Sungguh Aku Tak Rela


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Di padi Ahad yang hening dua minggu yang lepas , 
seawal 9 am , telefonku berdering ...
Panggilan masuk daripada kampung yang tak sempat ku sambut .
Lalu ku buka mesej yang masuk .
Meminta aku menelefonnya semula .

Ku fikir ianya sesuatu yang sangat penting ... 
... 2 kali missed call .
Bila mukadimah bermula ...
Subhanallah ! 

alt image tag


Terima kasih padamu
kerana masih sudi mengambil tahu
malah sudi membantu ...
tapi maaf ... 
Ini soal kehidupanku !

Untuk menerima seseorang yang bertaraf bapa 
menjadi calon suami ...
 ... aku tidak rela !

Ya , aku memilih ...
Malah kau juga memilih !
Untuk baju waima makanan , 
kamu juga memilih ...
inikan pula calon suami ku ! 
Salahkah aku ?

Aku di sini baik - baik saja .
Alhamdulillah ... 
Aku dapat melalui hari - hariku tanpa lelaki bergelar suami .
Malah aku tidak mebebankan kamu ,
jauh sekali meminta - minta pada kamu .

Tak perlu kau pancing aku dengan hartanya 
dah tentu dia memiliki anak yang sederet juga ...
Bukannya aku di sini merempat seperti kau sangka 
Pastinya , aku bahagia dengan apa yang aku ada .

Soal hati ... biarlah ku urus sendiri .
Dalam apa keadaan pun ...
aku masih mencari cinta .
Aku tak akan serik dan tak pernah serik 
kerana perasaan itu ... CINTA
anugerah Allah yang terindah !

Kau mungkin tak faham 
kerana kau tak pernah melaluinya .
Kita adalah dua insan berbeza .
Kau mencari suami yang boleh melindungi...
Tapi aku mencari teman hidup yang mengisi jiwa .

Aku dah lali dengan suara - suara sumbang itu .
Aku pasrah andai aku sudah tak bisa memiliki zuriat .
Aku yakin , jika Allah berkehendak ...
" kun fa ya kun ... "
aku pasti akan dapat rasa nikmat melahirkannya !

Jangan kau pandang rendah pada orang lain 
hanya kerana kehidupan kau yang bernasib baik
perjalanan hidup setiap orang itu berbeza 
dan ...
Allah yang tentukan segalanya ...


alt image tag


Ya , kita perlu mencari .

Aku juga mencari malah sudah berpuluh tahun !
Bila Allah kata belum ...
maka aku harus menunggu dengan penuh redha ...

Aku tidak memusuhimu 

apatah lagi untuk membencimu ...
malah kita masih boleh berbicara seperti adanya ...
bergelak ketawa bergurau senda 
kerana kita bersaudara ...
biarlah luka dihati , ku rawat sendiri .

Doakanlah aku di sini ...

dengan redhaku menerima ujian - Nya ,
aku bisa memperoleh yang terbaik 
kerana ...
siapalah aku untuk menolak takdir - Nya !






Mulut Anda Berbau ?


alt image tag


ASSALAMUALAIKUM ...

Nape orang ni tutup mulut bila bercakap dengan aku ekk ? Mulut aku berbau ker ? Macam mana korang nak tau yang mulut korang memang busuk ? Senang jer . Letak jer tapak tangan menghadap hidung cam nak berdoa tuh dan hembuskan lah kat tapak tangan pas tu cium la . Apa macam ? Bau tak ? ... syhhhh , jangan cakap , maluuuuu



Sebenarnya kalau korang kunyah gula - gula getah terutamanya yang rasa manis , mulut korang makin busuk sebab bakteria dalam mulut tuh bertindakbalas bila jumpa glukosa . Gosok gigi ker , berkumur - kumur guna Listerine ker tetap tak boleh hilang kan !



PENYEBAB BAU MULUT

1. Sisa makanan yang terlekat pada gigi .

2. Mulut yang kering akan menyebabkan sel - sel mati berkumpul pada lidah dan gusi lalu membusuk dan muncullah bau yang kurang enak .

