Telemovie Tak Nak Balik Raya


Assalamualaikum ...

Telemovie Tak Nak Balik Raya | Oleh sebab masih dalam mood raya , jadinya den nak kongsikanlah dengan korang yang tak ada astro . Telemovie Tak Nak Balik Raya ni agak santai dan cool je ceritanya dan ada unsur humor .


Telemovie Nak Balik Raya



Semprit


Assalamualaikum ...

Ini memang agak kelakar bagi den . Den ado cerita sebelum ni yang my anak buah nak sangat buah biskut semprit . Jadinya , melenjan lah kami cari bahan biskut semprit dan cetaknya sekali .

Seumur hidup den dan my kakak , kami tak pernah buat biskut semprit . Tengok my bonda buat pun tak pernah sebab selama den hidup ni , tak pernah nampak my bonda buat . Jadinya , kami gunalah cara biasa untuk mencetak kuih semprit macam yang kami nampak kat tv tu . Doh masuk plastik pastu picit lah .


Baru Ku Tahu


Hikmah


Assalamualaikum ...

Bila den tak balik ke kampung untuk sambut raya , maka berlakulah insiden bidan terjun . Ya , den jadi bidan pada hari raya ke dua . Jadinya , pada setiap keputusan yang kita buat sebenarnya ada HIKMAH yang tersembunyi . Itulah urusan Allah .

Pada hari raya ke-2 , sedang den khusyuk menonton tv di petang hari , tetiba nampak my twiggy masuk melalui tingkap yang terbuka luas dengan membawa sesuatu dimulutnya  Den ingatkan anak tikus . Tetapi bila nampak benda tergantung dan bergayut , cepat - cepat den tangkap dia dan paksa buka mulut sebab yang dia bawa adalah babynya yang baru lahir bersama urinya .


Hikmah


Maka misi mencari kotak pun bermula . Bila dah jumpa kotak , terus je dia masuk . Babynya yang masih ada uri tu , den uruskanlah . Selepas itu lahirlah anak kedua . Oleh kerana ini dah kali ke empat dia bersalin , jadi den tinggalkan dia uruskan sendiri sebab den nak layan citer kat tv ... heh heh heh . Beberapa minit lepas tu den jenguklah lagi , adehhhh ... dia dah buat hal lagiiii . Kali ini dia bersalin atas lantai pastu tinggalkan anaknya . Selamba je dia pi urus anak yang dalam kotak . Maka tuannya ni juga lah yang uruskan . potong tali urinya dan masukkan ke dalam kotak .

Si Twiggy ni , setiap kali bersalin memang buat hal . Kali pertama bersalin dulu , dia main lari - lari . Jenuh tuannya nak tangkap sebab baby dah separuh keluar . Beberapa minggu lepas tu , dia dok sibuk pindahkan anak ke sana dan ke sini , sudahnya semua anaknya mati .

Kali kedua bersalin lak , anak - anaknya juga mati . Kali ketiga , lagi sadis . Sadis sebab tetiba dia balik rumah dengan perut yang kempes . Kami tak tahu tang mana dia bersalin . Tak tahu celah mana nak cari , kami redha kan saja lah . Harapnya kali ke empat ini , semuanya membesar dengan sihat dan dipanjangkan usianya . Nasib baik den tak balik kampung !

Hikmah


Selain dari si Twiggy , ada lagi 7 ekor kucing den kena temankan . Bukan setakat kucing , den juga kena jaga ikan my anak buah . Ikan ni kalau nampak den bukan main menggedik dia mintak makan . Bukan main suka lagi my anak buah bila den tak balik kampung sebab mereka tak perlu bawa ikannya ke hulu dan ke hilir , ikut sama beraya .


Hikmah

Kuih Bangkit Kelapa Susu . Sape nak resepinya , klik SINI .


Hari raya ke empat ( Isnin ) , tetiba den teringin lak nak membuat kuih bangkit . Sebenarnya den saja je nak habiskan kelapa kering yang masih berbaki . Kalu tak digunakan cepat , nanti berbau tengik ( ayat jawa sebab den tak tau orang melayu sebut apa ) .


Hikmah


Sedang den khusyuk menerap doh biskut , tetiba terdengar bunyi loceng . Sedang den mncari dari arah mana bunyi tu datang , tetiba rasa kucing menggeselkan badannya kat kaki den . Bila tengok , den dah agak doh . Kucing my jiran yang sudah mula jinak dengan den sedang memanjakan dirinya . Bergerak - gerak hidungnya bila bau kuih bangkit den yang sudah masak . Den cuba bagi nasi campur ikan . Laju je dia makan . Kucing ulu gebus ni sebenarnya cuma makan firskis je . Maksudnya , dia memang tengah lapar . Maklumlah tang raya . Dah tentu tuannya pi raya sakan kan .

Dapat juga den buat sesuatu yang berfaedah untuk makhluk lain bila tak balik kampung ni ^_^ .





Kepulangan Di Nanti


Assalamualaikum ...

Kepulangan my kakak berhari raya di kampung membawa banyak cerita duka . Perkhabaran tentang pemergian juga mereka yang sakit . Besan my bonda meninggal dunia akibat kanser payudara . Suami my sepupu juga meninggal disebabkan kanser . 3 kanser sekaligus . My abang ipar buat operation lagi . My kakak ipar pula patah jari kaki . Sesungguhnya , ada berita yang menjadi kejutan sebenarnya . 

