LELAKI KURANG SUBUR KALAU SELAU RUNSING




ASSALAMUALAIKUM ...

Kepada lelaki yang belum berkahwin dan sudah tapi belum ada anak , perkara nih penting . Para isteri dan bakal isteri juga kena amik tau yer .

Ini kajian terbaru dari London . Hasil daripada kajian ni , lelaki yang dipengaruhi keadaan psikologi aka pressure boleh sebabkan kesuburan mereka kurang . Tekanan dan kegelisahan akan sebabkan sperma lemah . So , tak dapatlah sperma tu bergerak cepat .

Kajian sekumpulan Hospital Eropah membabitkan 94 lelaki dewasa yang mengunjungi klinik kesuburan buat pertama kali membuktikan hipotisis ini .

Jadi lepas nih , kalau susah sangat nak dapat anak , pergilah wat rawatan sperma ya . Jangan lak kata isteri tu tak subur tanpa bukti . Sebenarnya , merokok tegar juga boleh jadi penyumbang kepada sperma tak subur .



OATMEAL BAR







no-bake protein bars


The base ingredients are: 
4.5 cups of uncooked oatmeal [500g ]
12oz of peanut butter [a small jar]
14oz of coconut milk [400ml or one can]
4 scoops of whey vanilla protein powder [200cc or 100g]

Combine the ingredients in a large bowl and mix well. 
Put some foil or baking paper in, transfer the dough in flattening it nicely. 
Place the dish into the fridge and keep it there minimum 4-5 hours or overnight. 

Cut it into 16 bars or cut pieces off as you need them and as much as you need all week long. 
Keep it cool at all times, since it’s a no-bake it will eventually soften up… 
hopefully not inside your pocket ! 
If you take it with you to work I suggest you put it in the fridge there before it melts although this particular recipe is pretty consistent. 

~ 300 calories each
15g of protein per bar

I personally have them instead of breakfast and it's my favourite snack on a busy day. 
One bar will keep you going for a really long time unlike lets say a bowl of oatmeal or a peanut butter sandwich. 
It tastes like a treat but it gives you enough energy to go about your day and then have a pretty tough training session. 

If you have reservations about protein powders (they are supplements after all) try making these without it adding less coconut milk. 




Chocolate Oat Cracker




BAHAN - BAHAN :


220gm butter

160gm brown sugar
220gm cake flour
240gm rolled oat
1tsp baking powder
100gm choc chip
80gm chopped almond


CARA MEMBUATNYA : 

Melt butter & brown sugar dalam periuk direct atas api.

Campurkan sume dry ingredients. Bila butter n brown sugar dah melted tuang ke dalam dry ingredients. Kacau pakai senduk yaa...coz panas.

Pas tu bulat2 kan n bakar. Temp 150C ard 30mins.

Tips utk kukis ni...bila biar lama sket doh akan dry....so renjis air sket2 kat doh sampai leh bulat2 kn.





Macam - Macam Jenis Cinta




ASSALAMUALAIKUM ...

Kita selalu dengar ungkapan nih ... 
" BUKTIKAN ! KALAU AWAK BETUL CINTA PADA SAYA . " Kenapa ada ungakapan cam tu ? Kerana banyak sebab orang itu bercinta atau sayang kat seseorang . Nak tau lebih lanjut , baca kat bawah nih :

1. CINTA SAYANG

Cinta ni selalunya bermula dengan sahabat yang selalu bersama dan ambil berat , berkongsi susah dan senang . Bila dah rapat sangat , jadi susah nak berpisah dan wujudlah rindu . Cinta yang hadir tanpa sedar sebab lahir tiba - tiba . Kemudian mereka rasa serasi bersama .

2. CINTA BUTA

Ini mungkin wujud disebabkan orang tu cantik / hansem , berharta , terkenal , berkedudukan , berpangkat dan yang sewaktu dengannya . Tak nak ambil kisah atau nak tahu siapa sebenarnya orang tu , camna perangainya , keburukan dan kejahatan yang orang tu dah buat , orang tuanya membantah , tak sekufu , asalkan dapat bersama . Timbul perasaan cemburu bila orang tu tak hiraukannya atau mesra dengan orang disekelilingnya .

