Orang Kafir Puasa Tak ?


Assalamualaikum ...

Semalam petang , sedang jer elok QV berblogwalking , 
my anak buah terjah my bilik dengan pertanyaan ;
" mak usu , orang kafir puasa tak ? "
" orang kafir tak puasa Ramadhan . "
" Habih tu kat Oh My English , See you Soon kata orang Cina pun puasa juga . "
" Orang kafir tak kira la Cina ke India ke , 
dia orang pun ada puasa juga tapi bukan puasa Ramadhan lah . 
Kalau orang India berpuasa , 
dia tak boleh makan tapi boleh minum
Orang Cina lak , tak boleh makan daging
Tu jer lah yang mak usu tau . "

QV ni malas sebenarnya nak mengoogle . 
Kang kalau melayan bebudak ni , 
confirm terbantut QV punya blog walking lah .

" Kenapalah mak usu ni jadi perpustakaan bergerak ! "
Ungkapan femes bila dah tak tahan dengan pertanyaan mereka .

Si Nabila ( 10 tahun ) paling suka bertanya .
Kalau tengok tv , janganlah dok sebelah dia .
Memang x boleh nak konsentret .
Si kakak sampai marah - marah kat dia 
sebab tanya soalan yang bukan - bukan .
Ada satu masa tu , dia tanya ;
" Mak usu , apa maksud sayu . "
Maka jenuhlah mak usunya membuat contoh nak bagi dia faham . 
Tapi kalau dia tanya ;
" mak usu , nasi kat mana ? "
laju jer mak usu jawab ;
" Kat bilik air . "
... hahahhaaaa .


Orang Kafir Puasa Tak ?

Gambar kat atas ni doh buat kuih keria .
Tetiba mak usunya malas nak membentuk keria .
So , apa lagi ...
" Kakak , nih siapkan buat keria , pastu goreng sekali ye . 
Api jangan besar sangat .
Nanti luar hangus tapi dalam tak masak lak . "
Si kakak dengan gembira memanggil si abang .
" Akif , ko nak main tanah liat tak ? "
Automatik si abang berlari ke dapur .

Maka riuhlah kat dapur tu dengan 4 orang anak buah 
yang masing - masing nak try n error .
Terhasillah macam - macam bentuk .
Ada muka kucing , ada roti pintal dan macam - macam lagi lah.
Lantaklah , janji boleh makan .

Pesan mak usunya ;
" Jangan tetiba doh tu bertukar kaler lak ya . "
Lepas tu mak usu terus masuk bilik .
Perghhh ... masa untuk QV berehat .
... heh heh heh .


Baru masuk hari ke - 2 Ramadhan , kurma dah habis .
Maklumlah umatnya ramai .





Bila Budak Belajar Berpuasa


Assalamualaikum ...

Sudah selesai hari pertama Ramadhan kita .
Harapannya , tak ada yang loglai keletihan .
Dah besor dan umur pun dah bertingkek tingkek ni ,
tak perlulah nak curi makan aka ponteng puasa .
Budak - budak yang baru belajar berpuasa pun steady jer .

Hari pertama ni korang berbuka apa agaknya yer .
Juadah QV dan family hanya yang ringkas sahaja .
Tembikai dan kurma sebagai pembuka selera ,
air milo suam untuk penghilang dahaga ,
bubur cha - cha untuk sekadar mengisi perut sebelum solat Maghrib
dan nasi himpit bersama sup tulang untuk hidangan berat selepas Tarawih .

Bila Budak Belajar Berpuasa

Hari ini si kecik ( 6 tahun ) belajar berpuasa .
Sebelah pagi follow mamanya pergi meronda - ronda . 
Sebelah petang hanya tidur , bangun dan tidur lagi .
Walaupun bau harum masakan menusuk hidung ,
dia langsung tidak merengek minta makan 
malah selamba saja melayan kartun 
dan bermain belon bersama kakak dan abangnya .

Tidak seperti si abang masa baru berpuasa 2 tahun lepas , 
bau jer masakan , terus merayu mintak makan .
Maka mamanya memujuk ; " sekejap lagi " .
Alhamdulillah ... 
semoga si kecik dapat teruskan puasa hingga menjelma syawal .

