Khasiat Pokok Pegaga


Pokok pegaga | Pegaga atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya cantella asiatica . Banyak khasiatnya malah kaya vitamin A dan C serta zat besi . 

Glikosida triterpenoida yang juga disebut sebagai asiaticoside adalah merupakan anti-lepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa . Rasa pahit pegaga adalah terhasil dari zat vellarine

Pokok pegaga berkhasiat bukan sekadar pada daun malah batang juga akarnya . Orang tua - tua zaman dulu merebus akar pegaga semata - mata untuk merawat kencing manis . 


Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


Cara Mencegah Keputihan


ASSALAMUALAIKUM ...



Keputihan adalah cairan berlebihan yang keluar disebabkan oleh pembiakan kulat . Ia akan disertai rasa gatal , rasa terbakar pada bibir dan berbau agak busuk . Terbahagi kepada 2 - normal dan tidak normal .


Cara Mencegah Keputihan

Kuih Loyang / Goyang


Assalamualaikum ...

Hari cuti ni kalau setakat dok melayan tv dan lappy
tapi tak da yang boleh di ngap memang tak best kan .
Jadinya , semalam adalah sedikit buah tangan ni .
Apa lagi , mengunyah memanjang le jawabnya .
Meh tengok apa dia bendanya .


Kuih Loyang / Goyang

Kuih Loyang / Goyang


Bila tengok namanya , macam pelik je .
Sebab vee dari dulu memang panggil kuih goyang .
Kan kalau buat kuih ni kena goyang 
biar kuih tu tanggal dari acuannya kan .
Selalu gak den ngaco my bonda gawe kuih goyang ni 
masa den dok kampung dulu lah .

Belah mana lah agaknya yang beri gelaran kuih loyang ni .


Kuih Loyang / Goyang


Kuih loyang / goyang ni berperisa madu .
Sekarang kan dah banyak perisa .
Maklumlah , masing - masing dah upgrade 
dek nak bersaing kat pasaran .

Selain ada perasa madu , ada juga biji bijan .
Kerangupannya tahap berderai bila digigit .
Tak tengok lak campuran tepung apa yang digunakannya .
Kalau ikut resepi asal my bonda ,
rangupnya lain sikit dan sikit berminyak lah .
Zaman mak kita mana lah nak ada 
cara macam itu dan ini kan .
Janji tak terlebih / kurang cair adunan tu 
dan rangup selepas digoreng . 


Kuih Loyang / Goyang


Ni saja nak menayang kat korang .
Tembak sampai atas kain batik lagi .
Tapi masih tak nampak berseni juga .
... heh heh heh .

Ni pun nasib baik masih ada 
sebab my anak buah dah layan games beramai - ramai .


Salam hujung minggu ...








Kenapa Diet Gagal



ASSALAMUALAIKUM ...


Pernah tak korang fikir kenapa diet korang gagal ? Sebenarnya kalau korang nak dapatkan bentuk badan idaman , jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh mestilah dikurangkan atau dielakkan .

Kenapa Diet Gagal

Diet 



Korang selalu sebut perkataan diet . Apa itu diet ? Diet ni bahasa yang mudah , korang akan makan sikit untuk kuruskan badan , kekalkan badan yang kurus atau takut gemuk , makan sikit untuk kawal cara pemakanan juga untuk sembuhkan penyakit .


Kenapa Diet Gagal


Selalunya , korang yang nak berdiet dan amalkan diet ni memang gigih . Tetapi ada kalanya , walau gigih macam mana pun , berat korang tetap tak boleh berkurangan . Kenapa jadi macam tu ? Mungkin kat bawah ni adalah sebabnya .


1. Salah pilih makanan .



Bila korang makan , korang tak tahu berapa jumlah kandungan gizi untuk hidangan korang . Selepas ni korang kena la ambil hidangan yang rendah kandungan gizi dan tinggi kandungan serat .