3. Penyakit tertentu boleh menyebabkan bau mulut cam infeksi kronis pada paru - paru , kerosakan buah pinggang , kerosakan hati , kencing manis , peradangan usus , hiatus hernia , sinus , tonsil dan lainnya .


CARA NAK ATASI BAU MULUT

1. Gosok gigi selepas makan / sebelum tidur

2. Flos gigi ( dental floss ) selepas makan / sebelum tidur untuk buang sisa makanan di celah - celah gigi .

3. Berus lidah selepas memberus gigi

4. Jika guna gigi palsu atau kawat gigi , perlu bersihkannya sekurang - kurangnya sekali sehari

5. Elakkkan minum kopi , air bergas dan air manis . Glukosa akan sebabkan bakteria aktif .

6. Tukar berus gigi baru 2 / 3 bulan sekali .

7. Buat pemeriksaan gigi minima 6 bulan sekali 

8. Kunyah jintan manis selepas makan .

9. Makan kulit limau sebelum tidur / selepas makan .







Cara - Cara Pujuk Lelaki




ASSALAMUALAIKUM .......


1. BIARKAN DIA MELAYAN PERASAAN
Sekiranya kita bertengkar dengannya , kita kena biarkan dia cool kan dirinya . Dah tentu pada masa tu dia pun boleh timbang tara kan pertengkaran dengan korang . Dia boleh cari punca , dan penyelesaian yang terbaik . Malah dia pun boleh lepaskan marah / geram nya .

2. JANGAN TEGUR APA YANG DIA BUAT 
Dia nak masuk tidur ker , nak tonton tv ker , nak on volume radio sekuat hati ker , biarkan saja . Mungkin itu cara dia lepaskan tension atau menenangkan dirinya .

3. JANGAN BANYAK BERTANYA .
Dengan perkataan lain , korang janganlah membebel jer . Korang lak jangan buat macam tak de apa - apa yang berlaku . Simpati la sikit kat dia . Jangan bagi dia lagi bengang yooo 

4. BUAT SESUATU YANG DIA SUKA
Korang mesti tau kan apa yang dia suka ! Korang pi bersolek ker , pakai baju yang menarik atau seksi ker . Sembur wangian kegemaran dia Paling senang korang masak la makanan kegemaran dia . Bab ni biasanya lelaki tak boleh tahan .

5. AMBIL HATINYA 
Tunjukkan sayang korang padanya dan sikap perihatin korang padanya . Kalau perlu belikan barang yang dia suka atau beri dia cenderahati . Nyanyikan lagu untuk dia dalam fon ker . Boleh juga beri dia kata - kata / gambar romantik kat fb ker , mssg , mms dan segala jenis yang bersesuaian lah .



SELAMAT MENCUBA !!!




Chocolate Moist Cake Lapis Keju


alt image tag



ASSALAMUALAIKUM ...

Oleh kerana malam yang kian larut dan entry mesti siap edit sebelum jam 12 am ... maka den edit entry yang mudah jer lah ya .... tapi rasanya ramai pembaca perempuan akan suka benda nih ...


CHOCOLATE MOIST CAKE BERLAPIS KEJU


Untuk  CHOCOLATE MOIST

Bahan - bahan A

1 cawan GULA
1 cawan SUSU CAIR
1 cawan SERBUK KOKO
1 cawan MINYAK
1/2 cawan SUSU PEKAT

Cara - caranya :

1. Campurkan semua bahan di atas di dalam bekas
2. Panaskan di atas api sederhana
3. Sentiasa kacau sehingga sebati
4. Tutup api , letak tepi , biarkan sejuk seketika

Bahan - bahan B

3 biji TELUR ( A )
1 cawan TEPUNG NAIK SENDIRI

Cara - caranya :

1. Pukul telur hingga kembang dan gebu , masukkan ke dalam bahan A , gaul
2. Masukkan tepung ke dalam bahan A , gaul sekata
3. Ambil loyang , alaskan kertas , sapukan marjerin .
4. Ambil 1/2 daripada adunan , masukkan ke dalam loyang , kukus .