Bila Budak Belajar Berpuasa
Sila abaikan mulutnya yang herot itu

Setakat ini belum ada yang dapat menandingi 
Nabila belajar berpuasa.
Dia berpuasa seawal 5 tahun dengan jayanya .
Jangan terkejut kalau QV kata , 
dia tetap aktif seperti biasa ,
bermain dengan adiknya dah macam superman .
Tapi dia tidur sekejap pada sebelah tengahari .

Alkisah cerita , tiba - tiba di satu petang :
" mak usu , Nabila tak puasa ! "
" What ? Kenapa tak puasa ? "
" Dia minum air paip kat surau sekolah . "
Dengan selamba mamanya mencelah :
" Tak apa , lepas ni teman mama bayar hutang puasa . "
Ini kisah berlaku ketika dia berusia 8 tahun .
Dia tetiba tergoda hanya dengan melihat paip air !
Tapi dia kuat semangat membayar hutang puasa 
walaupun kami makan dihadapannya .
... heh heh heh .

Bila Budak Belajar Berpuasa

Si abang pula , paling liat nak bersahur .
2 tahun berturut - turut mamanya suap dia bila bersahur .
Orang lain mengejar masa untuk bersahur ,
dia melayan tidur atas sofa .
Bila suruh makan tak bergerak langsung .
Walaupun mulutnya mengunyah makanan ,
mata dia maintain pejam u ... perghhh .
Makan pun tak banyak , sekadar 3 / 4 suap sahaja .
Tahun ini , alhamdulillah . 
Abang boleh bangun macam biasa .
Mungkin sebab dah biasa 
tak tidur selepas solat subuh terutama masa cuti sekolah .
Abang juga tak letih berpuasa .

Alhamdulillah , tahun ini anak buah QV semua cool jer berpuasa .
Tak ada istilah lembek benyek ke , lemah longlai ke ...
malah si kakak lah yang memasak di dapur .
Salah satu sebab my anak buah suka berpuasa 
kerana my kakak akan masak hidangan berbuka ikut selera mereka .
Tapi dengan syarat , kena tolong mamanya buatlah .
Tak kisahlah doh tu nak jadi macam mana .
Janji mereka buat sendiri .
Ini juga menjadi sebab my kakak tak membeli di bazaar ramadan .

Petang tadi , my akak tugaskan si abang dengan nabila 
mencuci pinggan mangkuk yang berlonggok di singki .
Maka terdengarlah perbualan mereka .
" Aqif , tolonglah sini , ko ni nak mengelat jer . "
" I quit ! " kata si abang .
" What ! " mak usunya menjerit .
Hebat kan pendengaran mak usunya ... heh heh heh .
" biar dia nak quit nabila . 
Nanti buka ( buka puasa ) kita quit dia .
Suka - suka nak curi tulang ye ? "
" Dah Nabila , berhenti .
Aqif , sini siapkan keje . "
Tetiba mamanya bersuara .
Maka sengih - sengih jer la si abang ni ke dapur .
Sampai kilat singki dicucinya sekali .

Erkkk ...
Panjang rupanya QV merapu yer .
Ini mesti dah terikut MD ni ...
Dulu tak macam ni pun ...
... heh heh heh .
Sendiri yang nak menceceh , MD pulak yang kena ye .
Maaf zahir batin MD . 
Saja - saja gurau di bulan puasa .

Ok , jumpa lagi esok ... Selamat Bersahur .




Sambut Ramadhan


Assalamualaikum ...

Esok kita akan mula berpuasa . 
Sudah tentu semalam banyak pejabat 
buat makan - makan untuk sambut ramadhan .
Meriahlah meja tu dengan makanan .
Ada yang order ada gak yang buat potluck


Sambut Ramadhan

Gambar kat atas ni tapau lebihan jamuan .
Seronoklah rakyat lima orang tu bila nampak makanan .

Masa zaman sekolah pun QV dan kawan - kawan 
ada buat makan - makan juga .
Kononnya makan sampai puas sebab esok dah kena berpuasa .
Itu masa zaman jahiliyah .

Bagi orang negeri sembilan , 
mereka akan makan besar yang dipanggil ' mantai ' .
Juadah pun sama macam nak sambut raya .
Meriahnya pun sama macam nak raya juga .

Bila umur dah meningkat ni ,bagi QV , 
pengisian dan penghayatan Ramadhan itu lebih penting .
Ramadhan ini bukan setakat berpuasa dari makan dan minum ,
tapi juga merebut peluang melakukan pelbagai ibadah
yang hanya ada di bulan ramadahan .