Disebalik kesantaian den beraya keseorangan di sini , rupanya KEPULANGAN DI NANTI di kampung . Tak pulak mereka telefon , sms atau sebagainya yang seumpama dengannya kerana menghormati keputusan den .

My kakak di JB sudah pulang ke kampung lebih awal dan membuat segala persiapan . Oleh kerana den yang masih bujang , maka den lah satu - satunya yang ditunggu . Kenapa yang lain tidak ? Sebab yang lain ada mertua / rumah sendiri . Korang faham - faham je lah .


Kepulangan Di Nanti
Buah tangan dari kampung . 3 biji . Kemayoran den mangan !


Bulan puasa lepas , my kakak ini pengsan dan dok hospital . Nak sebulan juga . Dia ni , kalau masuk hospital memang tak beritahu kami . Dia tak nak kami susah hati . Sebenarnya dia ada sakit kronik . Sakit yang digeruni ramai orang di dunia . Masa dia umr 20an dah buat pembedahan . Sekarang sakit tu aktif semula .

My kakak ni seorang balu . Ada dua orang anak . Seorang pelajar universiti dan seorang lagi nak ambil SPM . Alhamdulillah , kedua-duanya bijak - bijak belaka . Anak - anak dia dah biasa dengan sakit uminya . Dari mereka kecil sampai la ni , mereka dah redha .

Sebenarnya my kakak ni tak boleh berpuasa sebab perlu makan 10 biji pil dua kali sehari . Tahun ini dia cuba berpuasa juga tapi cuma dapat dua hari je . Lepas tu , terus dok wad . Sampai la raya , dia masih bercuti . My kakak ni memang keje hospital . Jadinya tak ada masalah dengan rawatan .

Apa yang den boleh buat sebagai adiknya , mendoakannya dari kejauhan , semoga my kakak semakin sembuh dan dipanjangkan usianya . Insha Allah , diberi kesempatan , kita akan bertemu nanti . Sesungguhnya , umi adalah insan terpilih untuk melalui ujiannya . Meskipun berat untuk menanggung , tetapi jika umi ikhlas dan redha menerimanya , insha Allah , syurga untuk umi di sana ...








Tonton Telemovie Hantu Bluerey


Assalamualaikum ...

Tonton Telemovie Hantu Bluerey | Dek kerana banyak sangat telemovie raya kat ASTRO tu , jadinya ada saja telemovie yang den tak dapat nak tengok sebab masa tayangan yang sama . Tetiba lak ada nampak kat satu website ni ada lak telemovie Hantu Bluerey .


Tonton Telemovie Hantu Bluerey


Lontong Sambal Udang


Assalamualaikum ...

Sebelum my kakak pulang ke kampung halaman , macam biasa , memasak juadah raya bagai untuk punjungan orang di kampung . Hidangan wajib adalah nasi himpit , rendang , lodeh , sambal goreng dan sambal udang . Den lupo nak ambik semua gambor tu dah sebab sibuk memanjang je kan .


Lontong Sambal Udang


Masa my kakak dah nak berangkat pulang pada malam raya , den suruh je dia angkut semua sekali . Tinggalkan je sikit sambal udang sebab yang lain tu den dah jemu . Tapi dia tinggalkan juga sedikit rendang ayam , daging masak hitam , lodeh , sambal udang dan nasi himpit . Maka di pagi syawal lepas , den makan lontong lah .


Lontong Sambal Udang


Masa bulan puasa , setiap hari man in the house bawa balik daging kambing , daging dan ikan yang dimasak kurma , kari , rendang , sup , sambal , asam pedas . Jadinya den dah jemu dan selera nak menghadapnya . Kerana mereka jugalah den jadi cere bere . Makanya , masa bulan puasa , den lebih suka makan sup sayur je untuk sahur .

Sekarang ni den cuma berselera dengan tom yam je . Tom yam sayur , tom yam campur , soo hoon tom yam . Belasah je semuanya tom yam ko . 

Biskut raya lak , walaupun masa puasa bersemangat membuatnya , la ni tak de selera jga nak makan . Jadinya den membantau maruku campur kacang je . 

Tapi den rasa , walaupun tak berapa selera , berat badan den mungkin naik sebab asyik mengunyah jo . Asal tengok tv je , mengunyah . Kalau dah dari padi sampai malam mata melekat kat skrin tv tu , berpa banyak dah den makan kan ... heh heh heh .

Ni cuma beraya dalam rumah . Kalau beraya rumah orang ... korang dah tahu jawapannya kan !





Cik Bunga Dan Encik Sombong Beraya Bertiga


Assalamualaikum ...


Cik Bunga Dan Encik Sombong Beraya Bertiga | Den sebenarnya tak tengok pun drama bersiri Cik Bunga Dan Encik Sombong Beraya Bertiga ni tapi disebabkan den pulun semua drama bertemakan raya , jadinya , den layanlah saja drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Beraya Bertiga ni .


Cik Bunga Dan Encik Sombong Beraya Bertiga

Aidil Fitri Di Perantauan


Assalamualaikum ...

Salam aidil fiti kepda semua sahabat maya . Masa ni pasti korang semua sedang meraikan kemeriahan raya bersama family tercinta .

Dah dua hari blog bercuti . Bukan tak buka tapi sebab kemalasan yang teramat dicampur dengan mata yang sentiasa terpaku kat kaca tv dengan macam - macam program menarik , maka lappy terpaksa ditutup semula . Pagi ini , awal - awal dah paksakan diri buka lappy sebab tak ada program menarik kat tv . Entry ini sepaptutnya den dah publish pada hari khamis , sehari sebelum raya .


