Nasib Baik Ada Tembakau


Assalamualaikum ...

Alkisah di hari cuti . Terlupa , 
maka hari inilah baru menjadi entry . 
QV ni suka benor melombong bijih . 
QV citer direct jer lah . Kang berkias orang tak faham lak . 
QV sebenarnya memang suka sangat mengorek hidung . 
Rasa nikmat jer . 
Lantak koranglah kalau nak bergeli - gelian yer .



Selepas mengeluarkan bijih daripada hidung dengan , 
tetiba QV rasa ada benda bergerak - gerak .
Maka otak pun ligatlah berfikir .
Kalau ni ulat , bolih jadi beranak pinak .
Kang tak pasal - pasal berlubang free jer hidung ni .

Tetiba terfikirlah akan tembakau .
Ambil sikit tembakau masukkan lah ke dalam hidung .
Nasib baik ada tembakau kan !

Maka selamba jer my kakak berkata : 
" pedas tembakau tu " .
Terus terasa pedasnya ... ceh !
Tapi sekejap jer .

Jangan tanya mana gambar hidung masuk tembakau .
buruk jer rupa tau .
Tak sudi QV nak syer kat sini .



Lama lah juga QV memakainya .
Anak buah lak sibuk dok tanya ,
kenapa sumbat tembakau kat hidung .
QV suka jer menyakat anak buah ni .
Lari mereka bila QV nak sumbat kat hidung mereka .

Alhamdulillah , selepas sejam hingga sekarang ,
makhluk tu dah tak bergerak lagi .
Harap terus hilanglah walaupun masa membelek tembakau tu 
tak nampak apa - apa pun .
Mungkin ini juga petua yang berguna untuk pembaca .

Kalau korang nak korek hidung ,
pastikan jari dan kuku tu bersih dulu ya ...




Halia Xtravaganza .


Assalamualaikum ...

Sedang melayan lappy , hidung menghidu bau sup ayam .
My kakak buat special .
Alkisahnya man in da house demam tahap menggigil nih .
Maka QV terfikir nak letak halia .
Kan halia tu memanaskan badan .



Maka ke dapulah QV 
Ambik halia sebesar ibu jari , ketuk jap kat lesung batu ,
cebur je kedalam sup ayam tuh . done !

Maka tibalah masa menikmati sup bersama bubur nasi .
Sambil makan sambil bersembang .



" Aku letak halia banyak - banyak tadi . 

Nak bagi panas badan . "
Selamba jer my kakak bercerita .
" Apa ? ... heh heh heh ... aku cebur gak halia tadi . "
" Ingatkan ko tak bagi lagi . "
" Agak - agak , dah berpa banyak halia dalam periuk tu yer ? "
Selamba juga aku berkata - kata .
hah hah hah  ...



Masa makan tu baru QV sedar 
yang my kakak juga masukkan lada hitam .
Dah double lah kepanasannya .
Malam tadi hujan lebat . 
Sedap jer tidur tanpa rasa sejuk 
walaupun tak berselimut .
Ada gak manfaatnya kan !

Nasib baik lum ada orang mati sebab banyak makan halia .
Orang dulu halia ni buat sambal tumbuk 
dan makan dengan nasi panas .
Selalunya orang dalam pantang yang kena makan .


Diet Cara Selebriti


ASHLEY JUDD



ASSALAMUALAIKUM .......


Sesetengah selebriti Hollywood menggunakan beberapa langkah mudah dan diet yang masuk akal untuk kekal langsing . Ada juga yang bergantung pada ritual tersendiri . Yang pasti , mereka berpuashati dengan cara mereka .



Jom kita tengok apa rahsia diet beberapa artis ni yang mungkin juga artis pujaan anda !



CLAUDIA SCIFFER



  • Tak makan apa - apa sebelum 12 tengahari kecuali BUAH - BUAHAN , BERTIH JAGUNG .
  • Makan malam hanya dengan SALAD , SAYURAN KUKUS .
  • Suka minum JUS TOMATO , ANGGUR HITAM DAN TEH HERBA .


JENNIFER ANISTON 


  • Tak makan SANDWIC PASTRAMI , MAYONIS dan MAKANAN BERGORENG
  • Sukakan makanan RENDAH LEMAK 


ASHLEY JUDD


  • Tidak makan KACANG , TENUSU
  • Mengamalkan DIET SAYUR - SAYURAN 
  • Breakfast dengan AIR SUAM DAN LEMON dan SUSU KACANG SOYA dalam BIJIRINNYA

MINNIE DRIVER 
  • Memakai bebanan buku lali dan pinggang di rumah 
  • Bergantung kepada semangat

LISA KUDROW
  • Mengikut kata hati , bila perlu BERHENTI MAKAN 
  • Bila dia GEMUK
  • Tahu membezakan antara KETAGIHAN , KELAPARAN dan KEPUASAN BADAN 

DEMI MOORE
  • Minum JUS SEGERA , 
  • Makan 3 MANGKUK BIJIRIN BRAN sehari
  • Ambil VITAMIN
  • Minum TEH HERBA antar hidangan


Rasanya kalau korang amalkan salah satu dari diet nih , boleh kurus tak ? Insya Allah boleh . Selagi ada disiplin dan semangat yang kuat , tak de yang mustahil .