3. CINTA SIMPATI

Kesian dengan nasib seseorang , kisah hidupnya , menjadikan seseorang tu nekad nak melidunginya , bertanggungjawab padanya dan nak jadi penjaganya . Tujuannya cuma nak beri kebahagiaan dan keselesaan  atau juga nak melidungi aib seseorang . Selalunya tak de perasaan cinta atau sayang . Cuma tak nak sakiti hati dan bergaduh dengannya .

4. CINTA PARAS RUPA

Jatuh cinta dari mata turun ke hati . Tak kisah kalau orang tu materialistik , panas baran , selfish , kuat cemburu , suka kongkong asalkan nak bersama . Akan sentiasa kisah dengan penampilan pasangan dari segi luaran cam pakaian , solekan , penampilan dan lainnya . Cinta ni akan pudar bila jumpa yang lebih cantik / hansem dari pasangannya atau bila pasangannya dah berusia serta pudar kecantikannya .

5. CINTA ROMANTIK

Gabungan dari jalinan yang akrab dan kasih sayang . Menyintai setulus hati lahir dari jiwa yang murni tanpa dorongan nafsu . Dizahirkan melalui perbuatan dan sikap ambil berat . Cinta jadi unik sebab ia gabungan dari perasaan dan perbuatan sebagai tempat untuk luahkan cintanya .

6. CINTA NAFSU

Badan serta bibir seksi dan macho menjadi penyebab utama . Bila pasangan tu bertambah berat badan atau tak pakai yang seksi - seksi lagi , maka dia akan ditinggalkan . Cinta ni ada juga tujuan lain . Kalau tak dapat apa yang dimahukan atau dah jemu , maka akan cari pengganti . Senang nak kesan cinta ni . Bila dah berani meraba atau minta yang di luar pernikahan , maka itulah maknanya .

7. CINTA MATERIALISTIK

Ada duit you sayang , tak de duit you melayang . Nak tau cinta ni senang jer . Sentiasa meminta benda - benda yang branded / mahal bila keluar bersama . Nak makan pun kat tempat yang ada kelas jer . Bila kata tak de duit , maka akan cipta alasan tak nak jumpa .

8. CINTA BIASAN

Cinta ni boleh dikatakan cinta paksaan . Terpaksa suka dan tak boleh nak mesra dan akrab . Berlaku sebab paksa atau desakan dari orang sekeliling atau ahli keluarga . Bila bersama , masing - masing merana kerana tak serasi dan tak suka . Cinta ni jarang kekal .

9. CINTA KECUNDANG

Cinta yang tak de jalinan , tak mesra dan tak de nafsu . Tak nak faham pasangan dan tak de tolak ansur atau tak nak terima pasangan secara rasional . Macam orang asing . Asyik rasa tak puas hati saja pada pasangan .

10. CINTA SEMPURNA

Ada ker ? Ada tapi susah nak jumpa . Terlalu sempurna dalam menerima pasangannya . Gabungan perasaan dan fikiran yang rasional , menghasilkan kesan cinta yang menarik . Insan ni bijak dalam membelai , menyanyangi , menghargai dan menghormati pasangannya . Cinta ni disampaikan dengan perbuatan dan perasaan yang ikhlas .


Rasanya , korang punya cinta yang mana ya . Tepuk dada , tanya hati ... heh heh heh .





FAHAMI LELAKI BILA DIA ...




ASSALAMUALAIKUM ...


Kalau korang nak kenal sifat lelaki lebih lanjut , mungkin tips kat bawah ni boleh membantu ...

1. Bila si dia sibuk ...

Jangan lak korang terhegeh - hegeh minta si dia jemput korang kat tempat keje ataupun temankan korang pi shopping .

2. Bila si dia ego ...

Jangan sekali - kali korang sentuh egonya bila dia ego tu sedang kuasai dirinya . Dah kita pun tau , lelaki ni memang tak akan mengaku sebab bagi dia itu ketegasan dan keputusannya .

3. Bila si dia romantik ...

Ajaklah si dia bersiar - siar di tepi pantai atau makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat - saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama .

4. Bila si dia panas baran ...

Jangan sesekali buat sesuatu yang memarakkan lagi kemarahannya . Biarkan marah dia reda dulu .