Aidil Fitri Di Perantauan


Tahun ini , den beraya di perantauan keseorangan . Keputusan yang den terpaksa buat demi kesejahteraan diri sendiri ... heh heh heh . Alhmdulillah , my adik beradik memahami . Den bukan hati kering tapi secara jujrnya hati den lebih free bila bersendirian di sini .

Kat sini walaupun bandar , mercun tetap meriah . seawal 8 malam mesti ada pertunjukan bunga api depan rumah . Jiran melayu sebaris memang tak balik kampung setiap tahun . Jiran sebelah lak , kampung kat klang je . Jadi kemeriahan kunjung mengunjung tu ada . Den ni walaupun tak keluar rumah , tumpang sekali suasana meriah tu sambil sedut bau satay ... Kat tempat den banyak warga pencen . Jadinya anak - anak mereka beraya di sini . Tu yang meriah tengok bebudak main mercun . Dah macam tengok bunga api kat putrajaya lak . Heheheee


Aidil Fitri Di Perantauan


Kad raya kat atas ni dari SS . Sebenarnya nak tunggu kad raya lainnya tapi dah posmen sibuk nak raya juga maka keluarkanlah dulu mana yang dah sampai . Maaf zahir batin ya SS sebab lambat post entry ni . Ko mesti tengah beraya dengan ehem , ehem ... heh heh heh .


Aidil Fitri Di Perantauan


Yang ini lak dari JM . Sebenarnya kad raya dari SS dan JM datang serentak . Mereka ni memang kembar tak seiras gamaknya . Semua main nak pakat sama sokmo . Den dengan JM dok sebelah jo . Kalau satu hari kad tak sampai memanglah posmen tu busy sokmo . JM beri den sampul duit raya sekali sebab den jadi antara pengomen tegar blognya .

Kalau korang tanya apa perasaan den sambut aidil fitri di perantaun , jawapan den mudah je ... den rasa lebih relaks . Den dapat elak banyak benda , hati den tak sakit dan den dapat bercuti sepenuhnya . Adik beradik , bila - bila masa je bolah jumpa . Rasanya tahun depan pun macam nak buat benda yang sama ... boleh gitu ? 


Islam kata : " Kalau sesuatu itu lebih baik kita elakkan , maka elakkanlah . " Itulah yang den lakukan sekarang ini .



Selamat Hari Raya ...




Kecoh Biskut Raya


Assalamualaikum ...

Kecoh Biskut Raya | Ketika on the way nak shopping di Bangi Gateaway , my anak buah request nak buat biskut raya . Jadinya , my kakak suruh dia cari kat kat phone , biskut apa dia nak buat . 

Petang pada hari yang sama , cari bahan biskut di Giant , bahan buat kek dan biskut dah banyak habis . Jadi my kakak kata , cari esok sajalah .

Pagi esoknya ( ahad ) , kami pergi ke kedai BAGUS . Kedai ni jual khusus bahan dan peralatan untuk buat kek , biskut , roti dan pastry . Sebelum pergi tu , my kakak dah suruh hanani listkan bahan apa yang nak dibeli . 

Kesian tengok hanani terkial - kial menulis bahan apa yang nak dibeli , mak usunya pun tolonglah mudahkan .

Sampai kat kedai BAGUS , orang memanglah ramai . Tapi puas hati sebab segala barang yang dihajatkan ada di situ . 

Si hanani ni taksub dengan warna purple . Jadinya dia nak buat biskut warna purple . Maka puaslah dia mencari warna purple tak jumpa . Jadi dia tanya my kakak . Mudah je my kakak jawab :

" Merah campur biru jadilah purple . "

Hahahaaa ... kena gelak ramai - ramai . Sedang den khusyuk menilik soda bicarbonat , si hanani tetiba je terjah den . 

" mak usu , nestum kasar tak ada . "

Den pun tanyalah pekerja yang ada kat depan den . Pekerja tu pun tunjuk lah arah belakang den . Mak aiii ...

" hanani , ko cuba baca benda tu  . "

" ye la , nestum . "

Besar dabak pun dia tak nampak . adeh ! Balik umah letak semua benda kat satu tempat . Senang nak cari . 

Kecoh Biskut Raya

Kecoh Biskut Raya


Tiba masa nak buat biskut , carilah bahan yang diperlukan . Dan KECOH BISKUT RAYA pun bermula .

Kecoh Biskut Raya
resepi di SINI

Biskut Bubble Rice Madu


Dah siap semua bahan untuk buat biskut bubble rice madu , den pun tenggekkan kuali nak buat karamel . Cari mentega dalam peti sejuk tak ada .

Mentega


" hanani , mana mentega ? "

" nape tadi mak usu tak ambik kat BAGUS ? "

" bukan ke mama dah beli kat Giant semalam ? "

" semalam mama beli marjerin je kat Giant la mak usu . "

" tak sedap lah biskut bubble rice madu mak usu ni . "

Walaupun tanpa mentega , biskut bubble rice madu den siap juga . Beli bubble rice sepeket tu nampak macam sikit . Bila dah siap , mak ai , banyak sunggu tu ...

Kecoh Biskut Raya
resepi di SINI

Biskut Kelapa Susu


Giliran biskut kelapa susu pula . Untuk bislut kelapa susu , kami decide nak letak coklat rice colorful . Cari punya cari tak jumpa . 