Lebih dari itu , 
Allah nak kita merasa 
bagaimana susahnya fakir miskin itu 
terpaksa berpuasa 
kerana tiada kemampuan 
untuk membeli atau mendapatkan makanan .

Lihatlah saja saudara seagama kita di negara yang bergolak .
Mereka makan apa yang ada di depan mata .

Memang itu sudah takdir mereka dilahirkan dibumi sana .
Tetapi sekiranya Allah hendak ianya berlaku pada negara kita ,
sekelip mata akan berubah .
Bersyukurlah kita di bumi Malaysia ini ,
Walaupun harga barang melambung ,
kita masih berada di tahap mampu beli dan mewah dengan makanan .

Atas asbab itu , jangan lupa untuk bersedekah .
Bukan sahaja dalam bentuk wang ,
malah makanan juga tenaga .


Pada kesempatan ini QV memohon maaf 
kepada teman - teman bloggers ,
sekiranya tulisan dan komen QV 
di blog korang ada mengguris rasa .
Kerana QV manusia biasa , maka QV membuat kesilapan juga .

Semoga Ramadhan kali ini 
menjadikan kita manusia yang lebih Istiqamah .
Lebih kepada mengejar ganjaran Ramadhan 
dari sekadar mahu menikmati juadah yang enak - enak .

Salam Ramadhan untuk semua .
Semoga Ramadhan al - mubarak ini 
menjadi lebih bermakna buat kita 
serta dapat menjadikan kita seorang hamba yang lebih taat kepada pencipta - Nya .
... aaamiiin , insha Allah .





Bukan Rezeki


Assalamualaikum ...

Semalam , 2 orang anak buah ada event
Hanani buat persembahan koir sempena hari koperasi disekolahnya manakala Nabila mewakili sekolahnya dalam pertandingan reka cipta

Bebudak ni , kalau ada perkara yang berlaku kat sekolah ,
 memang lah story kat mak usunya . 
Mak usunya ni kan dah jadi kawan tempat mengadu . 
Mula - mula tu Najwa terjah bilik tanya mak usunya tanya Tiramisu tu macam mana . 
Jangan pelik yer . 
Sebab mak usunya tak pernah buat , 
tu yang mereka tak tahu .
... heh heh .
Alkisahnya , 
boy classmatenya kata kat kantin / gerai sekolah ada jual . 
Tapi dia tak sempat nak terjah . 
Maklumlah , hari ini kat sekolahnya ada buka gerai .
Maka mak usunya pun berceritalah 
macma mana rupanya tiramisu nih . 
Mak aiii ... anak buah QV ni macam blurr jer nengoknya . 
Maka menggoogle lah mak usunya nak bagi dia tengok rupa tiramisu tu . 
Tak pasal - pasal dah dapat permintaan untuk buka puasa nanti . Asal my kakak beli bahan - bahannya , 
QV on jer lah .

Lepas tu si Hanani lak laju jer bercerita :
" Mak usu , tadi kat sekolah aku dapat cabutan bertuah
Hamper paling besar tau mak usu . 
Tapi cikgu batalkan sebab aku tak ada dalam dewan . "
" Ko , pi mana ? ko tak ada , mestilah cikgu batalkan . "
" Aku baru habis buat persembahan . 
Dewan tu besar lah mak usu . 
Ambik masa lah nak masuk . 
Masa cikgu panggil nama  
aku dah kat pintu tapi cikgu batalkan . "
" Ko tak cakap ke ko baru habis buat persembahan ? "
" Dah , aku dah cakap tapi cikgu tak nak bagi juga . "

My anak buah ni dah terkilan sebenarnya . 
" Ruginya mak usu , besar tu hampernya . " 
Itulah yang dia dok ulang - ulang . 
Maklumlah hamper tu besar dan sarat dengan makanan . 
Dia ni jenis yang ingat adik beradik . 
Dia rasa terkilan sangat sebab tak dapat kongsi hamper tu dengan adik - adiknya . 
Nak pujuk hati dia tu , 
maka selamba jer la mak usunya kata ; 
" Kalau benda tu belum rezeki kita , 
Allah memang tak bagi . 
Dah , tak payah nak buat muka lagu tu . "

" Mak usu , masa sekolah qistina buat cabutan bertuah , 
aku ambik nombor , baca bismillah , 
pastu aku tiup kat nombor tu . 
Dapat hamper mak usu . Tadi pun aku buat macam tu juga . 
Cara ni memang berkesanlah mak usu . "

" Tu namanya Allah izinkan . 
Lain kali kalau nak join cabutan bertuah , 
buat jer macam tu ... insha Allah . "



Bukan Rezeki


Si Nabila lak , 
cuma dapat saguhati jer dalam pertandingan reka cipta
Tak apa lah . 
Tahun depan boleh cuba lagi . 
Yang penting dapat sijil .