5. Bila si dia penat ...

Jangan korang cuba mengadu atau bercerita hal remeh . Biarkan si dia berehat secukupnya . Jangan sesekali memaksa dia buat sesuatu 

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri ...

Cuba korang berterus terang serta luahkan yang korang tak puas hati dengan sikapnya itu . Korang kena bersikap terbuka dan cakap padanya supaya pertimbangkan sikap kamu juga . Jangan lupa untuk bertolak ansur antara satu sama lain .

7. Bila si dia mengongkong ...

Kalau korang memberontak , pasti si dia marah . Tapi kalau ikut saja cakapnya , boleh lukakan hati sendiri . Korang perlu berani minta dia hormatkan keputusan yang korang buat asalkan tak jejaskan hubungan korang berdua .

8. Bila si dia selamba ...

Hahahaaa ... korang kena cari jalan tarik perhatian si dia . Buat sesuatu yang boleh tarik perhatiannya . Selalunya orang cam ni nak korang mulakan dulu . 

9. Bila si dia curang ...

Cari bukti dulu . Jangan pakai terjah jer . Nanti jadi lebih huru hara . Pastu pi tanya dia , nape wat perkara tuh . Tapi kalau dia kata perkara tu betul , korang kena terima dengan redha dan undurlah diri kalau tak nak hati lagi sakit dan lebih terluka .

10. Bila si dia lurus bendul ...

Jangan sesekali ambil kesempatan kat si dia . Sekurang - kurangnya dia tak menipu dan plastik . Apalagi nak poyo . Korang perlu ajar dia camna nak kenal orang yang berniat baik atau buruk sebab orang lain boleh ambik kesempatan pergunakan dia .






BILA JEM JADI JUS




ASSALAMUALAIKUM ...

Masa QV budak - budak dulu , tart nenas memang dah jadi biskut wajib bila tiba hari raya . Tapi masa tu kami tak banggil tart nenas . Kami panggil biskut nenas . Bentuknya macam bunga matahari dan kat tengah tu lekuk la . Masa tuh kebun memang tanam nenas . So , bila raya wat la jem nenas sendiri .

Macam biasa la , bila dah dekat seminggu nak raya , kami pun buatlah beberapa jenis biskut untuk raya termasuklah biskut jem nenas tuh  . 

Saja - saja nak tolong buat jem .
My kakak pun suruh lah jem masak nenas yang my bonda dah parut tu . Ambil terus cebur kat dalam kuali tanpa banyak soal Taburkan sikit gula wat tambah manis . Kacau sampai kering tapi jangan hangus .

Tetiba perasan . Apasal lama sangat nak membeku nih .
Maka tanya lah kat my bonda .
Rupanya QV masukkan airnya tapi bukan hampasnya !

Tu lah . Tadi tak nak tanya . Tak siap ler biskut nenas kita hari ni . Sat gi dah nak masak untuk berbuka .
Letak jer tepi bahan - bahan biskut tuh sebab dah hilang semangat !

Maka kena gelakkan dengan my kakak - kakak ler udahnya . 
Eleh , cam mereka tu tak pernah buat salah .
 Sabor jer lah kan !





ADUHAI ... KERAS MACAM BATANG KAYU !


google

ASSALAMUALAIKUM ...

Hari cuti nih teringin lak nak makan kuih puteri mandi . Semalam dah suruh akak den beli tepung pulut . So macam biasa la , kena la start buat . Dah teringin sangat nih . Dah macam orang mengidam lak .

Jerang air dulu . Ambil tepung pulut yang kakak den beli semalam , pi bancuh dengan air dan sikit garam . Pastu uli adunan dan bentuk . Nak bentuk senang jer . Pi bulatkan pastu tonyoh lah kat tengah tu wat lekuk . Bila dah siap , masukkan la ke dalam air yang dah mendidih .

Apasal la tak timbul - timbul lagi benda alah nih ? . Ah ... malaslah nak tunggu . Dah tak tahan nak makan dah ni . Den pun punggah semua makhluk tu ke atas tapisan dan golekkan lah kat atas kelapa parut yang dah di sira dengan gula merah . Siap pun ! Bukan lama sangat .

