari peguam ? "

" mama kena saman , 27 hb kena masuk mahkamah . " kata hanani .

Maka mendaki tanggalah my kaki menuju bilik my kakak .
My kakak sedang bersandar sambil pejam mata 
dengan telekung masih di kepala .

" sapa saman ? "

" eksiden 3 tahun lepas tu la . " katanya 

" berapa kena ? "

" 20k ++ . saman campur ganti rugi kos perubatan . "

Tak terkata apa dah .
Nak settle keperluan sekolah anak pun tunggu bonus .
Ini kan pula nak upah lawyer .
Jauh sekali nak dapatkan 20k ...

Alkisah , 3 tahun lepas , 
lebih kurang pukul 1.30 petang , 
my kakak buat u turn di satu lokasi premis perniagaan di puchong .
Masa nak buat u turn tu memang tak ada kenderaan .
My anak buah kat sebelah pun tak nampak apa - apa .
Sedang elok belokkan kereta , tetiba ... gedegang !
Nampak seorang budak lelaki bersama motornya .
Dia bangun kemaskan diri pergi ke arah motornya .
Tak lama lepas tu , ibu dan bapanya datang .
Restoran bapanya ada berhampiran situ je .
Budak tu ok je tak de masalah .
Ayah dan ibunya pun ok saja .

My kakak terus buat laporan polis 
untuk dapatkan claim insuran .
pintu penumpang sebelah pemandu gajah merah kemek teruk .
Nasib baik my anak buah tak apa - apa masa tu .

Polis pun pergi ke tempat kejadian .
Polis kata tempat tu tak ada papan tanda tak boleh u turn .
maksudnya boleh u turn jika perlu .
berdasarkan kesan tayar motor, 
motor tu dibawa dengan laju dari had yang ditetapkan 
di kawasan premis perniagaan .
Polis kata ;

" dah kali ke 3 budak tu eksiden , nasib baik umur masih panjang . "

rupanya dah selalu eksiden . 
budak tu bawa motor kawasaki cc besar .

masa jumpa di balai polis ,
budak tu datang bertongkat bersama bapanya dan juga lawyernya .
tapi tak ada kata nak saman ke apa .
cuma dia beri jawapan tak konsisten bila polis tanya pasal kelajuan motor .

kesalahan my kakak sebab langgar budak tu .
( bukan budak tu ke yang langgar keta my kakak ... entah le .
tak kan la dia tak nampak gajah merah my kakak 
yang dah signal tu ! )
kesalahan budak tu bawa laju melebihi had yang ditetapkan di premis perniagaan .

bapak budak tu keturunan tengku dari terengganu .
rumahnya semi D .
memang tak terlawan lah my kakak ...

persoalannya ....
kenapa selepas 3 tahun baru nak saman ?
ada masalah pada perniagaannya ke ?
... hanya Allah ada jawapannya .

Sejak peristiwa tu , my kakak jadi trauma .
Dia tak pernah pergi lagi ke tempat itu ...

Sekarang ni mood sedang bertenang .
semoga Allah tunjukkan jalan keluar ...
semoga dipermudahkan urusan ...
dan semoga ada keajaiban !

walaupun ada kenalan lawyer ,
yang pasti RM tetap kena cari juga ...

Bila Allah nak beri ujian , 
DIA tidak memilih masa , siapa dan bagaimana .

Ujian Nya datang bersama hikmah ,
ujian Nya juga membawa pengajaran .







Kisah Hari Pertama


Assalamualaikum ...

Ada macam - macam kisah tentang 
hari pertama persekolahan kat blog .
My anak buah dan my kakak juga ada kisah mereka juga .

Semalam , dok berehat sambil layan astro ,
my anak buah dan kakak ada sekali ,
maka banyaklah kisah tentang hari pertama di sekolah mereka .
Tapi vee cerita sikit je lah ya .


Kisah Hari Pertama
Ni breakfast untuk bebudak . 
Sendiri ambik , sendiri calit , sendiri makan !

Kisah Hari Pertama


Mak usunya ni suka menyibuk sebenarnya .
saja nak tahu apa yang menarik di hari pertama kat sekolah mereka .

Kisah hari pertama my kakak ;

" Sampai sekolah je , Nazir dah tercegat . 
Nak join meeting aku . 
Ingatkan masa nak meeting baru datang . 
Dah la aku banyak kerja . 
Kena layan dia orang lagi . grrrrr ...

Luahan my kakak yang tension .
Makanya , si kecik aka yaya 
yang masuk tahun 1 pagi itu di temani abahnya .

" Yaya , kat sekolah tadi buat apa ? "

Sengih - sengih , pastu lari .
Masa kita orang sedang bersembang , tetiba dia kata ;

" mama , hari khamis dapat buku . "

Owh , dah faham arahan si kecik ni .
Dia juga boleh baca perkataan kat tv 
walaupun dalam bahasa inggeris .
Kiranya perkembangan dia ni lebih cepat 
dari abang dan kakaknya .

" mak usu , tadi aku dalam makmal komputer , 
TS Muhyiddin masuk buat lawatan .
Aku baca blog mak usu - 'awak kat mana '( cetusan minda ) "

" ha ah , dia pergi sekolah kita juga mak usu . "

Kalau korang tengok berita semalam , 
korang tahu sekolah mana TS Muhyiddin tu pergi .

Sekolah si kakak dan si adik ni sebelah je .
Sekolah mereka ni tak ada pagar pemisah 
waima longkang kecik sekalipun pun .
Sebab tu sk dan smk berkongsi padang dan surau .

My anak buah cakap , cikgu tak kasi melintas sekolah rendah .
Jadinya my kakak kena ambil mereka ni 
di depan pagar sekolah masing - masing 
yang ibaratnya pintu masuk smk kat utara 
dan pintu masuk sk kat selatan lah .

" mama , esok dapat duit 100 . "

" alhamdulilah  . "

Sengih - sengih my kakak .

" bagilah 50 kat dia . 
boleh tambah duit tabungnya . "

Kisah Hari Pertama


si hanani ni gigih menabung 
setiap lebihan duit belanja sekolahnya 
sebab nak beli smartphone !

" duit aku dah 100 lebih mama . "

senyum je my kakak .
Mau taknya . 
Dek kerana tak nak berkongsi 
dan nak pasang password sendiri ,
sanggup si Hanani menabung duit .
Tapi bagus jugalah kan .
Sekurang - kurangnya ada sifat berdikari .


Petang tu tengok astro awani ,
menjerit masing - masing tengok sekolah mereka masuk tv .
Tak pe lah anak - anak . Jakun lah sekejap ya .
Asal bahagia .