Setiap hari , bilik mak usu ni memang jadi port mereka . 
Kalau tak sibuk cerita pasal hal yang berlaku kat sekolah , 
mereka main game kat phone mak usu , 
tengok movie kat tablet mak usu . 
Selalunya kakak Najwa lebih suka join mak usunya buat blogwalking . 

Agak - agak bila mak usunya dah dok umah mereka ni , mereka rindu ke idak kat mak usunya ni yer ... Mudah - mudahan kemesraan ini terus berkekalan hingga akhir usia QV hendaknya .




Biskut Raya Oat Bar


Assalamualaikum ...

Selepas bloggers dah senyap dari bercerita tentang benda ni ,
barulah QV ada peluang makan .
Maka sambil makan sambil fikir apa bahan campurannya .
Bila tengok , cuma oat sokmo lah kan .
Bila makan , owh ... macam tau jer !
Bolehlah buat biskut raya Oat Bar


Biskut Raya Oat Bar

Bila tengok senarai bahan kat pembungkus tu ,
tak yah faham sebab memang tak faham pun !
... heh heh .
QV teringat Petak Bunga ada buat entry eksperimen bar oats ni .
QV rasa pun cara pembuatannya lebih kurang begitu .

Selain oats dan coklat putih juga marjerin ,
boleh gak masukkan susu pekat manis .
Dah tentulah ada bahan tambahan .
Kan QV ni suka menentang arus .
Ikut kepala sendiri jer ...

Qv mungkin akan masukkan kekacang dan kismis .
Acuannya guna acuan plastik coklat 
macam yang Petak Bunga dah buat .
Lagi nampak kemas dan berbentuk .
Yang penting , tak de bahan pengawet u !

Kalau jadi nanti ,
QV akan buat entri .
Jangan nanti ada yang terliur di bulan puasa ya ...
... heh heh .
Bolehlah korang guna idea ni dan jual di bulan puasa nanti .






Dari Keledek


Assalamualaikum ...

Al kisah di satu petang ,
Usai jer baca komen MD yang bercerita tentang keledek 
tak dapat free kat sini , 
man in d' house bawa balik keledek dari pasar . 
Wow , memang rezeki kan !
Dari keledek , macam - macam resepi boleh dicipta .


Dari Keledek

Keledek ni saiz memang besar .
Ada lebih kurang 10 biji .
Dah macam borong jer gayanya .


Dari Keledek

Mula - mula tu , rebus jer .
Tapi bebudak tak berapa nak makan .
Jadinya , lebihan keledek rebus tu 
campur dengan tepung gandum , tepung ubi 
sedikit gula dan garam 
 untuk buat kuih keria .


Dari Keledek

Esoknya my kakak  pi gorenglah pula .
Yang ini , semua orang suka .
Lagi suka bila dapat cecah sambal kicap .


Dari Keledek

Ada balance lagi , cebur je dalam bubur bali .
Tuang sikit santan , dah sedap dah .

Masa kecik dulu , 
my bonda suka masak lemak keledek ni dengan pucuk manis .
QV lak , kalau jumpa keledek atau labu masak lemak ,
QV memang makan gitu jer .
Dah macam pengat jer kan .
Cuma kurang manis .

Sapa yang tak tau pengat tu apa ,
pengat tu samalah dengan bubur manis .
Ada gak orang panggil kolak .
Korang panggil apa yer .
Tak perlah . Yang penting masuk mulut juga .
... heh heh .




Kimchi Gaya Melayu


Assalamualaikum ...

Untuk kali kedua sebenarnya QV mencuba membuat Kimchi .
Malangnya , sama dengan yang sudah , 
QV ikut suka - suka sendiri .
Tangan dan otak masih gatal seperti biasa ,
ubah itu dan ini .
Maka terhasillah kimchi melayu gaya QV .


alt image tag

Step pertama dah tentulah perlu uruskan sayur kobis jepun .
Ambil kelopak demi kelopak , 
cuci di bawah air mengalir .