Tiba la masa untuk menjamah nih . Bismillah ... apasal lak keras jer benda alah nih . Kan selalunya dia lembik dan melekat . Ye la tepung pulut kan ! Maka den pun membelek lah tepung yang den bancuh tadi ... laaaaa ... rupanya den dah ambil tepung beras , bukannya tepung pulut ! Rasanya kalau bagi ayam makan pun , ayam wat tak layan jer ... hahahhaaaa

Tu la kalau rembat jer tapi tak tengok kat dulu . Rupanya akak den beli tepung beras dan tepung gandum sekali dan letakkan dalam plastik yang sama . Ingatkan semuanya tepung pulut jer . Arghhhh ... Maka den pun kenalah buat lagi guna tepung pulut . 

Alhamdulillah ... jadi gak ... Selamat mencuba !


KALAU ADIK ADA BINI ...




ASSALAMUALAIKUM ...

Den ada anak saudara lelaki yang berumur 3 tahun . Petah bercakap mengalahkan orang tua . Dia memang suka dok kat umah atok den yang rumahnya kat sebelah jer . Den panggil dia adik .

Satu hari atok tengah menggoreng biji kopi , si adik pun tunggulah kononnya nak temankan atok . Sambil menongkat dagu , " Ishhh tok , adik kesian la tengok atok nih ! "

" La, nape adik kesian kat tok ? "

" Ya la , hari - hari tok buat kopi , nak tumbuk kopi lagi . Penat la adik tengok . Tok , kalau adik ada bini  , boleh bini adik tolong tok tumbuk kopi . "

" Banyak la bini adik . Bukan nak bagi tok senang . Susah lagi ada la . Mana nak buat susu kat adik , nak buat susu kat bini adik lagi ! "

Begitulah anak sedara den yang seorang ini . Itu belum masuk bab bersembang dengan orang tua - tua kawan atuk yang macam kawan - kawan dia juga . Pernah sekali aku terkena dengannya ketika membawa balik  bunga yang telah dikeringkan . Selamba jer dia " sound " den .

" Mak usu hari ini bawa balik bunga , esok - esok bawa balik cincin pulak . " Aduh ! terkena aku . Ketawa mak mendengarnya . Itulah Wee , ko jangan tunjuk apa - apa kat adik ni , kang satu kampung diceritanya . " Bahaya juga kan !










Senaman Bagi Mereka Yang Sibuk





ASSALAMUALAIKUM...

Kajian yang dibuat oleh American College of Sports Medicines mengatakan bahawa orang dewasa cam kita ni , 
( heh heh heh ... korang dah dewasa ke lum ??? ) 
perlu buat senaman cam 
3 - 5 x latiahan aerobik , 
2 - 3 x sesi latihan untuk jasmani dan 
2 - 3 sesi latihan regangan 
kalau nak badan sentiasa cergas dan segar .

Tapi kalau dah busy sok mo , wat jer lah cam kat bawah ni ;


1. Latihan aerobik untuk daya tahan - baik untuk jantung dan paru - paru .


Caranya sonang jo . Korang pi lah berjalan dengan cepat , berlari anak dan berenang .


* untuk elakkan otot cedera , wat lah warming - up yang optimum pada waktu pagi dan malam .


2. Latihan kekuatan otot .


Ambil majalah atau buku , angkat berulangkali dengan cepat sebanyak 30 saat . Latihan ini melibatkan  6 - 8 anggota badan yang besar seperti tangan dan kaki .


3. Latihan peregangan .


Korang boleh buat dengan berdiri atau duduk dengan menjadikan dinding , batu , kerusi dll sebagai alat bantu . Lakukan beberapa minit sebelum wat senam yang lebih berat .


4. Banyakkan naik tangga .


Sesapa yang umahnya ada banyak tangga , rajin - rajinlah wat exercise turun naik tangga . Kalau ofis tu tak berapa tinggi , tak yah lah naik lif . Kan naik tangga tu boleh bakar kalori . Tapi pas tu jangan lak pi makan roti canai lak ya .


5. Berjalan sebanyak mungkin .


park la keta tu jauh - jauh . Pi la makan kat tempat yang jauh sikit tapi masih ok untuk berjalan kaki kesana . Bila nak maik barang / ulang - alik , jalan lah laju sikit .