Cara Menolak Cinta Gadis


Assalamualaikum ...




JANGAN LAYAN LEBIH - LEBIH .

 Senang citer jangan carring sangat . Kalau dah memang anggap kawan tu layan la macam kawan key . Tak yah la tanya sihat tak , dok wat pe , dah makan ke lum . Semua soalan tu leh jadi hint kat dia yang kamu tu macam suka kat dia tau . 





CUBA BERKATA TIDAK

Kalau dah memang tak free tu kata jer sibuk , kalau tak suka pada satu benda kata je tak suka , kalau tak boleh kata jer tak boleh . Kan sonang . So tak la nampak cam dia tu special sangat dalam hidup kamu . Berterus terang tu dapat elakkan dari menggores perasaan dia . 




ELAKKAN DARI MEMBERI / MEMBELI .

 Pastikan koma memberi pada waktu tertentu macam birthday atau hari penting bagi dia . Kalau koma pi makan pastu pi ikut dia pi shopping , jangan bayarkan barang dia . Nanti dia fikir itu hint koma suka dia . Haru tuh .




BERTERUS TERANG TENTANG STATUS HUBUNGAN .

Bila koma rasa dia bagi hint yang dia  suka kat koma , koma mesti cepat - cepat bagitau yang koma anggap dia sekadar kawan atau adik saja . Kalau koma lengahkan bimbang dia dah suka giler kat koma lak . Masa tu memang susah lah nak explain kat dia . Leh gila meroyan tau . Andai dia tak leh terima , koma kena tunggu dia cool dulu . Kalau koma teruskan gak nanti jadi lagi serabut tau . Ada jenis orang yang easy come easy go . Ada lak bila dah suka masuk kat lubuk hati yang sangat dalam . Pehhh . Bila kena reject , hancur jadi debu hati tuh . Emmm.



Kejujuran Penanda Aras Dalam Perhubungan Cinta


JANGAN SEKALI - KALI  TAYANG POMPUAN LAIN KAT DIA .

 Ini yang paling bahaya u . Koma kalau dah tak tau cara mana nak reject dia , jangan sekali - kali guna cara nih . Jangan berani tunjuk romanitk ngan pompuan lain , pegang tangan la , peluk pinggang la kat depan dia . Selain mengguris perasaan dia dari segi moral , perbuatan tu leh wat dia bunuh diri . Kesian dia tau . Apa koma nak jawab kat family dia nanti . Tu kira baik lagi . Camna kalau di pi bunuh pompuan koma ??? Simbah asid ker , kan dah parah . Tak pasal - pasal dah menyusahkan hidup pompuan lain . Tu lum lagi dia pi mandrem koma ngan pak bomoh . 

Hahaha ...sonang citer , tepuk dada tanya iman lah ya... 
Hidup ni kalau bleh jangan menyusahkan orang lain .
Key , ni saja la celoteh QV untuk bab nih . 




Petua Mengurangkan Darah Tinggi


ASSALAMUALAIKUM...

Tekanan darah tinggi boleh berlaku kepada sesiap sahaja . Tekanan di tempat kerja dan di luar tempat kerja selain gaya hidup dan pemakanan banyak menyumbang kepada wujudnya penyakit ini . 

Tekanan darah tinggi sekiranya tidak di kawal akan mempengaruhi jantung kita . 
Ada petua untuk mengurangkan darah tinggi ni ,
antaranya ;

alt image tag

Ambil 2 helai DAUN SIREH 

rebus bersama air
Bila suam , minumlah air ini seperti minum air teh . 
Buat sekali seminggu
Insya allah akan menurunkan darah anda . 



alt image tag

Lakukan SENAMAN 

seperti jogging , badminton , berbasikal selama 30 minit sehari boleh menguatkan otot jantung dan mengurangkan beban pada arteri kita .



alt image tag

Kurangkan GARAM dalam masakan . 

Garam yang banyak dalam badan akan menakung menyebabkan isipadu darah meningkat seterusnya darah pun meningkat .



alt image tag

Dapatkan BELIMBING BULUH

Kisar bersama air dan ambil airnya . Campurkan sedikit perasa untuk rasa yang sedap . Minumlah pada waktu pagi atau petang .