Kecoh Biskut Raya

Coklat rice colorful


" macam mana lak boleh tak ada . kan semalam beli 2 botol . "

Maka satu rumah mencarinya . Geledah semua tempat . Dari peti sejuk , kabinet dapur sampailah kat bawah meja di mana tempat asal barang itu diletakkan selepas punggah dari kereta .

" mak usu sms mamalah suruh beli . "

" mak usu , kena guna coklat putih untuk topping tapi coklat putih tak beli . "

" kat list nape tak tulis ? "

"  suruh mama beli coklat putih sekali lah mak usu . "

nasib baiklah mama mereka ni ada di luar masa tu . sms je kalau nak apa - apa lagi kan . My kakak tak beli yang botol dah . dia beli yang peket besar punya . Dah macam perli pun ada ... hahahaaa

Gram


Sebelum memulakan projek buat biskut , den minta tengok resepi . Bila buka je resepi , ayat yang keluar dari mulut den :

" hanani , kat rumah ni ada timbang ke ? 
Guna sukatan gram tu . nape tak cari resepi yang guna cawan ? "

Sengih je my anak buah . Jadinya sukatan gram tu den tukar dengan sukatan sudu ikut suka hati den . Yang penting boleh agak marjerin , gula ising dan tepung gandum banyak mana untuk dapatkan adunan yang sempurna .

Gula Ising


" mak usu , mula - mula masukkan marjerin dengan gula ising . "

" errr , mak usu gula ising tak ada . "

" rasanya mak usu nampak mama dah masukkan dalam bakul tadi . "

" tak ada lah mak usu . gula icing dah habis . kan aku dah tunjuk kat mak usu semalam . "

dusss ... sedas rasanya den terkena tetiba ... heh heh heh .

" ambil gula kastor blend guna blender kering . "

Alhamdulillah , biskut kelapa susu selesai dibuat dengan jayanya .

Malam tu , sedang den melayan lappy , pintu bilik di ketuk . Den pun keluar ke ruamg tamu dan bertanya :

" sapa ketuk pintu tadi . nak apa ? "

" coklat rise kalerful ada kat bilik mama . "

adeh , sabar je la ... den rasa si baby ainul ambil dan bawa naik bilik mamanya . Maknanya ada lagi sebotol yang tah celah mana baby tu pergi campak agaknya ... huhuhuuu


Kecoh Biskut Raya
resepi di SINI

Biskut coklat cip


Malam esoknya , bebudak ajak buat biskut coklat cip pula . Sediakanlah semua bahan macam yang resepi biskut coklat cip nak . 

Nestum


Tetiba hanani tanya :

" mak usu , nestum mana ? "

" kan ada kat situ . mak usu kumpul semua kat situ . "

" tak ada lah mak usu . "

" ko pandai baca ke tidak ? "

sambil den membebel sambil den membelek .

" ni bukan nestum ke ? "

" mak usu , itu potato flakes lah mak usu . "

maka den pun membesarkan mata membaca tag yang ada di situ . Erkk memang potato flakes le . 

" mak usu ambik kat tempat nestum ni . "

dah sah salah ambik , den masih lagi nak cover kononnya tak salah ambik . ha, nampak tak ? ... hahahaaa ... 

" tak pe lah mak usu , guna je lah . "

Alhamdulillah , selesai juga buat dalam pukul hampir 11.30 malam . Yang tak sabar nak makan tu , ada je biskut coklat cip yang patah , terus je cepat - cepat masuk mulut ... bhahahaa ...

Biskut Semprit Susu


Dari awal lagi si hanani ni nak sangat buat biskut semprit susu . Den dengan my kakak memang tak pernah buat . My kakak pun belilah cetak sbiskut semprit kat kedai Bagus .

Masa letak pewarna , den dah cakap kat hanani , campurkan warna merah dan biru kat satu bekas sampai dapat kaler purple yang cantik . Tapi sebab dia malas , sudahnya adunan biskut jadi warna biru dan coklat . Lantak lah nak oiii ...

Kecoh Biskut Raya

Cetak Semprit


Cabaran bermula bila nak mencetak semprit . Ambil cetak yang dibeli , masukkan dalam plastik dan bocorkan sikit dibahagian hujung . Masukkan sikit adunan ke dalam plastik dan picit ... plastik lak pecah !

" panggil mama , tanya kat dia macam mana . "

My kakak yang sedang gigih menyiapkan jahitan baju raya , turun juga demi semprit . Den terus je masuk bilik layan lappy . Keluar bilik je , tengok my kakak guna cetak bunga . 

Bila tengok my kakak memicit adunan tu macam susah je sampai kena guna sepenuh tenaga meneran , den pun cadangkan guna cetak yang panjang . Bila cuba cetak panjang , ok je tapi my kakak dah tak larat . Sudahnya si Najwa lak sambung tapi dia macam tak syok nak teruskan .

Si Hanani yang panjang akal ni , dia ambil tepung gandum campurkan kat adunan sampailah adunan boleh di terap . Pastu si Nabilah pula yang sambung menerap sampai habis menggunakan penerap bentuk love . Maka inilah hasilnya biskut semprit susu kami .

Kecoh Biskut Raya


Kali Pertama


Tahun ini sebenarnya adalah kali pertama my anak buah bersungguh - sungguh buat biskut raya . Mereka siap mention lagi biskut tu nak bagi cikgu itu dan ini . Tapi , den yang pandulah berapa banyak nak letak bahan . Bila adunan dah siap , mereka adik beradik lah yang menyudahkannya . Mak usu cuma jaga oven je untuk elak biskut hangus .