2. Keadaan persekitaran yang tidak menyokong usaha korang 




Nak buat macam mana kalau hidangna pada waktu sarapan , lunch dan malam , enak - enak belaka . Ada lak pasar malam , gerai makan dekat dengan tempat kerja , pi jalan - jalan nampak lak gerai jual kuih muih ... emmm memang hampeh . Kuatkan semangat ... cayok cayok !



3. Faktor sosial 




Kebiasaan mak korang yang suka masak / sediakan kudapan yang tinggi kalori . Kawan serumah korang juga suka makan snek bila tonton tv . Meleleh air lur weyyyy ...



4. Lingkungan peribadi 




Tak boleh nak tahan diri daripada minum air manis dan  air bergas . Tak ambil breakfast akan sebabkan  korang rasa lapar . Bila lapar , korang akan makan apa saja sesedap rasa !



5. Tak ada disiplin .




Korang kurang motivasi . Tak de semangat yang tinggi . Hangat - hangat tahi ayam lah kata peribahasa !



Kesimpulan




Kalau nak diet korang berkesan dan berjaya , buatlah aktiviti yang boleh keluarkan peluh . Bila kat rumah tu tolonglah mak buat kerja - kerja rumah . Lelaki lak , tolonglah ayah bersihkan sekeliling rumah , berjogging / kat halaman rumah . Pastikan selepas buat semua aktiviti tuh , korang cuma minum air kosong dan makan sebuku roti / 2 keping roti sandwich berinti keju dan sayuran .










Ramainya Peminat Pegaga


Assalamualaikum ...

Satu hari , dah tak ingat hari apa .
Vee dikunjungi dengan mesej di Facebook .
Bertanyakan tentang pegaga .



Ramainya Peminat Pegaga


Vee tak kisah pun nak kongsi rahsia awet muda ni .
... awet lah sangat kan sampai terlajak udahnya .
.... heh heh heh .


Ramainya Peminat Pegaga

Vee pun layankan aja lah adik ni .
Rupanya dia nak interview vee pasal penggunaan pegaga ni .
Korang kalau dapat offer macam ni , korang terima tak ?

Vee terpaksa tolak atas banyak sebab .
Sebab utama kerana vee ada komitmen yang vee tak boleh tinggal !
Korang rasa , rugi ke tolak ?

My kakak juga ada terima jemputan dari pelajar UPM .
Tahun lepas masa dia mengandung .
Mereka nak buat my kakak ni sebagai bahan untuk kajian mereka .
Tentang apa ?
... mengandung dalam usia 46 tahun !
Tapi my kakak tolak lah walaupun mereka beri bayaran .
Tak larat wei dengan perot memboyot tu .
Dah macam kena dera lak nanti ...
... heh heh heh . 

Ramainya Peminat Pegaga 


Ramainya Peminat Pegaga


Masa vee renovate balik entry pasal pegaga ni 
untuk join contest ,
baru perasan yang view count dah jejak 1k .
Entry ni vee post sejak Januari lepas .
Mak aiiih ... ramainya peminat pegaga !

Ini mesti penangan jus pegaga ni .
Kalau tak pun sebab kerabu pegaga !
... alhamdulillah .
Terima kasih kepada yang sudi landing kat sini ya .


Sebenarnya ada lagi 
penjagaan kecantikan secara semula jadi yang vee amalkan .
Nantilah , ada masa vee kongsi lagi kat sini .
Kepada yang nak baca entry pegaga ni 
klik je kat SINI


Salam sayang semua ....






Sup Merah Kuey Teow


Assalamualaikum ...

Bila sebut je kuey teow
yang ada kat otak korang mestilah mee teow goreng kan .
Dah mee teow goreng tu kan feveret ramai orang .
Malah ada yang sanggup jadi food hunter kuey teow goreng tau !


Sup Merah Kuey Teow

Hikayat Mee Rebus Jawa


Assalamalaikum ...

Den orang Jawa .
Membesar dalam masyarakat jawa 
yang pekat bahasa jawanya
dan menjadi bahasa rasmi seharian .

Tapi , sepanjang membesar di kampung,
den tak pernah dengar my bonda sebut tentang
MEE REBUS JAWA !
apatah lagi my  bonda menghasilkan mee rebus jawa
untuk santapan kami  sekeluarga !
... hah , macam mana tu ?