Sementara tunggu adunan di atas masak , sediakan cream cheese .


CREAM CHEESE

Bahan - bahannya :

250 gm CREAM CHEESE
60 gm GULA CASTOR
25 ml AIR BIASA
25gm TEPUNG GANDUM
1 biji TELUR

Cara - caranya :

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali telur .
2. Pukul hingga kembang dan gebu
3. Masukkan telur , pukul lagi

Bila adunan CHOCOLATE MOIST sudah masak , masukkan semua adunan CREAM CHEESE . Bila adunan cheese dah masak , masukkan 1/2 lagi adunan chocolate moist yang masih berbaki . Bila adunan dah masak , keluarkan loyang , biarkan kek sejuk barulah keluarkan dari loyang dan potong - potong .



SELAMAT MENCUBA !!!







Belajar Skill Mengorat




ASSALAMUALAIKUM ...

Menonton talk show BROS di tv 3 ( setiap khamis jam 5 pm ) yang mengupas isu tentang mengurat awek . Macam - macam lah pendapat dari orang ramai tentangnya . Antaranya :

1. Pandang dengan penuh makna dan mesra
Bila kita dah mula suka kat orang tu , kita tentu akan pandang dia saja . Pada masa tu kita akan harap yang dia faham kenapa kita asyik pandang dia jer . Bila dia bagi respon / perasan yang kita asyik pandang jer , berilah senyuman yang mesra dan pandangan mata yang ada makna .

2. Jadi gentleman .
Hampiri dia dan sapa . Cuba bersembang dengan cara yang bersahaja . Bila dia rasa selesa dan seronok bersembang , maknanya langkah pertama sudah menjadi .

3. Jadi diri sendiri .
Tak control macho / diri bila bersembang , duduk , makan , minum atau asyik selak rambut , lap bibir dan sentiasa berkata manis saja . 

4. Bersembang perkara yang simple saja .
Perkara yang dia selesa bersembang dengan kita . Jangan cerita pasal peribadi / keluarga / apa yang korang suka dan tak suka .

5. Sporting menemani dia .
Sekiranya ketika itu berada di pusat beli belah , follow jer apa dia nak buat dengan sempoi . Tak yah nak control muka cam tak de duit / tak de masa / malu bawa banyak barang .

6. Simple dressing
Pakai lah baju yang sederhana dan jangan sembur banyak sangat minyak wangi sampai satu mall boleh bau . Ada orang yang tak suka bau minyak wangi . Pada masa yang sama pastikan gak badan tu tak berbau peluh .

7. Hormati dia
Tentu ada kehendak / sikap dia yang kita mungkin kurang suka pada pertemuan pertama . Jangan sekali - kali buat muka tak suka atau geli . Just okey jer . Itu adalah sikap semula jadinya . Mungkin disebalik beberapa perkara yang kita tak suka , banyak lagi kebaikan yang kita tak tahu . So jangan terburu - buru reject dia .

9. Jaga adab sopan 
Tak kira apa aktiviti ketika itu , mesti jaga sopan santun . 

10. Jawab segala soalan dia dengan jujur
Bila korang menipu , satu hari nanti pasti terbongkar . Biasanya orang ingat apa yang kita cakap .

11. Sentiasa berfikiran positif
Berperasangka baik walaupun kita tak tahu kebenarannya . Kadang - kadang perkara yang berlaku itu adalah kebetulan supaya dia rasa selesa .

12. Mesti confident
Bila ada confident , tak kisah lah apa pun reaksi dia .

13. Mesti nekad .
Jangan cepat putus asa bila dia buat bo layan . Itu mungkin dia cuma jual mahal jer . Kalau tidak nanti korang terlepas lak ... huhuhuuu

14. Mesti bermaruah 
Jangan buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah sendiri. 

15. Pandai control situasi .
Kadang - kadang dia tak suka apa yang berlaku disekeliling nya . So korang kena la pandai handle keadaan masa tu .