Banyakkan makan makanan yang mengandungi 
POTASSIUM dan MAGNESSIUM 
seperti pisang dan buah - buahan .



alt image tag

Memakan JERING 

juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi .

BEREHAT

tenangkan diri dan kurangkan stress 
sekurang - kurangnya 30 minit sehari .


Jika diamalkan segala petua di atas , insya allah tekanan darah akan berkurangna . Selamat mencuba .





Cara Tolak Cinta Lelaki


Assalamualaikum ...


Cara Tolak Cinta Lelaki  | Adakalanya kita memang tak berkenan dengan lelaki itu . Tapi kerana dia sangat berkenan dengan kita , macam - macam usaha dia buat untuk tarik perhatian kita tanpa rasa jemu . Sampai satu tahap , kita rasa rimas dan pada masa yang sama tak sampai hati nak cakap terus terang .

Cara Tolak Cinta Lelaki


Rawat Kencing Manis Dengan Herba


Rawat Kencing Manis Dengan Herba  | Tahukah anda bahawa kencing manis yang tidak dirawat dan menjadi konik akan merosakkan buah pinggang ? Bila buah pinggang rosak , selalunya akan berakhir dengan kematian .

Rawat Kencing Manis Dengan Herba

Cara Letak 8share Kat Blog


Assalamualaikum ...


Entry kali ini , QV cuba memenuhi permintaan sahabat 
Nor Azimah .
Maaf sebab lambat sikit buat entry nih .
Harap Nor Azimah boleh faham 
step - step yang QV tutokan di sini .



1- Sign In akaun 8share .
2- Klik SPECIALS ( atas kanan )



2 - Maka keluarlah segala jenis iklan seperti diatas .
3 - Klik satu gambar IKLAN yang nak diletakkan dalam blog .



Maka akan keluar paparan seperti di atas .
4 - Pergi ke step 2 .




5 - Klik kanan , SAVE image preview ( warna biru ) tu .



6 - Lihat step 3 . 
Klik kat share on Facebook atau share on Twitter .
 Akan keluar seperti di atas kiri  kemudian ...
7 - COPY link yang dihighlight berwarna biru  ( ctrl c ) .
* sama ada di FB atau twitter , linknya tetap sama .
Link itu adalah link iklan anda .



8 - Pergi ke blog dashboard . 
9 - Klik Layout .
10 - Klik Add a Gadget .


11 - Scroll down , cari IMAGE dan klik .




12 - Masukkan link yang di copy pada no.7 di atas .
13 - Klik pada Choose File .
14 - Masukkan image yang di save pada no .5 .



15 - Klik SAVE  
View blog untuk lihat hasilnya .

Letakkan pada sidebar atau mana saja yang anda suka .

* Sekiranya ada yang anda kurang faham , 
pm saya di fb yang ada kat sebelah ni ya .

Selamat Mencuba .



Blogwalking CUTI SEKOLAH Bersama Ayuinsyirah



Assalamualaikum ...





Syarat - syarat nyer :

1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe

2. tajuknyer segmen : 

blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye

4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe

5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe

 segmen ni ayu kasi masa lama sikit la...hehe..

hingga hari AHAD 30/3/2014 jam 10.00 malam


Marilah kita sama - sama meriahkannya .




Tips Berhanti Merokok






ASSALAMUALAIKUM ...

Perkara paling mudah dan asas yang QV nak kongsi adalah 
BILA RASA NAK MEROKOK TU WAT TAK TAU JER
Bab ni semangat tuh kena kuat lah .

BUAT AKTIVITI 
seperti  baca buku ker , layan tv ker , internet ker , pi masak ke , exercise ke chat ngan kawan , girlfriend , mak , isteri ker . 
Bersantai dengan keluarga , kawan - kawan , layan girlfriend shopping juga boleh alih keinginan nak merokok .

Cuba TARIK NAFAS SECARA TERATUR
Tarik dan hembus nafas dengan sempurna .

MINUM AIR SUAM
Air mineral juga boleh . 
Elakkan minum air yang mengandungi 
KAFEIN .

MAKANLAH SESUATU 
seperti buah , gula - gula getah yang berangin , gula - gula .

MANDI 
dengan merendamkan badan di tab mandi sambil menghidu bauan segar dari lilin wangi atau dari wangian untuk mandian seperti di spa sambil mendengar lagu yang anda suka .

ELAK KAN BERSAMA PEROKOK LAIN
Sekiranya bersama kawan , dan mereka merokok , 
tinggalkan lah mereka .

MENANAM RASA BENCI DAN BOSAN 
terhadap rokok .

BERI GANJARAN 
pada diri sendiri atau dapatkan ganjaran daripada orang tersayang sebagai galakkan atas usaha anda itu .