Kecoh Biskut Raya


Tengok je lah betapa excitednya si abang mengacau susu pekat manis bersama marjerin . Laju sungguh sampaikan sudipnya pun tak nampak . Den saja je ambil gambar ni sebab si abang sebenarnya tak perasan ada tepung kat pipinya . Sebenarnya , masa ni my anak buah berebut nak mengadun benda tu . Mak usunya jadi hakim . Ikut sistem giliran aka ganti - ganti barulh adil .






Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015


Assalamualaikum ...

Terima kasih kepada blogger Fadzi Razak kerana jemput den join giveaway yang dianjurkannya . Justeru itu , den menerima pelawaannya untuk join  Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015 sebagai menyokong usaha sesama blogger . Pada sesiapa yang nak join , klik saja banner di bawah .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bersempena dengan usia Blog Fadzi Razak ni dah mencecah usia setahun lebih dan sempena jugak Blog Fadzi Razak bertukar domain dari www.fadzirazak.blogspot.com kepada www.fadzirazak.com, aku nak buat satu giveaway mudah untuk korang semua.

Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015


Cara sertai:

1. Follow Blog Fadzi Razak dan blog-blog sponsors

2. Like Facebook Fanpage Blog Fadzi Razak dan Fanpage sponsors
 
3. Follow Instagram Blog Fadzi Razak dan Instagram sponsor

4. Buat satu entri bertajuk Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015
5. Letakkan banner giveaway di atas dalam entri korang dan backlink kan ke Blog Fadzi Razak -- kalau nak senang, copy paste je code HTML di bawah ni.


<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Bersempena dengan usia Blog Fadzi Razak ni dah mencecah usia setahun lebih dan sempena jugak Blog Fadzi Razak bertukar domain dari <b>www.fadzirazak.blogspot.com</b> kepada <b>www.fadzirazak.com</b>, aku nak buat satu giveaway mudah untuk korang semua.</span></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

<a href="http://2.bp.blogspot.com/-06y0i-BfLTs/VZPEYxmIdwI/AAAAAAAAICo/GeQo2ydzHOA/s1600/Giveaway%2BBlog%2BFadzi%2BRazak%2BLaunch.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img alt="Giveaway &quot;Blog Fadzi Razak Launch&quot; 2015" border="0" height="492" src="http://2.bp.blogspot.com/-06y0i-BfLTs/VZPEYxmIdwI/AAAAAAAAICo/GeQo2ydzHOA/s640/Giveaway%2BBlog%2BFadzi%2BRazak%2BLaunch.jpg" title="Giveaway &quot;Blog Fadzi Razak Launch&quot; 2015" width="640" /></a></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<b><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Cara sertai:</span></b></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">1. Follow Blog Fadzi Razak dan blog-blog sponsors</span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><a href="http://www.fadzirazak.com/" target="_blank"><b>Fadzi Razak</b></a> | <a href="http://mamadarwiish.blogspot.com/" target="_blank"><b>Mama Darwiish</b></a> | <a href="http://www.rafzantomomi.com/" target="_blank"><b>Rafzan Tomomi</b></a> | <a href="http://suriaamanda.blogspot.com/" target="_blank"><b>Amanda Suria</b></a> | <a href="http://www.azlindaalin.com/" target="_blank"><b>Azlinda Alin</b> </a>| <a href="http://mrsfara.blogspot.com/" target="_blank"><b>Fara Hanim</b></a> | <a href="http://syiralokman.blogspot.com/" target="_blank"><b>Syira Lokman</b></a>&nbsp; | <a href="http://khatyaiman.blogspot.com/" target="_blank"><b>Kathy Aiman</b></a> | <b><a href="http://www.inanihazwani.com/" target="_blank">Inani Hazwani</a> </b>| <b><a href="http://ayunirafilah.blogspot.com/" target="_blank">Ayuni Rafilah</a> </b></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><br /></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">2. Like Facebook Fanpage Blog Fadzi Razak dan Fanpage sponsors</span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><a href="https://www.facebook.com/BlogFadziRazak?ref=hl" target="_blank"><b>Fadzi Razak</b></a> | <a href="https://m.facebook.com/profile.php?id=440365509367227" target="_blank"><b>Mama Darwiish</b></a> | <a href="https://www.facebook.com/rafzantomomistory?fref=ts" target="_blank"><b>Rafzan Tomomi</b></a> | <a href="http://www.facebook.com/parizan.mohdzain" target="_blank"><b>Amanda Suria</b></a> | <a href="https://www.facebook.com/bicaramummy" target="_blank"><b>Azlinda Alin</b></a> | <a href="https://www.facebook.com/syiralokman5?fref=ts" target="_blank"><b>Syira Lokman</b></a>&nbsp; | <a href="https://m.facebook.com/profile.php?id=1641687249385111" target="_blank"><b>Kathy Aiman</b></a> | <b><a href="https://www.facebook.com/ayunirafilah" target="_blank">Ayuni Rafilah</a> </b></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">&nbsp; </span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">3. Follow Instagram Blog Fadzi Razak dan Instagram sponsor</span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><a href="https://instagram.com/fadzirazak/" target="_blank"><b>Fadzi Razak</b></a> | <b><a href="https://instagram.com/oh.aneeq" target="_blank">Aneeq Asyraf</a> </b>|<b> <a href="https://instagram.com/aiinbaharom/" target="_blank">Mama Darwiish</a></b> | <a href="https://instagram.com/rafzantomomi/" target="_blank"><b>Rafzan Tomomi</b></a> | <a href="https://instagram.com/Rizzdania78" target="_blank"><b>Amanda Suria</b></a> | <a href="https://instagram.com/azlinda.alin" target="_blank"><b>Alinda Azlin</b></a> | <a href="https://instagram.com/mrsfara92/" target="_blank"><b>Fara Hanim</b></a> | <a href="https://instagram.com/syira_lokman/" target="_blank"><b>Syira Lokman</b></a>&nbsp; | <a href="https://instagram.com/Khatyaiman1" target="_blank"><b>Kathy Aiman</b></a> | <b><a href="https://instagram.com/inanihazwani/" target="_blank">Inani Hazwani</a> </b>| <b><a href="http://instagram.com/ayunirafilah" target="_blank">Ayuni Rafilah</a> </b></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">4. Buat satu entri bertajuk <b>Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015</b></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">5. Letakkan banner giveaway di atas dalam entri korang dan backlink kan ke Blog Fadzi Razak -- kalau nak senang, copy paste je code HTML di bawah ni.</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">6. Bila dah siap, komen link entri korang dekat ruangan komen di bawah &nbsp; &nbsp; </span></span></div>