Ambil garam , 
sapukan rata pada ke dua - dua belah kelopak kobis jepun .
Perap lebih kurang 15 minit atau lebih .


alt image tag

Rebus cili kering hingga lembut .
(sila agak sendiri kelembutan itu ya )
Basuh cili rebusan ini di bawah air yang mengalir .
Tujuannya untuk membuang segala kekotoran .
( korang akan nampak warna cili yang kotor itu ) .

Ambil pengisar , masukkan :
cili kering yang sudah direbus , bawang merah ,
bawang putih , halia , serai ( citarasa melayu ) dan
 tomato ( yang sudah dipanggang di atas dapur gas dan dibuang kulit ) .
Sedikit cili padi kalau nak pedas kaw - kaw punya .


alt image tag

Selepas 15 minit , ambil kobis jepun ,
mayang seberapa besar yang korang suka .
Ambil bawang besar dan mayang juga .


alt image tag

Masukkan kobis jepun , 
bawang besar yang sudah di mayang ke dalam bekas .
Kalau nak tambah taugeh dan daun bawang pun boleh .
Masukkan cili kisar , lada hitam ( tumbuk kasar ) , 
bahan perasa dan garam .
Kalau suka , perahkan sedikit limau .
Gaulkan mereka hingga mesra .

Kalau korang nak makan macam kerabu
terus jer ambil nasi panas dan makan .
Tapi kalau nak simpan dalam peti macam original kimchi ,
maka bersedialah korang makan sayur jeruk yang dah tentu masam .


alt image tag

QV lebih suka makan fresh .
Dapatlah rasa kemanisan semula jadi pada sayur tu .
Juga kerangupannya bila di kunyah .
My anak buah suka makan .
Jangan ingat boleh ratah seorang diri .
Dihadap mereka saja sudah jadi licin .
... alhamdulillah , ada juga yang tolong habiskan makan .





Nasi Lemak 1 Malaysia


Assalamualaikum ...

Di petang hari ,
bila si abahnya balik bersama 6 bungkus nasi lemak .
Maka bersemangat my anak buah nak memakannya ,
tapi alangkah terkejutnya ...
... Nasi Lemak 1 Malaysia 


alt image tag

... nasi lemak RM 1 ini sungguh jimat saiznya .
Kalau korang ada pinggan camni , 
korang akan tahu saiz mana besar nasi lemak ini .

" Keciknya mak Usu .
Kat sekolah kita besar sikit . 
Masukkan kat blog la mak Usu . "
Maka QV layan jer permintyaan mereka itu .


alt image tag

Lihatlah kandungannya .
Standard 4 biji kacang di setiap bungkusan 
bersama telur yang mungkin dibelah 8 dan sambal sekadar untuk menambah rasa .


alt image tag

Kalau korang lihat betul betul saiz telur itu ,
korang akan tahu besar mana saiz nasi lemak itu .
Anggaran QV saiznya lebih kecil dari tapak tangan orang dewasa .

Jika dimakan oleh seorang lelaki ,
antara 2 suapan sahaja sudah habis .
Kalau perempuan tu , biasalah maintain ayu ,
haruslah 4 kali suapan menggunakan 3 jari .
... heh heh .

Maka QV tanya la kat anak buah :
 "Berapa abah beli ? "
" 6 bungkus . "
Maknanya RM 6 lah .

RM 6 tu kalau pi beli kacang dan santan ,
QV dah boleh masak nasi lemak .
Bahan lain dah ada di dapur .
Malah satu rumah boleh makan dengan kenyangnya !

Sungguh tertekan warga kota yang berniaga makanan .
Tak kan berniaga setakat balik modal !
Sudah tentu nak juga keuntungan .
Maka terpaksalah menekan pembeli .
Kerana dah jadi feveret ,
maka pembeli pula tetap membeli 
walaupun nasi lemak itu tidak lagi 'meriah' isinya .

Maka terhasillah nada sendu mengiringi keinginan ...
... hu hu hu .






Ada Dua Botol Lagi Lah


Assalamualaikum ...

