Assalamualaikum ...
Alkisah di hari cuti . Terlupa ,
maka hari inilah baru menjadi entry .
QV ni suka benor melombong bijih .
QV citer direct jer lah . Kang berkias orang tak faham lak .
QV sebenarnya memang suka sangat mengorek hidung .
Rasa nikmat jer .
Lantak koranglah kalau nak bergeli - gelian yer .
Selepas mengeluarkan bijih daripada hidung dengan ,
tetiba QV rasa ada benda bergerak - gerak .
Maka otak pun ligatlah berfikir .
Kalau ni ulat , bolih jadi beranak pinak .
Kang tak pasal - pasal berlubang free jer hidung ni .
Tetiba terfikirlah akan tembakau .
Ambil sikit tembakau masukkan lah ke dalam hidung .
Nasib baik ada tembakau kan !
Maka selamba jer my kakak berkata :
" pedas tembakau tu " .
Terus terasa pedasnya ... ceh !
Tapi sekejap jer .
Jangan tanya mana gambar hidung masuk tembakau .
buruk jer rupa tau .
Tak sudi QV nak syer kat sini .
Lama lah juga QV memakainya .
Anak buah lak sibuk dok tanya ,
kenapa sumbat tembakau kat hidung .
QV suka jer menyakat anak buah ni .
Lari mereka bila QV nak sumbat kat hidung mereka .
Alhamdulillah , selepas sejam hingga sekarang ,
makhluk tu dah tak bergerak lagi .
Harap terus hilanglah walaupun masa membelek tembakau tu
tak nampak apa - apa pun .
Mungkin ini juga petua yang berguna untuk pembaca .
Kalau korang nak korek hidung ,
pastikan jari dan kuku tu bersih dulu ya ...