<br />

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<b><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Hadiah-hadiah:</span></b></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">1. 1 </span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".21.$mid=11435726105368=281d8cc0c12d2661783.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".21.$mid=11435726105368=281d8cc0c12d2661783.2:0.0.0.0.0.0">x Cathy Choo shower gel ml</span></span> (Mama Darwiish) </span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">2. </span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">2 x Top Up RM10 (Rafzan Tomomi)</span></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">3. </span></span></span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0"><span class="_5yl5" data-reactid=".3j.$mid=11435722547667=21e4277d245d0360555.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".3j.$mid=11435722547667=21e4277d245d0360555.2:0.0.0.0.0.0">Buku Nota Harian</span></span> (Amanda Suria)</span></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">4. </span></span></span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">Cash RM10 (Azlinda Alin)</span></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">5. Sehelai Jacket Denim (Fara Hanim)</span></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_5yl5" data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0"><span data-reactid=".2s.$mid=11435723369839=28f112c32fb7c185a17.2:0.0.0.0.0.0">6. 2 x </span></span><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">tapak iklan free selama sebulan (Syira Lokman)</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">7. Sehelai Shawl (Kathy Aiman)</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">8. Topup RM10 (Inani Hazwani)</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">9. Pakaian (Ayuni Rafilah)</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">10. Tapak iklan dan banner percuma selama sebulan (Fadzi Razak)&nbsp;</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">Total pemenang yang bertuah = <b>12 orang</b> </span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<b><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0">Syarat-syarat:</span></span></b></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">1. Giveaway ini akan berlangsung selama <b>3 minggu</b> bermula 1 Julai 2015 hingga 22 Julai 2015.</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">2.&nbsp; Giveaway ini terbuka kepada semua blogger yang tinggal <b>di dalam Malaysia</b> sahaja.</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">3. Para sponsor juga layak untuk menyertai giveaway ini.</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">4. Pemenang akan <b>dipilih secara random</b> menggunakan random.com.</span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">5. Nama pemenang akan <b>diumumkan </b>pada <b>23 Julai 2015</b>.&nbsp; &nbsp; </span></span></div>

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">6. Para pemenang perlu <b>respon </b>dalam masa <b>seminggu (24 Julai 2015 hingga 30 Julai 2015)</b></span></span><br />

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">7. Hadiah-hadiah akan mula <b>dihantar/diberi</b> pada <b>31 Julai 2015</b></span></span><br />

<br />

<br />

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Nak menang hadiah lepas Hari Raya? Ini peluang korang. Jom ramai-ramai sertai </span></span><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><b>Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015.</b></span></span></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;">Good luck kepada semua! </span></span>&nbsp; </span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><br /></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<br /></div>

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

</div>

<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

</div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0"><br /></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0"><br /></span></span></div>

<div style="text-align: justify;">

<span style="font-family: Georgia,&quot;Times New Roman&quot;,serif;"><span class="_3qi9" data-reactid=".1l.0.1.0.$1.$1.0.1.0.0.0.0.1:$mid=11435720932036=2f794b6e8e45f810436.0.$1.0.$right.0.0.1.0"><br /></span></span></div>


6. Bila dah siap, komen link entri korang dekat ruangan komen di bawah    


Hadiah-hadiah:

1. 1 x Cathy Choo shower gel ml (Mama Darwiish)
2. 2 x Top Up RM10 (Rafzan Tomomi)
3. Buku Nota Harian (Amanda Suria)
4. Cash RM10 (Azlinda Alin)
5. Sehelai Jacket Denim (Fara Hanim)
6. 2 x tapak iklan free selama sebulan (Syira Lokman)
7. Sehelai Shawl (Kathy Aiman)
8. Topup RM10 (Inani Hazwani)
9. Pakaian (Ayuni Rafilah)
10. Tapak iklan dan banner percuma selama sebulan (Fadzi Razak) 

Total pemenang yang bertuah = 12 orang


Syarat-syarat:

1. Giveaway ini akan berlangsung selama 3 minggu bermula 1 Julai 2015 hingga 22 Julai 2015.
2.  Giveaway ini terbuka kepada semua blogger yang tinggal di dalam Malaysia sahaja.
3. Para sponsor juga layak untuk menyertai giveaway ini.
4. Pemenang akan dipilih secara random menggunakan random.com.
5. Nama pemenang akan diumumkan pada 23 Julai 2015.   
6. Para pemenang perlu respon dalam masa seminggu (24 Julai 2015 hingga 30 Julai 2015)

7. Hadiah-hadiah akan mula dihantar/diberi pada 31 Julai 2015


Nak menang hadiah lepas Hari Raya? Ini peluang korang. Jom ramai-ramai sertai Giveaway "Blog Fadzi Razak Launch" 2015.