Satu hari tu pergi kedai makan .
Tengok menu , ada mee rebus jawa .
... MEE REBUS JAWA ?

 Bermula dari hari itu , 
den mula meneroka mee rebus jawa .
... rasa sama je dengan mee rebus biasa !
... bunyi tak puas hati tu .


Hikayat Mee Rebus Jawa


Ini prencah segera mee rebus jawa .
My kakak beli di Petronas , kalau tak silap .
Ni lah jadinya kalau lama sangat perap .
Otak pun jadi pekasam nak ingat semula .
Den terlupa lak nak snap resepi dibelakang paket tu .

Maka bermulalah pencarian tentang resepi mee rebus jawa .
Maklumlah , tak tengok pun my kakak buat.
Bila dah masak , terus bedal .
Amik gambar pun idak juga .


Hikayat Mee Rebus Jawa

Ini imej mee rebus jawa 
made in Indon 
yang den copycat dari mr google.

Kelainannya pada keledek.
Kalau buat mee rebus , selalunya kami guna kentang je.
Dan ada serbuk kari.
Mee rebus biasa ada kari ke?
Resepi kami tak ada kari .

Tetiba rasa tak puas hati lak .
Sebab apa ?
 sebab ada rempah kari yang dah tentu milik India bukan Jawa !
Tak taulah sapa punya idea cipta mee rebus jawa ni
tapi ada ciri-ciri mamak pula .

Berbeza dengan sambal jawa yang hanya guna santan .
barulah ori kan ...
... ermmm .

Orang lain tak ambil tahu pun pasal mee rebus jawa ni .
Den je yang sibuk melenting tak tentu pasal kan .
Suka hati den je nak merapu malanm ni .
... heh heh heh .


Salam malam jumaat geng ...






Bila Bunga Berguguran


Assalamualaikum ...

Petang tadi , cuaca sungguh indah dipandang .
Tapi cahaya mentari bahang membakar seisi alam .
Angin pula berhembus riang .
Maka bunga pun berguguran .


Bila Bunga Berguguran


Mukadimah perasan macam puisi gitu .
Bukan nak berpuisi sebenarnya .
Sesaja nak cerita tentang bunga depan umah yang berguguran .

Bila nampak je bebunga itu berguguran ,
vee teringat kisah yang dikatakan musim bunga 
di utara tanahair 
yang menjadi viral pada tahun lepas .


Bila Bunga Berguguran

Inilah pokoknya yang sama 
dengan kisah musim bunga tahun lepas .
Pokok yang den tak tahu namanya .
Bezanya tahun ini pokok ini berdaun .
Dan pokok ini ada di depan rumah juga di sekitar taman perumahan ini .

Selalunya pokok ini tak sempat tinggi gitu
sebab jiran india sebelah mesti suruh PBT potong .
Kerana mereka sakit mata dan hati 
bila bunga itu berguguran ke halaman rumahnya ...



Bila Bunga Berguguran


Kalau lepas ni , 
ramai yang bercerita tentang bunga berguguran ,
tahulah bahawa den dah mendahului mereka .
Den bukan copycat ...
... boleh gitu ?
... heh heh heh .

Dah tak ada citer lain bebenornya 
.... ngeh ngeh ngeh .







Kucing Bawa Rezeki


Assalamualaikum ...

Satu petang di suatu hari di tempat kerja ,
my kakak yang baru saja masuk kereta ,
dengar bunyi suara kucing mengeiow - ngeiow .
Maka mencarilah di mana dia berada .

Tak mungkin kucing itu berada dalam keta .
Kecuali kucing tu pandai buka pintu kereta !
Hanya kat satu tempat .
Korang agak kat mana ?

Maka my kakak cari di situ ,
Ya , memang di situ dia berada ...
... di tempat enjin 
dengan wajah comel serta bulu gebusnya !
maka senyum sampai telingalah my kakak .