16 . Jangan ego .
Cuba bertolak ansur walaupun korang kurang suka . Asalkan perkara tu tak menyusahkan korang .

17. Kalau guna cara terus terang tak menjadi , cuba guna cara yang kreatif
Bagi perempuan , mereka suka yang romantik . Bagi lelaki , mereka tak suka yang " terover " dari sudut tertentu .

18. Offer untuk hantar dia pulang
Jangan lupa bukakan pintu kereta / tolong pakaikan helmet . Untuk pastikan dia selamat , tunggu dia tutup pagar dan tutup pintu rumah dahulu baru korang balik .

19. Beri nombor telefon
Beritahu dia suruh call bila - bila masa yang dia suka .

20. Ucap terima kasih
Ucapkan terima kasih pada dia sebab sudi layan korang bersembang , teman korang makan , jalan - jalan , sudi telefon , sudi senyum walaupun korang tak hensem / cantik .



HAH , CUKUP TAK ? IDEA MEMANG BANYAK ... KALAU IKUTKAN NAK TAMBAH LAGI ... TAPI DAH PETANG LA ... LUM MANDI ... BUSYUKKKK OOOO







Cara Nak Jadi Wanita Anggun


ASSALAMUALAIKUM ...

Semua wanita memang nak jadi anggun kat mata semua orang . Tapi ada gak yang tak pentingkan sangat keterampilan nih . Mereka lebih suka yang ringkas terutaa yang tak banyak masa , sibuk atau memang jenis malas nak berdandan . Kat sini den nak berkongsi dengan mereka yang suka gila dengan kecantikan .

Cara Nak Jadi Wanita Anggun

Ciri Yang Dicari Untuk Calon Suami


ASSALAMUALAIKIUM .......

Mencari calon suami bukan perkara yang mudah . Yo la , korang kan nak cari teman hidup ! Bukan sekadar menjadi pencari nafkah , penjaga dan pelindung kepada sebuah keluarga malah menjadi teman , kawan , sahabat , kekasih , suami dan ayah serta bersama kita di dunia dan juga di syurga . 

Antara ciri yang perlu ada :

1. Bila keluar bersama / dating , tak lupa pi solat .
Tak kira di mana dan ke mana korang pergi , bila masuk waktu solat jer , dia akan bawa korang pi surau atau masjid untuk tunaikan solat .

2. Mengofferkan diri jadi imam solat .
Bila bertamu di rumah keluarga korang , dia akan offerkan diri untuk jadi imam ketika solat bersama family korang .

3. Menghormati korang sebagai perempuan .
Bila berjalan bersama , dia akan biarkan korang jalan dulu . So kalau korang nak jatuh , sempatlah dia tangkap . Hahahaaaa . Kalau nak masuk kereta tuh , dia akan pastikan korang dah masuk dulu / bukakan pintu kereta . Bila pi makan , dia akan tunggu korang punya order sampai baru lah dia makan . Dia takkan suka - suka jer sentuh korang tanpa sebab dan izin dari korang .

4. Dia sentiasa perasan segala perubahan yang berlaku pada korang .
Kalau kat muka tumbuh jerawat , tukar fesyen rambut , tukar minyak wangi , bad mood , korang ada problem , korang sedih , dia akan perasan .

5. Dia suka dengar korang bercerita .
Dia akan menjadi pendengar dan komentar yang baik tak kira apa pun perkara yang korang ceritakan . Walaupun masa tu mungkin dia pressure dan banyak masalah kerja .

6. Dia sukarela nak kenal keluarga korang dan bawa korang kenal ngan family dia .
Dia rajin tanya pasal mak ayah , adik beradik korang . Sihat ke tidak . Kalau tak offer pun , dia akan offerkan diri jumpa family korang , kenal keluarga korang . Bila dia suka kat korang jer , dia terus bawak korang jumpa family dia . Itu tandanya dia memang serius dengan korang .

7. Bila korang perlukan bantuan , dia terus datang .
Itu tandanya dia carring sebab sayang kat korang walaupun masa tu mungkin dia ada perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan .



SEMOGA CIRI - CIRI INI ADA KAT CALON KORANG ...








Menjauhi Kanser Melalui Pemakanan



ASSALAMUALAIKUM ...

Kanser adalah pembunuh dalam senyap . Ia boleh dielakkan kalau korang menjaga dan makan makanan yang sihat , amalkan gaya hidup yang sihat dan ceria .


CARA BERKESAN MENJAUHI KANSER

1. Kurangkan pengambilan makan ruji berkanji yang diproses 
Korang kena ambil makanan dari jenis sayur - sayuran , buah - buahan dan kekacang . Ia mengandungi Piun diet .

2. Elakkan kegemukan yang boleh menyebabkan risiko kanser 
Kalau wanita gemuk yang amat / obesiti , boleh meningkat risiko kanser endomentrium ( pengalas pangkal rahim ) , kanser payu dara pada wanita yang dah menopaus dan kanser buah pinggang .


3. Imbangi berat badan ditahap yang minima , mengikut usia.

4. Lakukan senaman kecergasan sekurang - kurangnya sekali dalam seminggu . 
Kajian mengatakan aktiviti fizikal , selain membantu mengawal berat badan , ia juga membantu mencegah kanser kolon  

5.Kurangkan pengambilan makanan bergula yang diproses terutama  air minuman di dalam tin .

6. Kurangkan makanan yang berlemak dan makanan yang bersumberkan daging .
Kandungan lemak yang tinggi boleh mendedahkan diri kepada risiko kanser kolon , paru - paru , payu dara dan prostat . Lebih baik kalau korang gunakan minyak sayuran dalam masakan .

7. Kurangkan garam dalam masakan .
Kandungan garam yang tinggi boleh menghasilkan kanser perut .

8. Elakkan makan makanan salai .
Ia membahayakan kesihatan sebab terdapat sebatian kayu di dalam pemakanan yang diasapkan  dikenali sebagai " heterocyclic aromatic " yang boleh menyebabkan kanser .

9. Amalkan makanan yang berkukus atau rebus .
Cara masakan ini dapat mengurangkan minyak dalam masakan dan dapat kekalkan khasiat makanan .

10. Banyakkan makan sayuran atau buahan yang mengandungi anti - oksidan .

Contohnya seperti buah strawberry , blue barry , epal , tembikai serta sayuran / makanan seperti : tomato , carrot , buah bit , pasta gandum ( polifenol ), kekacang ( polifenol ) , popcorn ( polifenol ) , telur ( lutein ) , yogurt ( riboflavin ) , susu ( carotenoid , beta - caroten dan lutein ) , minyak canola ( alphatocopherol ) .


Kalau korang nak sihat , amalkan lah diet dalam masakan korang . Ingat ! Mencegah lebih baik daripada berserah .






8 Sebab Badan Anda Berbau


ASSALAMUALAIKUM ...

8 Sebab Badan Anda Berbau | Mesti korang tension kan bila badan berbau . Nak join kawan - kawan pun segan . Lagi malu bila korang nampak orang yang lalu sebelah korang tutup hidung . Camna tuh ? Rasa macam nak tanam kepala kat tanah jer kan macam burung unta ... heheheeeee


8 Sebab Badan Anda Berbau


Cara Mudah Untuk Lupakan " DIA "


ASSALAMUALAIKUM ...

Setiap orang dalam hidupnya ada pengalaman putus cinta . Korang ada ? Mesti ada kan! Tak kira la cinta monyet ker atau real punya cinta . Pastinya putus cinta ni sangat sakit di hati . Tapi kan , putus cinta ni banyak sebab . Sama ada korang yang nak atau ex tu yang tinggalkan korang atas sebab - sebab yang memang dah tak boleh nak settle dah .



Cara Mudah Untuk Lupakan " DIA "


Ubat Gastrik Yang Mudah .


alt image tag


ASSLAMUALAIKUM ...