Beli Bahan Kek Dan Biskut Di Kedai BAGUS



Assalamualaikum ...

Beli Bahan Kek Dan Biskut Di Kedai BAGUS | Pada hari kami pergi sopping di Bangi Gateaway ( sabtu ) , on the way nak ke Bangi , my anak buah request nak buat biskut raya . Jadi my kakak suruh mereka cari resepi di Facebook . 

Beli Bahan Kek Dan Biskut Di Kedai BAGUS

Timbang


Assalamualaikum ...

Ahad semalam , kami pergi cari bahan untuk buat biskut dan kek pula . Mak den pun capailah skirt labuh kegemaran den yang dah berusia lebih 10 tahun tapi masih elok dan bertahan untuk tuannya . Bila den nak sarung je ... erkkk , tersekat di ponggong !


Timbang


Sebenarnya , masa den beli dulu , skirt ni longgar kat pinggang den . Maklumlah saiz M . Kerana berkenan sangat , walaupun saiz M , den rembat juga . Jadinya den kena kecilkan dalam 2 inci . Den cuma lipat di bahagian label dan jahit guna tangan je . 

Semalam , jahitan itu den terpaksa buka semula untuk beri laluan pada ponggong den sebelum sampai ke pinggang . Bila dah sampai ke pinggang , zip , elok je terletak . Tak pulak terlondeh macam berpuluh tahun dulu ... erkkk , den dah gemuk ke ? 

Selepas selesai beli bahan biskut dan kek di BAGUS , kami singgah Giant untuk cari tudung my anak buah dan kasut si abang dan Qistina . Kat Giant , my kakak sempat rembat henphone ! Selepas selesai membeli , den ternampak TIMBANG !


Timbang


Bila den nampak timbang elektronik tu , maka den excited lah nak tahu berat den sekarang ni . Dalam kepala masa tu dah fikir confirm berat bertambah sebab skirt dah tak boleh lepas punggung ! Bila dah timbang ... jeng , jeng , jeng ... meh tengok bawah berapa bacaannya .


Timbang


Tak percaya ? Percayalah SS ! Kesian dik Jambu ni asyik kena paksa percaya je . Berat 37.8 kg je ... heh heh heh . Si SS ni suka benor sakat den dengan tanya umur den tau ... someday , maybe .

Kurus sangat ? Jawapannya tak sebab sesuai dengan BMI den . Den ni memang spesis kecil molek macam penyanyi Sheila Majid tu je . Berat paling tinggi 42 kg . Itu pun masa zaman den umur 20an . Lepas tu den cuba tak makan nasi langsung di bulan puasa , berat badan terus je turun dan maintain sampai la ni . Tapi la ni den masih je makan nasi . Cuma kurangkan jumlahnya je . Dah tekak melayu kan . 

Kalau korang tengok den dari belakang , confirm korang kata den ni remaja belia . Tapi bila tengok muka , dah tentulah ada saja kedut sana sini kan . Tapi still awet muda you ... heh heh heh . Bakul den lobang . sebab tu den boleh angkat bakul sendiri ... hebat tak ? Bahahahaaa ...


Timbang


Ni kasut raya si abang ( 10 tahun ) . Den tengok je dah tau saiznya sama dengan den . Bila den sarung je , den terus je kata :

" wah , boleh la mak usu pakai untuk jogging ni . "

Si abang sengih je la . nak buat apa lagi kan . Meh kita tengok saiz kasut ni berapa lak ...


Timbang


Kan den dah kato ... Masa Nabila 10 tahun dulu , kasut dia pun sama dengan saiz kaki den . Sebab faktor inilah den tak boleh beli kasut online . Takut bila sampai , kasut tu longgar kat kaki den . Tak memasal udah membazir . Tapi leh je den sedekah kat anak buah cuma my anak buah tak suka kasut bertumit tapi bagi den tumit tu buat den fefiling tinggi gitu ... heheheee

Tu sebab den susah nak cari saiz baju bila raya . Saiz baju nabila yang 11 tahun tu pun lebih besar dari den . Tapi kan , den selalu je ceroboh children department . Alah , orang ingat den nak beli utuk anak je ... heheheee

Walaupun den tak berapa nak tinggi , ramai je org yang pikat den tinggi belaka ... opsss ... tetiba lak .. heh heh heh .





Shopping Di Bangi Gateaway


Assalamualaikum ...

Shopping Di Bangi Gateaway | Pagi Sabtu lepas , kami baru nak bershopping untuk keperluan raya . Barang yang kami nak cari mestilah kelengkapan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki . Oleh kerana dah tetapkan masa pada hari sabtu , makanya kami dah bersedia awal .


Shopping Di Bangi Gateaway

Laku


Assalamualaikum ...