Kucing Bawa Rezeki

Comel tak ?
Hai , nama saya Rosie .
My anak buah bagi nama flurry .
Suka den je nak panggil apa ...
... heh heh heh .
Masa ni baru sampai umah ,
dia masih dalam ketakutan .


Kucing Bawa Rezeki

Keluar dari kotak menghilangkan diri .
Di sinilah kami temui dia ...
Menyorok kat bawah my katil .
Sila abaikan props disekelilingnya ya .

My anak buah mandikan dia .
Dah bulunya bergumpal katanya .
Tapi sebenarnya , 
bulu rosie memang jenis tebal dan bergumpal .
Kali pertama dapat kucing bulu ni 
... maka kembang kencuplah hidung kita orang .
.... heh heh heh .


Kucing Bawa Rezeki

Rosie ni dok dalam my bilik .
Kat atas tu dia tidur kat bawah meja my lappy .
Tertidur lepas penat bermain dan mengacau den !
Aman sekejap my dunia .

Kedatangan rosie telah menggenapkan
 jumlah kucing kami sebanyak 10 ekor .
My kucing yang lain ada yang garang juga dengan rosie ni .
Tapi rosie ni buat tak heran 
dan dia buat macam dunia dia sendiri .
bermain memanjang dengan kami .

Mukadimah dah panjang lebar kan .
Moh den nak citer lak pasal tajuk kat atas tu
Kisah benar ya ...
Untuk direnungi bersama 

Kucing Bawa Rezeki 


Satu hari di hari raya ,
Dalam perjalanan balik ke KL ,
singgah berlebaran di rumah adik abang ipar aka my biras .
Kedatangan kami disambut oleh beberapa ekor kucing .
Beberapa tu banyak ya kengkawan .
Kucing - kucing tu cuma dok di luar pagar saja .

Maka kami yang suka kucing ni pun beramah mesra lah dengan kucing - kucing tu .
Tuan rumah pun keluar membuka pagar .
Lancarnya dia bercerita tentang kucing - kucing itu .

Kucing itu bukan milik dia .
Kucing itu kucing jalanan .
Kenapa lak dok situ kan .
Dah macam tak de tempat lain mereka nak melepak .

Kucing Bawa Rezeki



Maka cerita pun bermula . Katanya , setiap pagi jam 6 , beliau balik dari pasar dengan barangan basah untuk warungnya . Si kucing - kucing ini akan menyambut beliau di pintu kereta . Mengeiow - ngeiow meminta makanan .
Bermula dari situ , setiap pagi beliau akan peruntukkan sekurang - kurangnya sekilo ikan untuk memberi kucing - kucing itu makan .
Mungkin ... mungkin berkat keikhlasan dia memberi kucing - kucing itu makan , rezeki warungnya tidak pernah putus . pada ketika itu my kakak kata pendapatan bersih dia lebih kurang RM 300 sehari . Sekarang , tak tahu lak berapa .
Dia buka warung bermula 7 pagi sehingga 12 tengahari sahaja . Hanya menjual makanan yang ringkas seperti mee goreng , nasi goreng . Dia juga sudah ada pelanggan tetap .
Dengan hanya hasil jualan di warung itu , dia telah dapat membeli rumah teres 2 tingkat . Dapat melakukan penambahan dari depan kebelakang rumah . Pergi menunaikan haji pada usia awal 40-an dan kini memiliki kereta import . Orang keja gomen pun telan air liur nak drive kereta camtu ! Malah dia menjadi ' bank ' kepada adik beradiknya yang memerlukan bantuan .


Maka benarlah bagai dikata ...
Kucing datang bawa rezeki .

Jadinya kalau boleh ,
bila dah ambil kucing , 
janganlah dibuang hanya kerana  masalah perangai kucing .
Kita sebagai manusia yang boleh berfikir ,
lakukan sesuatu untuk atasi masalah kucing tu .
Vee kata macam ni sebab 
vee dah merasa bela kucing yang macam - macam perangai .
Alhamdulillah , boleh je settle .