6. Lakukan pelbagai kegiatan di luar rumah .


Rajin - rajinlah berkebun kat sekeliling umah tu . Sambil ber facebook pun boleh gak rasanya . Hahahaaa . Bertukang , menyapu , membasuh pakaian dan mengemas umah pun senaman gak . 


7. Bermain bersama anak 


Main la bola ker , badminton ker , kejar - kejar ke ... heheheee . Apa saja yang boleh keluarkan peluh lah 


8. Menari 


Ni paling senang . Bila korang tengok jer klip video ker dengar lagu kat radio ker , korang menarilah sekali ikut irama muziknya . Hah kan senag tuh . Atau sesekali tu wat la shuffle ker .



Mudah saja sebenarnya kalau kita nak bersenam . Asalkan kita wat pergerakan yang menggerakkan otot lebih kerap , badan pun berpeluh , maka sihat dan cergas lah tubuh badan kita nih .






BERSANDING DALAM BANJIR




ASSALAMUALAIKUM ...

Banyak betul majlis perkahwinan sempena cuti CNY nih . Termasuk la anak sepupu den . Selamat Pengantin Baru . Kat sini den nak citer pengalaman pengantin tentang majlis perkahwinannya .

N berasal dari negeri Pantai Timur bertemu jodoh dengan oarng Semenanjung . Tarikh yang telah ditetapkan jatuh pada musim tengkujuh . Bimbang juga kalau banjir . Sebab dah tak de lagi tarikh yang sesuai , maka terpaksalah buat juga pada musim cuti sekolah .

Tiga hari sebelum majlis berlangsung , cuaca dah mula tak menentu . Awal pagi panas , hujan menjelang petang dan terus lebat hingga ke malam kadang kala terus hingga ke pagi esoknya . N mula risau dengan keadaan tu . Halaman rumah sudah mula becak . Nhanya boleh berharap keadaan itu akan berhenti menjelang hari perkahwinan nya .

Akhirnya hari itu tiba juga . N dinikahkan dalam suasana hujan yang renyai - renyai . Hujan masih tidak berhenti malah semakin lebat pada hari persandingannya . Ahli keluarganya serta saudara marah terus memasak di bawah khemah tanpa mengendahkan hujan yang turun . N hanya pasrah . Selepas siap diandam , N hanya tunggu masa untuk bersanding . Hujan lebat masih tak berhenti walaupun jam dah tunjuk pukul 3.00 pm . Suami dan rombongan juga masih tak tunjuk muka lagi . 

Banjir pun mula berlaku . Paras air tak la tinggi sangat , tapi dah cukup melumpuhkan majlis . Jadi bapa N mengarahkan majlis tu dijalankan di sebuah dewan . Alangkah sedihnya N ketika itu bila terpaksa meninggalkan pelamin yang telah dihias indah . Di dewan , kami hanya duduk di kerusi biasa dengan majlis berjalan dalam suasana yang cukup sederhana . Dah jadi majlis kawin koboi lak . N bagai nak menangis tetapi terpaksa melaluinya . Tapi kekecewaan N terubat bila dia dapat bersanding dengan gemilang di pihak keluarga suaminya . 

Kalau korang memang dah tau rumah ibu bapa korang tuh kerap banjir bila musim hujan , carilah tarikh musim panas ya . Bukan apa , tak nak korang meraung sebab tak dapat bersanding dengan gilang gemilang . Heheheeee ....



MACAMANA NAK HANDLE PASANGAN CEMBURU ?




ASSALAMUALAIKUM ...

Susahkan kalau ada boy friend / girl friend yang kuat cemburu ? Naik pening dibuatnya . Kita jujur salah , kalau tipu lagi la malapetaka ! Nak wat tak tau jer lak , tak boleh . Kena gak pujuk untuk settlekan .

Ada beberapa tips yang korang boleh gunakan bila keadaan di atas berlaku . Antaranya :

1. Jangan sesekali berbohong . Kalau tertangkap , sejuta penjelasan pun tak leh buat dia percaya kat korang lagi . Walaupun korang bohong sebab nak selamatkan keadaan . Sekali korang berbohong , sampai bila - bila pun dia tak akan percaya kat korang lagi .