Orang zaman dulu , mereka mengubat penyakit menggunakan bahan yang ada di sekeliling mereka . 

Korang tahu tak , orang zaman dulu mengubat sakit gastrik guna ubi kayu ? Maklumlah , zaman tu ubi kayu jer yang mudah didapati . Macamana ? 

Caranya :

1. Ambil ubi kayu yang muda dan masih segar .
2. Buang kulit dan cucinya hingga bersih .
3. Potong sepanjang 5cm .
4. Makan 3 kali sehari , waktu pagi , tengahari dan petang ( seketul setiap kali makan )
5. Makan setiap hari selama 3 minggu atau sebulan

Korang mestilah sarapan dulu sebelum makan ubi ni pada waktu pagi untuk elakkan kembung perut .

QV kalau balik kampung , ubi ni la feveret QV . Tapi QV tak makan mentah sebab QV tak de gastrik ... Alhamdulillah





Liebster Award Dari Asam Garam Kehidupan


Assalamualaikum ...

Dah 2 hari tak buka blog .
Nasib baik pi scroll down page tu .
Nampak lah pula yang QV kena tag dengan blogger Nor Azimah .




1. Terangkan diri anda secara ringkas sahaja 
Seorang yang pemalu , garang tapi mudah lembut hati bab nak tolong orang dan suka berkawan .

2. Warna kegemaran anda , kenapa ?
Hijau sebab melihatnya saja sudah memberi ketenangan pada diri .

3. Sejak bila anda berblog ?
Sejak Julai 2012 . 
Tapi dah tukar url sebanyak 2 kali disebabkan nuffnang .

4. Jika direzekikan anda mendapat wang terpijak sebanyak 1 juta , apa yang anda nak buat dengan wang tersebut ?
Akan dibelanjakan ke jalan Allah ... insha Allah .

5. Target blog anda ? 
Mendapat ramai kawan baru .

6. Tempat Menarik yang sangat ingin anda kunjungi ?
Mekah al Mukarramah .

7. Apa pandangan anda tentang blog saya ?
Pengisian ilmiah , selebihnya ok saja di mata QV . 

8. Pada pendapat anda kenapa wanita hari ini sangat berdikari ?
Sebab sayang aka kesian suami . 
Kalau ada duit sendiri , beban suami pun kurang sikit . 
Isteri pun boleh beli apa dia nak .
Tak yah la nak merayu meraih simpati cuma sebab nak duit untuk beli sesuatu .
Single macam QV , untuk keperluan dan kehendak sendiri .

9. Beri satu sahaja cadangan bagaimana menghadapi karenah anak remaja ?
Jadikan dia sebagai kawan . Ibu menjadi sahabatnya .

10. Tokoh masakini yang anda sangat kagumi ?
Tun Mahathir Muhammad .

11. Apa yang anda kagumi tentang Rasulullah ?
Kesabaran dan ketabahannya menyebarkan agama Islam .


Harapan QV , jawapan di atas dapat memuaskan hati Nor Azimah .
Itulah saja yang dapat QV jawab .





Orang Tua Percaya


Assalamualaikum ...

Hari ni my kakak ada kursus . 
Maka seawal pagi perlu ke dapur untuk membuat sarapan untuk anak buah yang seramai 5 orang tu juga untuk my bonda .

Tengok nasi baki malam tadi , ada sedikit . 
Kalau biarkan saja , basi lak dah membazir kan .
Jadilah nasi goreng tapi tak cukup untuk mereka yang kaut makan nih .
Anak buah kata rasa macam nasi goreng cina walaupun QV cuma letak kacang buncis dan telur saja .
Alhamdulillah habis , tapi anak - anak buah kata tak kenyang !



Maka kepala pun dok fikir nak masak apa lagi .
Ada tepung gandum berpeket - peket .
Hasilnya sama ada lempeng atau cucur . 
Macam boring lak kan .

Sambil fikir sambil tangan nak buka minyak masak .
Tetiba ... adeh ... jari terhirislah pulak . 
Dalam keadaan terkejut , maka terlepaslah minyak daripada tangan .
Sempat sambut tapi separuh minyak tu dah pun menjamah lantai !