Sematkan di minda anda bahawa rokok itu ibarat 
MEMBAKAR RM anda .

MUSNAHKAN BAJET 
untuk rokok . 
Tak ada duit bermakna tak da rokok .



Apa Khasiat Sireh Pasir ?


Assalamulalaikum ...

Apa Khasiat Sireh Pasir ? |
QV mula diperkenalkan dengan pokok ni oleh my kakak .
Arwah suami dia yang ajar dia makan .
QV pun cuba la makan ... not bad lah .

Apa Khasiat Sireh Pasir ?

Scrub Yang Mudah Dan Murah


Assalamualaikum ...

QV bila dok dapur , tangan asyik menggatal jer .
Kalau tak pun mulut asyik nak mengunyah .
Sambil menyelam sambil minum air gayanya .

Bila dah sibuk dengan keje , masa pun pack jer ,
apa kata sambil memasak sambil buat rawatan muka .



Caranya mudah jer 

Ambil tomato , 
potong bulat cam gambar kat atas tu . 
Taburkan sedikit gula diatasnya . 
Pastu sapu ler kat pipi tu dan seluruh wajah 
 Kalau ada kulit kering kat muka tu , 
tenyeh lama sikit bagi kulit kering / mati tu tanggal .
 Biarkan tomato tu kering barulah cuci .



Boleh  juga gantikan tomato dengan minyak zaitun .
Minyak zaitun juga dapat tanggalkan kesan makeup dengan mudah .

Selepas mencuci , anda akan rasa kulit muka tu lembut sedikit dari biasa .
Memang berbaloi - baloi .
Jimat kos dan sangat mudah dilakukan .

Cuba lah kalau nak tahu kesannya !





Berkongsi Bilik Kena Banyak Bersabar .


Assalamualaikum ...

Pintu bilik QV dah biasa ternganga .
Kalau tutup susah lak my bonda nak keluar masuk .
Almaklumlah dah uzur .
Bila pintu sentiasa ternganga , maka adalah yang sukarela nak menemannya ...
 


Sedang main , ok lagi .
Lagi suka adalah tengok gelagat mereka nih .
Comel kannn !



Join anak buah layan tablet .
Ceh ! faham tengok kartun larva tuh .
Layannnn ...



Kunyah lah kabel tu yer .
Tuan ni masih ok lagi ... sabar .



Aksi ni yang tak boleh tahan .
Dah potong steam QV melayan lappy tau .
Pandai dia wat muka comel jerrrr ...



Ni dah jadi bab gerammmm !
Campak , mai ... campak , mai ...
Si mieow ni saje je main jari jemari QV .
Ajak main ler hint nya nih ....

" Kakak ... ambik snoopy ni . Pi layan dia main ! " 
Selesai masalah QV .

Seronok sebenarnya main dengan kitty nih .
Cuma masa tu kurang sesuai ...
Ubat stress paling mudah tau .


Jeruk Bawang Prata


Assalamualaikum ...

Selalunya kalau beli murtabak daging , mesti ada penceah sekali .
Tak ada pencecah lain selain daripada benda alah ni ...


 Jeruk Bawang Prata

Tapi anak buah lebih suka makan mertabak daging tu cam tu jer .
Mungkin sebab pencecah ni berwarna merah dan masam .
Almaklumlah menggunakan cuka .


 Jeruk Bawang Prata

Daripada dilambung sana , dilambung sini ataupun
masuk terus ke bakul sampah sebab tak de orang makan 
maka QV pun mengkreatifkan lah pencecah ni .


 Jeruk Bawang Prata

Apa ada dalam balang ?
Jeng jeng jeng ...
Cili padi , bawang merah dan ...
... owh ! tersesat lak kedondong kat dalam ni .

Kedondong ni si mama preggy yang beli .
Oleh kerana masih muda maka bergetah lah .
Anak buah kata " buah banyak getah " .

Dah tak de yang sudi makan , 
apa kata terjun jer dalam balang tu join si cili dan bawang .
Yang herannya , kaler merah tu dah pudar lak 
tapi rasa cuka masih ada lah .
Tetiba terfikir lak nak masukkan timun ... haish .

Bila QV nak makan mee sama ada mee sup atau bergoreng ,
maka joinlah mereka ni bersama - sama .
Ala , macam makan mee letak jeruk lada tu ...

Cuka atau benda yang masam bila masuk ke dalam perut ,
ia akan memudahkan proses pencernaan .
Itu le yang QV tahu .

Ni lah kalau dah tak de keje nak dibuat .
Tapi sebenarnya lebih kepada tak nak membazir .
Selagi boleh recycle , taram jer ...
... hahahaaa