2. Jangan sembunyikan sebarang rahsia daripadanya . Kalau korang rasa perkara yang berlaku sebelum korang declare couple tu tak perlu diceritakan , maka jangan sekali - kali korang timbulkan .

3. Pastikan pasangan korang kenal dengan orang yang selalu berhubung rapat dengan korang malah orang yang selalu berada kat keliling korang .

4. Berterus terang kalau tak puas hati . Jangan pendam jer . Nanti leh timbulkan tak persefahaman lak .

5. Sentiasa ucapkan kata sayang dan penghargaan kepadanya . Nanti dia akan rasa hangatnya rasa sayang korang padanya .

6.  Tunjukkan komitmen penuh korang pada perhubungan tuh . Jangan wat tak kisah jer bila wujud masalah samada dalam perhubungan atau kehidupan si dia .

7. Elakkan korang terlalu mesra dengan orang lain berbanding dia . Ini penting untuk jaga perasaannya .

8. Cuba terangkan kepada si dia dengan jelas kalau korang perlukan ruang untuk diri sendiri dan tak mahu diganggu .

9. Sentiasa sabar dengan kerenah si dia . Nasihatinya dengan cara yang paling diplomasi supaya hatinya tak terasa .

10. Sentiasa memaafkan pasangan korang dan menerima dia seadanya .




CARA NAK SEMAI CINTA SUCI




ASSALAMUALAIKUM ...

LELAKI jangan EGO .


Kenapa ada sesetengah lelaki rasa dia perlu ego . Kalau tak bukan lelaki namanya . Dia rasa macam tak JANTAN lak kalau tak de ego . Lelaki jenis ni den anggap masih konservatif bila nak selesaikan masalah dengan perempuan . Apa saja keputusan tak boleh bantah walaupun perempuan cukup bertoleransi . Kadang - kadang jadi susah nak faham lelaki yang ego tak bertempat nih . Dia tak kisah pun kalau perempuan tu nak menangis air mata darah , nak mengalah tidak sekali - kali . Walaupun terpaksa berpisah

PEREMPUAN jangan EMOSI .

Perempuan memang suka bermain dengan emosi . Boleh dikatakan emosi nih senjata utamalah . Tapi ramai gak perempuan yang cukup kental mengharungi apa saja pada abad nih . Terpaksa kalau nak bersaing dengan lelaki dan untuk teruskan hidup . Betul tak ? Hakikatnya , walau seteguh atau sekeras mana hati tuh , air mata tetap mengalir gak cuma tak tunjuk kat orang lain . 

LELAKI dan PEREMPUAN perlu TOLERANSI

Apa pun masalah dan keadaannya , tetap boleh selesai asalkan ada perbincangan , persetujuan , tolak ansur dan berpijak di bumi nyata . Lelaki kena lah ego bertempat . Tak salah kalau nak kurangkan ego tuh atau letak tepi wat sementara supaya masalah tu boleh selesai . Fikirkan keburukan dan kebaikan yang korang akan dapat bila wat keputusan . Tapi pada masa yang sama , maruah tu jangan lak biarkan di pijak orang . Nanti tak macho lak ... heh heh heh ...

Perempuan lak janganlah jadikan air mata tuh untuk menang . Tak adillah . Tapi kalau lelaki tu terus cair hati , rezeki lah . Hahahaaaa ... Perempuan sebenarnya banyak senjata nak cairkan lelaki selain air mata  kan ! Perempuan boleh bersolek , menggoda , memasak , merayu ..... banyak tuh . It kelebihan Allah bagi . Lelaki janganlah marah yer .

Apa yang lebih penting , selagi CINTA itu masih ada , Insya Allah segalanya boleh selesai . Alang - alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ... betul tak ? Tak manusia yang sanggup melukai hati insan yang dicintai . Kalau masa mula bercinta , LAUTAN API SANGGUP DIRENANGI , takkan kerana sedikit salah faham , masing - masing hilang rasa cinta ! Rasanya takmungkin kan ! 

CINTA SUCI tu perlu disemai oleh kedua belah pihak . Bertepuk sebelah tangan takkan menjadi kan ! So , TEPUK DADA , TANYALAH HATI ... sayang si DIA tak ?