Dari paras pinggang ke bawah , lenjun dengan minyak .
Tarik nafas ... rilek jap .
Pastu baru slow - slow ambil mop .
Tapi QV mop minyak jer .
Bab bersihkan lantai tu , biar my kakak jer buat .
My kakak tak marah punya ... heh heh .
Masuk bilik air , bersihkan diri .



Mood QV dah down dah masa ni .
Tapi tetap tabahkan diri meneruskan usaha nak bagi anak buah makan . 
Dapat pahala kan !

Orang tua dolu - dolu percaya , 
kalau berlaku camtu atau barangan kaca jatuh pecah ,
itu maknanya orang yang kita sayang menghadapi musibah .
Errrk ... benda tu semua tak de kuasa pun nak beri musibah bagai .
Semua yang berlaku atas kehendak Allah jua .
My bonda kat depan mata ni pun ok jer .
Lagipun QV masih lone ranger gitu ... heh heh .

Apa motif letak bunga ros ni ?
Nak korang tau pokok bunga ros kesayangan hamba dah berbunga lagi .
Saja nak korang nikmati keindahannya .
Keharumannya hanya QV jer dapat hidu yer 
 ... weeeeee





Owh ! Baru Tahu


Assalamualaikum ...

QV kembali lagi malam ini . 
Selamat hari guru kepada para guru di seluruh Malaysia terutamanya para blogger bergelar cikgu .
Semua manusia dalam dunia ini adalah guru . 
Bezanya antara rasmi dengan tidak lah .
Kalau zaman sekarang nih , medialah guru tercepat menyampaikan pelajaran dan memberi informasi .

Dua hari lepas , 
QV nampak satu paket pes segera iaitu pes Asam Pedas Melaka
Selamba jer QV tanya kat my kakak ... beli ker ? 
My kakak mengangguk saja sambil berkata ;
" Kat sekolah aku tu kan banyak kedai . "




Jadinya , malam itu QV makan berlaukkan 
ikan asam pedas melaka lah .
Bila merasa jer ... " apasal ada rasa kari ?  
Ni guna pes beli tu ker ? "
My kakak mengangguk saja .
Owh ! Baru QV tahu yang asam pedas kari QV pernah share resepi kat sini dulu adalah asam pedas melaka .

Selama ni QV ingatkan asam pedas melaka ni bezanya ada belacan .
QV memang tak suka masak asam pedas campur belacan sebab dah hilang bau harum bunga kantan dan daun kesum . 
Yang ada cuma bau belacan saja sampai satu rumah kan ! 
... adeh .



Kalau baca kat senarai bahan - bahannya , tak de pun dia print perkataan kari .
Maka secret resepi lah tu gamaknya .

QV orang Johor , Batu Pahat mari .
Dari kecil sampai besar dah biasa masak 
asam pedas tanpa belacan dan kari .

Asam pedas campur kari ok lagi tekak ni nak lalu .
Tapi kalau sesekali makan diluar , pandai- pandailah hidu baunya samada ada belacan ke idak .

Tapi QV tetap hantu sambal belacan .
Cuma kalau campur asam pedas , rasa macam tak best jer .
Dahsyat kan memilihnya lidah QV ni .
... heh heh .
Yang penting QV tak susahkan orang ... 







Petua Dapatkan Kulit Lembut Dan Cerah




ASSALAMUALAIKUM ...

Petua ni saya tujukan khas buat korang yang ada banyak masa dan rajin nak buat . Selalunya kalau bab nak cantikkan kulit , orang perempuan memang tak tolak . Sama cam saya . Heheheee ...

Den memang suka kumpul artikel tentang petua penjagaan kulit yang kita memang boleh dan senang dapat dari dapur . Buat , tepekkan kat muka pas tu pi masuk tidor . Bangun tidor dah ok!

1. Kaedah ni saya selalu buat sendiri . Rendam beras selama seminggu . Pastikan air diganti setiap hari . Kalau tak confirm bau busuk . Selepas seminggu , buang airnya dan kisar beras tadi . 