Kisah di petang hari ketika school holiday .
Anak buah ditugaskan memasak hidangan untuk makan malam .
Maka riuh rendahlah 4 beradik tu kecoh didapur .
My kakak dah sarat 8 bulan , 
maka tak laratlah nak gerak banyak .

Selepas solat Maghrib , 
masing - masing sibuk dengan tugas 
menghidangkan makanan di atas meja .
My bonda pun dah meminta makanannya .
QV ke dapur menjenguk mereka .
Maka terdengarlah bebelan my kakak ;


alt iamge tag


" Apasal kicapnya cair sangat ni kak ? "
" Budak - budak ni tak perasan lah tu kicap ada lagi dalam peti . "
QV mencelah .
" Dia tau . Siap marah aku lagi tau . "
" Dia cakap macma mana ? "
" Dia kata ; 'mama , ada lagi 2 botol lah mama , dalam peti sejuk '. "
Maka terbarailah ketawaku ... " ingat jer dengan kicap dia ye . "

alt image tag


' Dia ' ni merujuk kepada si keciklah .
Kan kicap tu buah hatinya . 
Yang lain lupa , tapi dia tetap ingat !
Sebab tak nak dia tunjuk perasaan tak mau makan lah 
maka mama dan abahnya sentiasa beli kicap .
Tu yang terlebih stok tu ... 

Kenapa budak kecil selalunya 
lebih selera makan dengan kicap 
berbanding perasa lain ?
QV masa kecik makan gak kicap ni tapi tak addict la .

Cuma eloknya budak yang suka makan kicap ni senang nak layan .
Kalau makan kat rumah orang , minta kicap jer .
Tapi kat kedai makan kadang ado kadang tak hado .

Kalau mak - mak tu malas tahap gaban nak memasak ,
suruh jer anak pi goreng telur mata lembu makan dengan kicap .
Ni ler yang my kakak selalu buat ... heh heh .
Korang ada buat tak ?

My kawan , dari kecik sampai umur 15 tahun makan nasi berlaukkan kicap dan ikan bilis jer .
Tak reti nak makan lain katanya .
Kicap yang dia makan lak cuma jenama Tamin .
Macam boleh baca jer karaktornya ...
... heh heh heh .






Tumpang Gembira


Assalamualaikum ...

Cerita dah basi sebenarnya .
Kisah berlaku minggu lepas .
Tak ingat pula hari apa .

Di pagi hari ,
 sedang QV menekan kunci - kunci keyboard , 
masuk lak message .
Message dari seorang teman ;
" Exam tu dah lulus . "
Alhamdulillah ... 
tercapailah hajatnya untuk dapat lesen besarrr itu .

Sebelah petang lak , sedang QV merehatkan badan :
QV : " Dari mana ? "
My kakak : " Sekolah . "
QV : " Apa hal ? "
My kakak : " Dapat panggilan suruh gi . Urgent katanya . 
Suspen jer . Rupanya dapat anugerah cemerlang . "
QV : " Erkkk ... dapat lagi ! Alhamdulillah . "

My kakak dapat lagi anugerah cemerlang 
untuk kali ke 3 di sekolah yang ke 3.
Dengan lain perkataan , setiap sekolah yg diajar , 
dia dapat anugerah cemerlang .
Bezanya kali ini , jabatan yang pilih dia .
Maka tiba - tiba QV terfikir .
... pagi tadi , kawan . Petang ni my kakak pula .
Bila lah nak datang berita gembira untuk QV agaknya .
... huhuhuuu . 
Kalau dapat tempias tuah mereka ni ok juga kan ...


alt image tag

Maka sebab itulah my kakak merelakan dirinya 
di pau oleh anak-anakanda tercinta .
Kat atas tu jam tangan baru si abang .
Amboiii ... meriah sakan korang serang giant .
Rela dalam terpaksa sebenarnya .
Minggu depan kena renew roadtax , 
disaat gaji semakin menipis .

Minggu lepas dah bayar saman melebihi had laju .
My anak buah kata , " mama merempit ! "
Kalau dah anak - anak bersiap pun lambat ,
nak meredah jem lagi ...
" ... yang penting punch card tak merah beb . "
My anak buah sampai ada yang muntah .
Itu dulu , sekarang anak buah dah steady jer .
Korner lipat tanpa brek , itu biasa bagi dia .
My anak buah layan jer bila korner .

Panjang lak QV menceceh kat sini .
Ok, stop dulu ... arios !