Kalau tak sabar dengan kerenah kucing ,
jangan bela kucing .
Jadi taklah mendera mereka kan .
Kerana kucing makhluk Allah juga .
Malah binatang kesayangan Rasulullah !


Salam Isnin semua ...








Ais Krim Kacang


Assalamualaikum ...

Bila dah masuk cuti sekolah ni , 
sambil - sambil tengok tv ,
mulalah buka topik apa nak makan .
Senang citer nak makan memanjang !

Ais Krim Kacang

Cheese Punya Pasal


Assalamualaikum ...

Satu petang , man in the house baa balik belanja .
Belanja bahan - bahan untuk pizza .
Dan turunkan arahan kat bebudak supaya buat pizza !

Maka turunlah my kakak ke dapur 
dan sediakan semua peralatan dan bahan 
di atas meja makan .

Sudah jadi tugas my kakak untuk sediakan doh pizza .
Sebab cuma dia sahaja yang hafal resepinya .
My anak buah cuma perlu potong - potong bahan 
yang akan di tabur atas pizza .

Cheese Punya Pasal

Bila sebut pizza , dah tentu sinonim dengan cheese kan .
... e heh , ada lak perkataan sinonim kat situ .
sapa tak faham , buat - buat faham je ye .
... heh heh heh .

Cheese Punya Pasal 


Cheese yang ada cuma satu peket .
Jadinya berjimat untuk tabur atas pizza .
Kerana doh yang my kakak buat 
boleh dapat pizza lebih 5 keping .
Maklumlah nak manganani anak , katanya .
... heeeee .

Cheese Punya Pasal

My anak buah lak , suka banget dengan cheese .
Jadinya bila tabur lagu tu , 
maka cik cheese tu tak nampak pun bila pizza dah masak .
Si kakak Najwa yang sel - sel otaknya sedang berhubung ,
ambil secubit doh , leperkan , isi bahan dan cheese
kemudian terhasillah roti berinti cheese .



Cheese Punya Pasal

Maka mak usunya yang suka cheese juga ni 
pun terjebak sama .
Mak usunya lak , sel otak dah terlajak berhubung .
Mana tak nya ,
bila roti tu dah masak , 
cepat - cepat buka tang masi panas tu ,
tapi cuma nampak cheese yang cair .

Apa tunggu lagi ?
Dengan selambanya , ambil lagi cheese yang ada ,
masukkan sikit dalam roti yang masih panas tu ,
pastu tutup semula .

Selepas beberapa minit , 
buka roti tu , dapatlah cheese cam gambar kat atas tu .
Jadinya kemareman mak usunya makan roti bercheese itu .

My ank buah lak , cheese punya pasal ,
terus je laju ikut yang mak usunya buat .
... hahahaaaa .

Man in the house pandang kami yang kecoh kat meja makan
dengan air muka yang blur je .
... heh heh heh .








Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais


Assalamualaikum ...

Pernahkan anda mendengar dengar rawatan kecantikan menggunakan kuib ais ? Adakah rawatan kuit menggunakan kuib ais ini benar - benar berkesan ? Moh la kita tengok apa faedahnya membuat rawatan kulit menggunakan kuib ais .


Cantikkan Kulit Wajah Dengan Ais


Mesin Buat Ais Krim


Assalamualaikum ...

Mesin Buat Ais KrimMan in the house dah lama beli mesin buat ais krim ni .
Mesin buat ais krim jenama Noxxa dari Amway .
Alkisahnya , dah beberapa kali dia mencuba .
Dan malam sabtu lepas , percubaannya juga tak menjadi .


Mesin Buat Ais Krim

Belajar Buat Capati


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas , ada sikit kerajinan .
Bukan den yang rajin tapi my kakak lah .
Den tengok je ... heh heh heh .

Belajar Buat Capati

Awat Kalut Lagu Tu



Assalamualaikum ...


Sebelum sampai rumah , singgah la kat Mydin .
Hajat asal cuma nak temankan my kakak
beli makanan untuk si gebus je .
Gebus ni my kakak ambik kat sekolah .
Next entrylah vee citer .