  • Beras kisar + asam jawa + madu + kuning telur . Pastikan ianya pekat supaya senang nak tepek kat muka . Biarkan sehingga kering .Cuci dengan air suam . Ianya juga boleh jadi scrub pada muka .
2. Ambil tepung ubi + air limau + madu + putih telur . Sapukan pada muka . Biarkan sehingga kering . Cuci dengan air suam . Buat 3 kali seminggu .

3. Oat + putih telur . Sapukan dan biarkan hingga kering . Bilas dengan air suam . Buat 3 x seminggu .

4. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka . Biarkan sehingga kering . Selepas itu bilas dengan air suam . Lakukan setiap malam .

5. Parut lobak merah + air limau nipis + kuning telur . Sapukan pada muka dan biarkan kering .Cuci dengan air suam tanpa pembersih muka .

6. Keringkan tulang sotong , kisar .

  • Campurkan kisaran dengan madu dan kuning telur . Sapukan pada muka , biarkan sehingga kering . Cuci dengan air suam . Lakukan 3 kali seminggu .
  • Ambil bedak buku ( bedak 3A CAP 3 bunga ros , senang dapat kat toko jamu ) + kisaran tulang sotong = kisar bersama gunakan blender kering . Gunakan powder ni selepas gunakan pelembap . Gunakan selalu boleh haluskan kulit muka .

7. Parut sebiji kentang , perah airnya . Sapukan pada muka . Bila kering , cuci dengan air suam.

8. Campurkan tepung sagu dengan air . Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari .


SELAMAT MENCUBA .....





Sambal Ikan


Assalamualaikum ...

Memandangkan esok adalah hari Wesak , maka adalah yang akan bercuti kan . Berjimba - jimba dirumah dengan family . Mungkin juga ada yang membawa anak bersukaria diluar . 





Limau Nipis Yang Banyak Khasiatnya



ASSLAMUALAIKUM...

Limau Nipis Yang Banyak KhasiatnyaBuah limau nipis ini terkenal dengan penghilang bau hamis , campuran penyedap dalam minuman , masakan dan juga digunakan dalam perubatan alternatif / Islam .

Limau Nipis Yang Banyak Khasiatnya

Tips Ubat Rindu



ASSALAMUALAIKUM .......

Selalunya bila korang rindu , apa yang korang buat yer ? Ada orang rindu hanya dalam masa beberapa minit , jam , hari , minggu , bulan . Korang camna pulak ? 

1. Confirm korang akan call si dia kan !

Korang akan call dia walaupun korang tak tau apa nak cakap . Tak de isu cuma nak dengar suara dia jer kan ! Biasanya korang akan tanya , " Wat pe ? Dah makan ? Makan apa ? . Bila dapat dengar suara dia dah boleh wat korang senyum , ketawa menitis air mata syahdu , macam - macam lagi lah . Lapar pun dah jadi kenyang ... hahahaaaa

2. Tengok gambar / video si dia

Bila korang tenung gamabr si dia , confirm masa tuh otak korang dah melayang . Bibir lak asyik senyun - senyum jer . Kalau dah rindu giler siap peluk dan cium lagi .... kekekeeee . Kalau tengok video lagi la geram kan . Rasa nak tarik dia kuar dari video tuh .

3.Pergi ke tempat yang korang biasa pergi bersama si dia .

Kalau si dia dok jauh / susah nak jumpa sebab kerja / jarak , ni la pilihan yang korang ada . Pergi ke tempat tuh boleh kembalikan memori indah bersamanya . 

4. Cium baju yang ada peluhnya / belum di cuci .

Selain cium , korang juga boleh bawa baju tu masuk tidor . Confirm trus lena . Kalau dapat jumpa kat mimpi lagi bagus . Sesiapa yang tak de baju tu boleh la mintak kat si dia . Kalau dia tuduh korang nak mandrem , pandai - pandailah korang ya ... hahahaaaa