Hari ini sudah hari yang ke 25 kita berpuasa . Maknanya , ada baki lagi lima hari sebelum menjelang aidil fitri . Sana sini sudah sibuk membuat persiapan raya . Persediaan korang mesti dah lengkap kan . Den lak , insha Allah hari ni baru nak pi meronda - ronda mencari apa yang patut . Harap hari in den tak rambang mata memilih apa yang den hajatkan . Bimbang nanti , bukan rambang mata tapi sebab cerewet , satu apa pun tak beli .

Bajet mcamlah nak beraya sakan kan . Den bukannya nak beraya pun , cuma nak pastikan penampilan tu walaupun di rumah tetap menarik . Jadinya kalau tetiba ada tetamu , den sudah tak perlu kelam kabut lagi . Maklumlah den ni penunggu dan penjaga rumah . Tu lah kan , sapa suruh masih bujang ... huhuhuuu



Sebelum ramadhan nak meninggalkan kita , den nak kabor , sepanjang puasa ni , couple kat atas tu paling LAKU . Paling lama bertahan pun tiga hari je . 

Kurma tu paling cepat habislah sebab sekali makan ambil tiga biji . Yang makan lak lapan orang . Selagi nampak , asyik nak mengunyah je dengan benda tu . Mungkin semangat bulan ramadhan . bil dah raya nanti , confirm jeling pun tak sudi . Bajet macam dah jemu gitu . 

Kurma tu kalau dah tak sudi nak makan , boleh je buat jem untuk inti biskut tart . confirm habis sebab tart tu kan biskut yang ramai peminatnya . Kalau tak pun , kurma tu buang biji , pastu masukkan badam dan celupkan dalam coklat . Memang jadi kudapan yang sihat .

Part jus tu lak , walaupun dah buat air dua jug dengan perasa yang berbeza , my anak buah tetap juga nak tuang setitis dua dalam gelas sebelum tuang air dari jug tu . Jus tu boleh juga jadi campuran dalam agar - agar , puding dan kek .

Nampak tak , betapa banyaknya jasa couple berdua tu demi memenuhi kehendak tekak manusia . Saja je den nak bagi korang nampak betapa banyaknya jasa couple tu yang selalunya cuma diperlukan masa bulan ramadhan je . Bulan lain perlu juga cuma kurang lah kan ...







Baju Raya


Assalamualaikum ...

Tahun lepas my kakak bawa balik satu plastik hitam besar ( plastik sampah ) yang berisi bahan baju . Kisahnya , kakak kepada kawannya seorang tukang jahit . Jadinya , bahan baju aka kain ela yang masih belum dipotong tapi dah habis musim aka tak sempat untuk dibuat baju , banyak berlambak . Maka , dia berikan kain - kain itu kepada adiknya  untuk diberikan kepada kawan - kawannya di sekolah . Maka jadi pestalah hari itu . Pesta memilih kain ela free . Tapi , kain ela itu masih banyak berbaki . Jadinya , baki kain - kain ela itu , mereka suruh my kakak bawa balik rumah . My kakak ni yang tak tahu menolak , ambil saja tanpa banyak cakap lah .


Baju Raya
Projek jahit baju raya .


Bila dah dekat nak raya ni , kain - kain ela itu menjadi projek baju raya my anak buah . Bila den belek kain - kain ela tu , ada dua kategori . Kategori kain ela corak bermusim dan corak yang boleh guna sepanjang zaman . Jadinya , yang corak bermusim itu my kakak buat baju kelawar aka baju tidur juga jubah untuk dia dan my anak buah . Selebihnya yang sesuai dipakai sepanjang zaman , my kakak buat baju kurung untuk raya . 


Baju Raya
Projek potong baju raya .


Untunglah my anak buah raya tahun ini . Baju raya setiap seorang lebih dari dua pasang . Cuma den tak tahu boleh siap ke tidak . Bila dikira - kira baki hari yang ada sebelum menjelang raya , positif sajalah moga sempat menyiapkannya . 


Baju Raya
dalam pertimbangan nak potong ke tidak .


My anak buah ni tak cerewet dan tak banyak merungut . Bab baju raya mereka tak memilih . Baju kurung biasa ok , ada manik / labuci pun ok . Janji ada baju . Tak macam mak usunya . Nak beli baju kena ronda banyak tempat ... heh heh heh . Duit sendiri , apa kesah kan ! Lagipun bukan senang den nak cari baju saiz ss time nak dekat raya ni . Selalunya nan hado . 


Baju Raya
Nak hantar untuk jahit tepi .


Bila den belek - belek baju raya my anak buah yang dah banyak tu , den pun cakaplah :

" dah banyak baju ni , tak yah la cari baju raya lagi . Tinggal cari kasut je . "

Si abang yang sedang main game menyahut :

" saya punya baju baru 2 je . "

Bulat terus mata mak usunya bila dengar ayat tu . Maka den terus je cakap .

" 2 tu dah ok lah . Mak usu dulu satu je tau . Bila dah pakai , cuci . Esok pakai lagi baju tu . "

Dan dan tu juga dia terus tarik muncung sedepa . Kalau den terus membebel , confirm lari masuk bilik ... adehhhh .


Baju Raya
Baki yang tidak diusik .


Tak boleh gak nak salahkan dia kan . Mak bapak dia orang pergi kerja pandu kereta . Jadinya mampulah nak beli lebih dari sepasang baju . Den dulu , arwah abah pergi kebun banting tulang satu hari untuk cari duit . Tak berani nak minta lagi kalau dah ada sepasang ... 

Lain padang lain belalang kan ... ermmmm