Sementara menunggu my kakak cari barang ,
layan lah si nabila dan si abang ni dok membelek barang .
Si nabila ni nak membeli untuk kakaknya .
Lepas tu , mak usunya terjebak sekali .


Awat Kalut Lagu Tu


Kat sini ada lak citer kelakar .
Masa nak membayar tu ,
vee keluarkan rm 10 .
Dalam terkial - kial nak menambah lagi rm 8
cashier tu dah pulangkan baki rm 2.10
untuk harga barang rm 17.90 .

Pastu selamba je ambil baki tu dan pergi .
Dalam kereta baru terfikir 
kenapa lak ambil rm2 tu ?
Baki vee cuma 10 sen je .


Maka pusing balik ke Mydin ,
pulangkan rm 2 tu kat cashier .
Sambil tunjuk resit jumlah bayaran rm20
untuk barang rm17.90 
sedangkan vee bayar cuma rm 18 jer .
Dah memang duit dia kan .
Tak kan nak makan duit haram lak .


Awat Kalut Lagu Tu


Awat kalut lagu tu !
Kat Maydin masa tu pun cuma ada
vee dan my kakak serta anak buah je .
kalau den ni cantik cam siti nurhaliza ,
... wajiblah mu kalut lagu tu !
... heh heh heh .
tetiba terperasan lak ...

Patutlah budak perempuan kat sebelah dia pi gelak .
Dah perasan salah kira tu , ajarlah dia dik ya !


Next time bro .
ambil dulu duit dari pelanggan barulah keluarkan resit .
Janganlah keluarkan resit dulu baru ambil duit .
Kan dah jadi kalut !


Mydin Putra Walk ni memang baru dibuka .
Maknanya , bro tu pun baru lah jadi cashier .
Kalau bos dia tahu ,
boleh dapat warning tu .
Lepas ni jangan buat lagi ya bro ...









Kempunan Lagi


Assalamualaikum ...

Selepas balik dari TBS tempoh hari ,
kami pi singgah di gerai sebelah 
Universiti Tenaga Nasional Serdang .
Oleh kerana masa tu baru je pukul 12 tengahari,
makanya tak banyak lagi gerai yang dibuka .


Kempunan Lagi


Ada satu gerai ni ada jual pisang goreng cheese .
Tapi belum disediakan lagi .
Tunggu punya tunggu pun masih tak nampak bayangnya .
Tapi kuih lain satu persatu dia pi letak .
Jadinya vee beli je lah yang lainnya .

Dalam cuaca panas membahang tu ,
airlah yang paling menyelerakan .
Target utama mestilah air kelapa .
Ada nampak gak coconut shake .
Tapi sebab coconut shake tu campur susu ,
makanya , tak membelilah .
Sebab Rasulullah pesan ... 
minum susu jangan campur bahan lain .
... heh heh heh .

Rembatan lain ada la buah jambu batu potong
dan rojak buah .
My kakak lak melayan si kecik dan si abang tu 
dapatlah rembat air keladi, keropok lekor 
... yang lain dah tak ingat sih !

Oleh kerana kejar masa nak ambil Nabilah balik tuition 
pukul 12.30 kat Cyberjaya ,
maka terpaksa lah kempunan lagi .


Kempunan Lagi


Vee ni segan sebenarnya nak snap gambar masa membeli .
Maklumlah , makin lama lakin ramai pelanggan datang ke situ .
Jadinya snap dari jauh je lah .

Balik umah ,
terus letak je hasil tangkapan kat atas meja kopi .
Masuk bilik , belek barang dibeli
dan kira baki rm .

Bila keluar nak makan rojak buah ,
... aduh , duh , duhhhh ...
redha je lah ya mak usu .
rojak buah ku hanya tinggal
3 hiris betik , 2 ketul jambu batu , 1 ketul nenas .
... dah double kempunan nih !

Pengajarannya ...
... sedekah itu hadiah terindah !

alhamdulilah , dapat gak rasa kan .
Gambar tak de sebab tak ingat dah nak ambil gambar .
baca cerita je lah ya ...

Selamat berhujung minggu ...